Telur Rebus Air Asam Viral

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Serius jujur nak cakap pertama kali tau jumpa resipi telur buat macam ni. Namanya pun viral wajib cuba dan rasa. Alhamdulliah boleh join dengan selera. Anak-anak tak berapa suka kita yang tua bolehlah terima ada pedas cili api dan masam-masam manis sikit.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 2biji telur - terpulang berapa biji awak nak buat
  2. 1biji bawang besar - hiris halus
  3. 1biji tomato - hiris
  4. 2biji cili besar hijau - hiris
  5. 2biji cili besar merah - hiris
  6. 7biji cili api - potong halus
  7. 1mangkuk jus asam jawa - asam jawa dibancuh dengan air suam **
  8. 1 sudu makangula **
  9. sedikitgaram halus **

Cara Memasak

  1. 1

    Cuci telur bersih, masukkan ke dalam periuk letak air sama paras telur.Pasang api paling kuat dan besar, biarkan masak selama 7 minit, set masa sendiri. Jangan lebih atau kurang masa tu antara tips dapatkan telur seperti di dalam gambar tidak terlalu masak.

  2. 2

    Angkat telur kupas kulit di bawah air paip supaya elok licin untuk elakkan rosak, letak dalam bekas belah dua.

  3. 3

    Cara sediakan air asam :
    Dalam periuk satukan bahan bertanda (**), masak sekejap sahaja asal panas.

  4. 4

    Masukkan semua bahan yang dihiris, biarkan sekejap 15 minit sebelum makan supaya air asam itu bersatu meresap dengan telur baru sedap.

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ditulis oleh

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Resipi Sepertinya