Mee Bayam Instant Homemade versi sihat

Baca sampai habis. Ini sebenarnya adalah resepi mee segera, namun kita skip beberapa bahan yang tak sihat, so kita gunakan bahan-bahan yang sihat. Jika anda tidak gemarkan warna hijau, boleh skip penggunaan bayam, boleh buat seperti mee segera biasa. Saya akan kongsikan 3 tips untuk dapatkan mee yang kenyal.Mungkin tidak sekenyal mee dipasaran,tapi tetap berpuas hati dengan hasilnya nanti. Yang penting anak-anak suka!
Tips 1 : Gunakan tepung high protein untuk dapatkan mee yang lebih kenyal. Pilihan lain, boleh gunakan tepung unbleached faiza kerana ianya diperkaya dengan protein
Tips 2 : Uli doh sehingga licin dan benar-benar elastik. Sangat penting!
Tips 3 : Ini yang saya cuba dan kongsikan kepada anda. Penggunaan emplex. Emplex digunakan dalam membuat roti untuk stabilkan adunan roti. Jadi saya campurkan sedikit kedalam pembuatan mee bayam untuk stabilkan dan kenyalkan mee. Berhasil!
Ini dah kali kedua saya buat mee segera bayam,daripada resepi asal mee telur, saya ubah menjadi resepi mee bayam mengikut selera saya. Jom tengok resepi yang sangat simple dibawah!
Cara Memasak
- 1
Blendkan bayam dan tapiskan. Letak dalam 2 sudu besar air ketika blend.
- 2
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker atau mangkuk besar. Uli selama 40 minit atau sehingga elastik dan kental. Kemudian rehatkan 30 minit
- 3
Letakkan doh atas papan pencanai dan bahagikan kepada 8 bahagian
- 4
Ambil satu daripada doh dan canai sehingga sedikit leper. Araskan mesin mee kepada aras 1. Kemudian nipiskan doh
- 5
Setelah itu. Lipat seperti didalam gambar. Kemudian canaikan keatas untuk dinipiskan sekali lagi menggunakan mesin mee. Masih guna aras 1
- 6
Ini adalah hasil aras 1. Kemudian nipiskan doh menggunakan aras 2.
- 7
Setelah itu, sebelum hasilkan mee, bedakkan adunan yang nipis tadi dengan tepung, kemudian pakai mata yang paling kecik untuk mesin mee jenis ini.
- 8
Lipatkan mee kepada 3 lipatan panjang seperti didalam gambar. Kemudian jadikannya bentuk segiempat. Sila rujuk gambar.
- 9
Bakar pada suhu 130 dengan api atas sahaja. Apabila mee sudah agak keras, terbalikkan. Bakar sampai mee tidak basah dan kering. Tapi perlu berhati-hati supaya tidak hangus. Mee tahan sehingga dua bulan di tempat kering
- 10
Hasil. Selamat mencuba!
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Mee Bayam Homemade Mee Bayam Homemade
Serius.. pertama kali cuba buat mee bayam. Sebelum pernah buat mee kuning aje. Tak rugi cuba, sedap la makan dengan sup simple tambah cili kicap.. mantap😋Mee bayam paling sihat.. no pengawet.. no pewarna makanan..Pasti best👍Tak pasti kena dengan task ke tak yang ni hihihi.. tiba-tiba jadi mee bayam.. tapi next share resipi kita buat mee bayam ni dengan sup simple campur dengan sayur bayam..jangan penin ye kawan-kawan baca ni😅#GoldenApron23Golden Apron 2023 Week 15Mee+Bayam Julia ALeen Aireish -
Mee + bayam ala penang delight Mee + bayam ala penang delight
Mee segera ni saya slalu order ketika belajar dlu².. kat restoran penang delight di 1 borneo.. mungkin sekarang dah xada.. smoga kakak 2 org tu berjaya dan sihat di mna mereka berada..Mee segera wlpun hidangan biasa namun resepi agak berbeda dan sedap menurut saya.. jom try KAM -
Spinach Fettuccine Spinach Fettuccine
Homemade Pasta bayam untuk berbagai hidangan Itali dan hidangan tempatan. So Simple...sihat dan enak😁. Give a try and Happy Cooking guy's 😘😘😘 Jeehan Kitchen -
Spinach Ramen Noodles Spinach Ramen Noodles
Saya suka sekali membuat Fresh Ramen sendiri di rumah, karena keluarga kami suka Sangat makan Mee. Selain bersih dan sihat Ramen Noodles buatan saya tidak menggunakan apa-apa pewarna dan pengawet. So Fresh Ramen noodles Saya hanya tahan 1 Minggu di dalam peti sejuk. Give a try and Happy Cooking guy's 😘😘😘 Jeehan Kitchen -
Jemput-Jemput Mee Segera dan Bayam Jemput-Jemput Mee Segera dan Bayam
Tak tahu kenapa, dalam minggu lepas mood masak jemput-jemput datang. Sebelum ini pernah letak mee goreng dalam adunan jemput-jemput macam tak kena dengan tekak. Jadi, kali ini saya letak mee segera dan bayam pula dalam jemput-jemput. Sedap sebab gigit rasa garing bila mee segera ada di bahagian hujung jemput-jemput 😋.#playoff#goldenapron23#week15#meesegera#bayam Alia Ali -
Mi Bayam Mi Bayam
#KidsAtHeart Sayur No Problem [Week 3] ChallengeSalah satu cara untuk kanak-kanak makan sayur ialah mencampurkan khasiat daripada sayuran tersebut ke dalam tepung gandum untuk dijadikan mi. Dengan cara tersebut kanak-kanak tak nampak sayur-sayuran pada hidangan dan pasti nya mahu makan hidangan tersebut. Dapur Yusfarisyia -
Mee & Bebola Ayam Sihat Mee & Bebola Ayam Sihat
#madebyjeehan#cookpadmalaysiaTime Anak saya kecil dulu saya selalu buatkan Bebola Ayam dengan sayur ni. Selain di jadikan sebagai sup dan dimakan bersama nasi putih, saya juga hidang bersama Mee yang di buat sendiri. Begitu lahapnya anak saya makan ketika itu. Karena anak saya Time kecil suka sangat makan Mee. So dulu saya belajar buat Mee sendiri dengan bantuan Ibu saya. Resep ini sesuai sangat untuk budak-budak yang susah makan sayur. Selamat mencuba cookpaders semua 😊😘😘😘 Jeehan Kitchen -
Mee Sup Bayam Mee Sup Bayam
👩🍳670👩🍳🍽107/2023🍽#GoldenApron23#Week15#MeebayamMee sup daun bayam ni ummi masak hari isnin lagi.Makan mee ni tengahari sampai malam kenyang.Cukuplah makan sekali sehari kan.Jika difikirkan saudara kita di Palestine berhari-hari kelaparan.Rasa nak telan makanan pun tak lepas bila terkenangkan nasib mereka di sana.Disamping itu juga kita perlu berjimat cermat dengan perbelanjaan ekonomi dapur kita sekarang yang semakin hari semakin mahal.Untuk mee sup bayam ni ummi letak isi ayam sikit untuk tambahan protien.Sambal kicap tu kebetulan memang ada stok dalam peti ais.Alhamdulillah sangat sedap dan menyelerakan.Rizqi pun makan banyak.memang kegemaran dia kalau mee sup begini. Q'leenalee's Kitchen -
Mee Konjac dengan Bayam Mee Konjac dengan Bayam
Selalu dalam peti ais ada bahan dilupakan lagi tersakiti. Peti ais saya ada mee konjac yang dibeli sebelum bersalin. Bulan Ogos ye kawan-kawan. Lama bertapa dalam peti ais.Bila resipi kali ni MinIta senaraikan bayam, wahhh lama tak makan bayam. Dah habis pantang ni nak makanlah.Jadi, kita buat resipi senang je untuk mak-mak yang ada anak kecik. Nak suruh buat pesto, risau setengah jalan, terpaksa sambung esoknya pulak.Jomlah kita masuk dapur 😆#GoldenApron23 #week15 Nihadriz Niha -
Sardin Homemade Sardin Homemade
Jika anda penggemar Sardin dalam tin, anda boleh cuba resepi mudah ini. Boleh pilih samada nak guna periuk biasa ataupun periuk pressure cooker, hasilnya akan sama yang berbeza adalah tempoh masak untuk mendapatkan isi ikan dan tulang ikan yang benar-benar lembut.#goldenapron Syuhada -
Mi Wonton & Bayam Mi Wonton & Bayam
Golden Apron 2023 ❤️Cabaran Minggu ke 15 Kali ni masak guna bahan MEE + BAYAM.. masak Yang mudah saja.. hehehe.. mee paling saya suka jika digoreng.. 🤤..#GoldenApron23#week15#mee+bayam Zarafafiis ❣️🌹 -
Roti ala Hainan Roti ala Hainan
Roti ni tersangatlah lembut. Ramai yang cadangkan untuk makan dengan kaya tapi kalau makan dengan sardin pun sedap jugak ni. 😄 #goldenapron Amirah Md Esa
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen (3)