Ayam Percik Simple

RH Kitchens
RH Kitchens @byRaihanaHuda
Johor Bahru

#goldenapron2020

Cuti lama sangat sampai ayam percik pun dah boleh buat sendiri. Tak payah pergi pasar malam lagi dah lepas ni🤣

Kongsi

Ramuan

  1. Bahan Perap
  2. 7ketul ayam
  3. 5 ulasbawang putih
  4. 1biji bawang besar
  5. 1inci halia
  6. 1sudu kecil garam
  7. 2sudu madu
  8. Bahan Kisar
  9. 2 batangserai
  10. 1inci halia
  11. 1inci lengkuas
  12. 15tangkai cili kering (rendam air panas)
  13. 1/2 cawanair
  14. Sedikitsantan cair
  15. Bahan Kuah
  16. 3sudu gula
  17. 1sudu maggi cukup rasa
  18. 1butir asam keping
  19. Santan pekat

Cara Memasak

  1. 1

    Tumbuk kasar bahan perapan dan lumur pada ayam bersama garam dan madu. Perapkan selama 1 jam atau lebih.

  2. 2

    Sementara itu, sediakan kuah. Masukkan bahan kisar dan masak dalam periuk. Masukkan asam keping dan perasakan dengan gula dan maggi cukup rasa.

  3. 3

    Seterusnya, masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam didihan kuah tadi. Biarkan ayam tu separuh masak.

  4. 4

    Bila ayam dah separuh masak, angkat dan perapkan lagi sekali dengan sedikit kuah.

  5. 5

    Lebihan kuah tadi, tambahkan sedikit santan pekat. Gaul sebati dan biarkan masak. Bila rasa semua dah okay boleh tutup api.

  6. 6

    Akhir sekali, ayam yang diperap tadi boleh dibakar dalam oven. Nak masak atas kuali pun boleh. Dah siap, kuah boleh dicurah atas ayam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
RH Kitchens
RH Kitchens @byRaihanaHuda
pada
Johor Bahru
Tiada istilah betul atau salah dalam masakkan. Masakkan juga adalah seni. Bergantung pada kreativiti dan cara masing-masing sebab masakkan itu adalah seni sentuhan ajaib❤Lain orang lain cara, lain tangan lain rasa. Ewahhhh~💃
Baca lagi

Komen

Karl
Karl @karl_0415
Lapar pula tengok gambar ayam percik malam-malam macamtok, macamana mahu tidur 😁😋

Resipi Sepertinya