Daging Congo

Kali ni saya nak share resepi Daging Congo dengan anda semua.
Kenapa namanya daging Congo??? Saya pun tak pasti kenapa namanya macam tu, tapi sejak saya kenal dengan masakan ni memang itulah namanya.
Pernah juga kami adik-beradik lawan teka sebab apa namanya Daging Congo. Last-last kami buat kesimpulan, mungkin sebab warnanya yang macam tu kot, macam orang-orang kat Congo he he...
Tapi tak per... HITAM ITU kan MENAWAN! Biar rupanya macam tu, yang pasti rasanya sedap dan memang kena dengan selera kami sekeluarga.
Daging Congo ni resepi turun temurun keluarga kami. Resepi asal daripada arwak tok saya sebelah abah. Arwah tok saya ni kalau ada daging , memang inilah lauk wajib yang dia akan masak.
Sebab tok saya tak de anak perempuan, resepi ini diperturunkan pula kepada menantu-menantunya (dah macam satu kewajipan pulak semua menantu-menantunya mesti tau resepi ni, termasuklah emak saya) Kemudian turun pula kepada kami cucu - cucunya.
Sebab dah terbiasa, saya pun kalau ada stok daging kat rumah resepi ni lah juga yang selalu menjadi pilihan. Lagipun bahan-bahan yang digunakan dan cara memasaknya simple saja, cuma perlukan sedikit masa supaya rasa kuah sebati dengan daging dan ia betul-betul lembut.
Rasanya pula tak berapa pedas, sesuai dimakan oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Ada sesiapa yang nak mencuba??? Resepinya ambik kat bawah...
Daging Congo
Kali ni saya nak share resepi Daging Congo dengan anda semua.
Kenapa namanya daging Congo??? Saya pun tak pasti kenapa namanya macam tu, tapi sejak saya kenal dengan masakan ni memang itulah namanya.
Pernah juga kami adik-beradik lawan teka sebab apa namanya Daging Congo. Last-last kami buat kesimpulan, mungkin sebab warnanya yang macam tu kot, macam orang-orang kat Congo he he...
Tapi tak per... HITAM ITU kan MENAWAN! Biar rupanya macam tu, yang pasti rasanya sedap dan memang kena dengan selera kami sekeluarga.
Daging Congo ni resepi turun temurun keluarga kami. Resepi asal daripada arwak tok saya sebelah abah. Arwah tok saya ni kalau ada daging , memang inilah lauk wajib yang dia akan masak.
Sebab tok saya tak de anak perempuan, resepi ini diperturunkan pula kepada menantu-menantunya (dah macam satu kewajipan pulak semua menantu-menantunya mesti tau resepi ni, termasuklah emak saya) Kemudian turun pula kepada kami cucu - cucunya.
Sebab dah terbiasa, saya pun kalau ada stok daging kat rumah resepi ni lah juga yang selalu menjadi pilihan. Lagipun bahan-bahan yang digunakan dan cara memasaknya simple saja, cuma perlukan sedikit masa supaya rasa kuah sebati dengan daging dan ia betul-betul lembut.
Rasanya pula tak berapa pedas, sesuai dimakan oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Ada sesiapa yang nak mencuba??? Resepinya ambik kat bawah...
Cara Memasak
- 1
Daging diperap bersama kicap, bawang besar yang dikisar, gula dan juga air asam jawa (1 jam). Tak perap pun tak pa.
- 2
Panaskan minyak dalam kuali, tuangkan bahan-bahan perap. Masak dengan api perlahan sehingga air daging tinggal separuh. Tambahkan 3-4 cawan air.
- 3
Kemudian masukkan cili kisar, masak lagi dengan api perlahan sehingga kuahnya agak pekat dan pecah minyak
- 4
Pastikan secukup rasa. Kalau perlu boleh tambah garam, gula dan air asam jawa bergantung citarasa masing-masing.
- 5
Daging Congo ni juga sedap dicecah bersama roti, ketupat ataupun lemang
Resipi Sepertinya
-
(Dishes) Daging Phat Phet (Dishes) Daging Phat Phet
Sy mengenal lauk phat phet ni dimasak dengan daging, teringat masa sekolah asrama dulu, bila turn lauk daging phad phet ni kat dewan makan, mmg sy akan turun makan. Sebab rasa sedap sgt, pedas-pedas masam gitu. Bila dah abes sekolah pon masih teringat-ingat lg, masa tu tak tahu apa namanya, satu hari pergi rumah sepupu, jumpa blk lauk ni. Alahai, sedap sungguh.Bila dah fevret tu, mmg selalu buat lah 😋#dishes#daging#dagingphatphet A'shiqin Mustafa -
Daging Dendeng Mak Nani Daging Dendeng Mak Nani
#goldenapron2020#mingguke20Assalamualaikum semua 👋🏻Kali ini, saya mencuba resipi dari teman kesayangan saya. Dah lama simpan resipi daging dendeng Cik Nani. Baru sekarang saya berani mencuba. Daging dendeng ini adalah percubaan kali pertama yang saya masak. Selama ini saya makan saja masakan orang. Rupanya tak rugi untuk dicuba.Cuma saya olah sedikit dengan meletakkan serai kerana saya nak mengelakkan bau daging. Saya agak cerewet dan juga sedikit sensitif dengan bau daging. Dengan adanya serai dan daun limau, Alhamdullillah bau daging tu tiada. Anak-anak pun makan dengan seleranya. Bertambah-tambah nasi pula tu. Sebab tu la nama menu ni anak- anak saya yang bagi. Mereka panggil Cik Nani sebagai Mak Nani. Saya juga pautkan resipi asal Cik Nani untuk you all tengok 👇🏻https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/9268888-dendeng-pak-zakir-pinkboxcereal-kicapdancili?via=profileJangan lupa cuba ya 😍Terima Kasih CN sebab berkongsi resipi 😘 Gyna Elenna -
Daging Goreng Kunyit Daging Goreng Kunyit
121/2025 (2108/2500)#CookpadApron2025COOKPAD MAGIC CART WEEK 12 : daging lembu, ciliAlhamdulillah..daging goreng macam ni adalah masakan wajib bagi daging korban yang segar. Walaupun resepi ini adalah dari draf, tapi macam ni lah juga yang kami semua masak semasa ibadah kurban beberapa hari lepas.Alhamdulillah tahun ni sembelih 2 ekor lembu juga. Walaupun masak macam2 kat kampung, tak berkesempatan pun nak snap gambar untuk save resepi. Masak2, makan2, sembang2, ngemas2..raya kedua semua dah pulang ke rumah masing-masing.Semasa kat kampung baru2 ni, kami anak2 dan menantu perempuan segera bergotong royong menyambut sedikit terlebih dahulu daging yang tengah dilapah untuk digoreng dan dibakar dengan segera sementara proses melapah, membersih organ, perut, kaki dan lain-lain tu siap. Biasanya tukang sembelih akan bergegas nak balik bila dah siap tambah pula kadang2 ada keperluan untuk melakukan sembelihan di tempat lain pula. Kami memang akan terus hidangkan nasi dengan sajian simple2 je dengan hidangan daging goreng dan bakar, sambal belacan, air asam, ulam dan sayur goreng kepada semua terlibat dalam penyembelihan. Alhamdulillah.. Sesimple Loralin -
Daging Masak Kicap Mudah Daging Masak Kicap Mudah
Masakan ni juga mengingatkan saya pada Mak di kampung.Sejak saya kanak-kanak, jika Mak membeli daging lembu untuk dimasak, menu yang Mak masak adalah rendang ataupun masak kicap. Tak pernah rasanya Mak masak menu lain jika berasaskan daging.Daging masak kicap yang mudah disediakan ini juga jadi kegemaran anak-anak saya.Cubalah...#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje Nuraliyah Mn -
Sambal Sotong Sambal Sotong
#goldenapron2020Saya suka kalau sotong dimasak sambal cara macam ni.Hasilnya sotong tu lembut ja bila nak makan. Norashikin Rahmat -
Daging Masak Kicap Pedas Daging Masak Kicap Pedas
Resepi daging yang selalu menjadi pilihan.Simple jer cuma perlukan sedikit kesabaran semasa memasak untuk kemenjadiannya.Anak-anak akak suka sangat kalau masak daging ni, bukan setakat makan dengan nasi putih ja tapi dengan segala makneka benda depa cicah, roti, ketupat, lemang dll. Norashikin Rahmat -
Daging Dendeng #PinkBoxCereal #Cook4ShafVol2 #KicapCili Daging Dendeng #PinkBoxCereal #Cook4ShafVol2 #KicapCili
Daging dendeng ada perbagai versi. Ni versi Kak Lat untuk Shaf mencubanya. Enjoy cooking! 😘 LATIPAH NAWAWI -
Daging Masak Hitam Daging Masak Hitam
Kalau daging masak hitam memang saya suka masak macam ni.Sedap 😋. Norashikin Rahmat -
Daging Masak Hitam Daging Masak Hitam
Selalu nya kalau pergi kenduri orang kahwin mesti ada menu daging masak hitam atau pun pada hari raya. Daging masak hitam ni memang tahan (lambat nak basi asal jangan dicampur dengan bawang holland sebagai hiasan tetapi kalau hendak dimakan terus tak jadi masalah. Lama dah tak makan daging masak hitam ni sebab raya yang lepas takde menyediakan menu ini sebab masih lagi PKP, takde kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara, adik beradik, jiran tetangga. Cuma mengunjungi rumah mak dan mak mertua je, itu pun ikut giliran, tak boleh ramai-ramai. SOP kena dipatuhi, “kita jaga kita” lagi-lagi orang warga emas dan kanak-kanak. Okay lah jom kita lihat resipi nya.#goldenapron2020 Dapur Yusfarisyia -
Kerabu Daging Ala Thai - Daging (Maraton Ramadhan) Kerabu Daging Ala Thai - Daging (Maraton Ramadhan)
Saya memang gemar adik beradik kerabu ni tak kira le apa ramuan di dalamnya janji namanya kerabu saya makan je. Kerabu Daging ni memang padu rasanya, dagingnya lembut sangat ditambah pula dengan ramuannya yang lain² akan menambat hati sesiapa yang menikmatinya. Roselina Hanid -
Daging Masak Hitam Daging Masak Hitam
Kebiasaan juadah Raya Pertama orang lain rendang. Tapi untuk famili saya, “Daging Masak Hitam” yang turut boleh dimakan bersama-sama dengan ketupat lemang. #RayaPertama #CookpadMalaysia #PeraduanResipi Salina Jalaludin -
Cendawan Hitam Masak Lemak Cili Api Ikan Masin #FayeKusairi Cendawan Hitam Masak Lemak Cili Api Ikan Masin #FayeKusairi
Saya memang dibesarkan dengan masakan orang Negeri Sembilan yang tak asing lagi iaitu masak lemak cili api sebab ayah saya berasal dari negeri tersebut. Suami pula, suka sangat makan ikan masin dan saya pula gemarkan cendawan hitam. Maka, terciptalah resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Hitam Bersama Ikan Masin. Jom cuba...!NurDiana Rosli
Lebih Banyak Resipi
Komen