Kongsi

Ramuan

  1. 6cwn Tepung Gandum
  2. 1pkt Yis
  3. 1 tspGaram
  4. 1 tbspGula
  5. 1/2cwn Minyak Sayuran
  6. 1cwn Air Suam
  7. 1cwn Susu Suam
  8. 1biji Telur Gred A

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan semua bahan dalam bekas dan uli hingga sebati. Uli sehingga doh menjadi elastik. Maaf tak sempat ambik gmbar.

  2. 2

    Rehatkan doh selama 1 jam. Doh akan mengembang 2 kali ganda.

  3. 3

    Setelah doh kembang, tumbuk manja doh agar gelembung udara keluar.

  4. 4

    Bahagikan doh dan timbang (40gm). Bulatkan doh dan susun ke dalam loyang. Rehatkan doh sekejap sebelum bakar dan biar doh mengembang 1 kali ganda.

  5. 5

    Selepas doh kembang, sapu roti dengan susu cair tambah sedikit warna kuning telur.

  6. 6

    Bakar 10 minit, 200°c api atas bawah. Selepas itu, bakar lagi 10 minit api bawah sahaja. Ikut oven masing-masing. Lepas siap bakar, sapukan marjerin atas roti.

  7. 7

    Sejukkan roti dan simpan dalam bekas kedap udara.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Norazian Nordin
Norazian Nordin @cook_21556912
pada

Komen

Resipi Sepertinya