Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 orang
  1. 2Biji nasi empit besar direbus
  2. 6Ekor udang hidup
  3. Bahan A
  4. 4Biji bawang
  5. 4 UlasBawang putih
  6. 1/2inci kunyit hidup
  7. Sedikithalia
  8. Sedikitlengkuas
  9. 3Sudu besar udang kering
  10. 1 Kepingasam keping
  11. 1Tangkai serai diketuk
  12. Bahan B
  13. 3Senduk santan kotak
  14. 1/2 Batanglobak merah
  15. 3Tangkai kacang panjang
  16. Sedikitsengkuang
  17. Sedikitsayur kobis
  18. 3 Kepingtauhu
  19. 1 Kepingtempe
  20. Sedikitsayur fucuk dan soon
  21. 3Biji telur direbus
  22. 1 Batanglada merah
  23. Gula dan Garam secukupnya
  24. 3 Cawanair
  25. Bahan Sambal Tumis
  26. 3Sudu besar lada kisar
  27. 2Biji bawang besar
  28. 3 Ulasbawang putih
  29. 1inci belacan
  30. 2Sudu kecil ikan bilis
  31. gula dan garam secukupnya

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan seperti berikut.. Lobak merah, kacang panjang, sengkuang dipotong memanjang. Tahu dipotong dua dan digoreng dahulu. Tempe juga digoreng dahulu. Kisar semua bahan A kecuali serai dan asam keping.

  2. 2

    Panaskan minyak dan masukkan serai yg telah diketuk. Kemudian masukkan bahan yg dikisar tadi. Masak sehingga garing kemudian letakkan santan. Kacau hingga sebati dan masukkan air 3 cawan. Gaul hingga rata jangan tinggal kerana tidak mahu pecah santan. Kuah akan jadi tidak cantik.

  3. 3

    Setelah mendidih masukkan udang, sayur kobis, lobak merah, kacang panjang dan sengkuang. Kacau rata kemudian masukkan fucuk dan soon yg telah direndam dengan air.

  4. 4

    Kemudian akhir sekali masukkan tauhu dan tempe yang digoreng awal tadi.. Gaul rata dan masukkan hirisan lada merah. Siap untuk kuah lontong.

  5. 5

    Untuk membuat smbal tumis kisar bawang besar, bawang putih, belacan dan ikan bilis. Kemudian tumiskan bahan kisar tadi bersama lada kisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan gula dan garam secukupnya. Gaul sebati dan siap! Enak dimakan bersama lontong kuah lodeh.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
NorSeha Othman
NorSeha Othman @seha1988
pada

Komen

Resipi Sepertinya