Tomyam Ayam Bersantan

Eita Deen
Eita Deen @eitadeen

Tomyam Ayam Bersantan

16 orang bercadang membuatnya
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

6 orang
  1. Bahan A - Dikisar (Blend)
  2. 1 1/2biji bawang besar
  3. 5 ulasbawang putih
  4. 12biji cili api kampung
  5. 6biji lada merah besar
  6. 2inci halia
  7. 2cmb cili kering kisar
  8. 4-6cmb pes tomyam
  9. Bahan B - Tumis
  10. 3tangkai serai - diketuk
  11. 6tangkai daun limau purut
  12. 1biji bawang besar holland
  13. Bahan C - Kandungan
  14. 2dada ayam - dipotong kecil
  15. 2biji lobak merah - dipotong bunga
  16. 1biji kobis bunga - dipotong kecil
  17. 3pek podak jagung - dipotong
  18. 1paket kacang peas
  19. 1biji tomato besar
  20. Bahan D - Perasa
  21. Garam
  22. Serbuk pati ayam
  23. 1 kotakkecil santan

Cara Memasak

  1. 1

    Berikut adalah bahan-bahan untuk memasak

  2. 2

    Tumiskan bahan B sehingga naik bau dan bawang bertukar keperangan

  3. 3

    Masukkan bahan A (kisar) ke dalam periuk. Tumiskan sampai pecah minyak.

  4. 4

    Masukkan ayam yang telah dipotong. Masak sehingga empuk.

  5. 5

    Masukkan baki bahan C - dimulakan dengan santan dan seterusnya sayur-sayuran. Tunggu sehingga menggelegak dan kemudian tutup api. Sayur tidak boleh dimasak lama. Sebelum tutup api - perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam. Hanya boleh dimasukkan selepas lobak merah kerana lobak merah memberi rasa manis pada tomyam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Eita Deen
Eita Deen @eitadeen
pada

Komen

Resipi Sepertinya