Cara Memasak
- 1
Potong nipis bawang dan goreng sehingga keperangan. Kisar dengan sedikit air dalam blender.
- 2
Masukkan air (10-12 cawan), rempah kuzi (dibancuh dengan sedikit air untuk sebati) dan bawang goreng yang telah dikisar.
- 3
Biarkan air mendidih dalam 20-30 minit untuk membuatkan rempah dan bawang goreng kisar betul2 masak. Guna api sederhana.
- 4
Masukkan ayam (ayam direbus terlebih dahulu sekitar 10 minit. Goreng sekejap ayam tu.) Tunggu sehingga mendidih. Guna api sederhana.
- 5
Apabila air mendidih, masukkan 1 sudu minyak sapi dan 3 sudu minyak ayam yang digunakan untuk menggoreng tadi. Masukkan susu cair, 3 peket sos tomato dan tomato puree. Tomato puree tu saya masukkan 4 sudu dahulu. Jika tak cukup masam boleh tambah lagi mengikut selera anda. Kalau rasa kuah pekat sangat, tambah lagi air.
- 6
Tunggu masak sedikit dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Tunggu ayam mendidih lama sikit (api perlahan) sambil masukkan kismis goreng. Tutup api dan siap.
- 7
Saya goreng sekejap je kismis tu selepas menggoreng bawang. Bila kismis dah mula timbul, boleh angkat.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Kuzi Daging Kelantan Kuzi Daging Kelantan
#masakannegeri #semangatmerdekaKuzi agak terkenal di negeri Kelantan. Sekarang nak masak tak susah macam dulu. Oleh kerana kesihatan tidak mengizinkan dan perlukan masa yang cepat, tapi masih teringin nak makan makanan yang sedap seperti air tangan bonda, beli sahaja pes segera dan alhamdulillah sedap macam sajian istana. citarasa juga boleh diubah mengikut selera. Saya menggunakan pes kuzi jenama 'Che La Kuzi Istana' antara jenama yang terkenal di kelantan. Liana Nick -
Kuzi Ayam Syawal (Kelantan) Kuzi Ayam Syawal (Kelantan)
Masakan kuzi terkenal di Kelantan. Mungkin tempat lain tak biasa dengar kot malah sesetengah rakyat ‘Republic of Besut’ pun tatau masakan Kuzi ni..(Tok Laki Uchu la tewww) 😛😂 Masakan kuzi ni sebenarnya rasanya ala ke arab2 sikit. Merah tapi langsung tak pedas, sebab guna tomato puree. Tak guna santan tapi guna susu isian sejat. Kuahnya pekat dan dicampurkan dengan badam, kismis dan kacang gajus dan juga bahan rahsia istimewa yang Uchu gunakan.Sedap di makan bersama nasi putih, nasi kuning/nasi minyak, pulut kuning, ketupat nasi, ketupat pulut, roti jala, roti dan lain-lain yang sesuai.Kuzi ni Uchu masak sebagai lauk tambahan untuk nasi daging..special tahun ni, set nasi daging utara Uchu match dengan lauk2 pilihan sendiri dan permintaan husben. Husben mintak daging harimau menangis dan air asam Thai bukan air asam utara. Anak2 mintak ayam kuzi. Maka antara menu berat yang disediakan untuk open house raya untuk adik beradik dan saudara mara terdekat tahun ni adalah gabungan Utara+Thai+Kelantan, Utara jugak lah tu kan.. Kita buat dia ikut selera kita..pedehal… Sesimple Loralin -
Kuzi Ayam Kuzi Ayam
Day145/366/2020/Mei/24Day68 #14harimencintaiku #PKPBKali pertama mencuba masak Kuzi Ayam ni. Tapi guna pes segera yang diberi oleh tokey Kuzi Istana, Che La. Masak guna pes ni senang sangat ehh. Lepas tu sedap lah pulak. Kali pertama mencuba masak & makan terus tersuka tanpa sengaja. Nanti nak order lagi lah dan cuba masak Kuzi Kambing pula Salina Jalaludin -
Kuzi Ayam Kuzi Ayam
#goldenapron2020#minggu30Dulu-dulu nak makan Kuzi bila ada majlis @ hari raya jaa baru dapat makan. Sekarang bila-bila pon boleh makan. Ada juga paste Kuzi segera yg dijual. Atau pon kuzi siap yg telah di frozenkan. Asal kuzi ni dulu-dulu makan di raja. Sekarang rakyat marhen pon dah pandai buat 😘👌. Kuzi boleh dimakan bersama roti jala @ roti bun. Nak makan dengan nasi pon ok jaa 😉👌. Satu lagi, kemanisan kuzi tu biasa ja di Kelantan. Ada yg suka lebih manis. Tapi bg yg tak suka manis boleh jaa kurangkan gula tu. Ikut selera masing2 yea. Netie Rose Oven -
Ayam Kuzi Ayam Kuzi
#goldenapron #nutrifestIstimewa sangat menu ayam kuzi kali ini. Saya kira ini salah satu menu sihat yang boleh diamalkan.Ada beberapa bahan yang saya tukar bagi menastikan menu ayam kuzi ni lebih berkhasiat. Antaranya ialah:1. Santan ditukar dengan yogurt2. Gula ditukar dengan kismis3. Kerisik ditukar dengan serbuk badamJom tengok cara saya menyediakan menu istimewa ini. Hafiza Muaddah -
Kuzi Ayam Kuzi Ayam
#goldenapron #minggu14Resepi istimewa dari chef zam ini saya masak khas utk contest yogurt marigold yg mahukan peserta memasak sama seperti chef zam.Dan yg membuatkan ia lagi istimewa bila sy menang contest ni, AlhamdulillahSedap jugak kuzi ayam ni tanpa santan, jadi x perlu risau bg yg nak ber diet tu, kuzi ayam special tanpa santan👍 Atie SweetChocbakeries -
Akok Kedut Bulat Akok Kedut Bulat
Bulan bulan puasa ni tekak mula mengidam macam macam. Biasanya kalau pegi bazar ramadan mesti cari kuih akok.Tapi sejak PKP ni memang payah la nak jumpa akok ni. Nak tak nak cuba jugak buat sendiri. Nasib naik senang je resepinya.Maka buat pertama kalinya dalam hidup terjadi la kuih akok ni. Sebab tak ada acuan saya guna je acuan muffin aluminium foil tu. Alhamdulillah jadi la akok bulat bulat.Boleh la cuba buat untuk menu berbuka puasa nanti. Sedap sangat. Selamat mencuba. 😍#goldenapron2020#minggu2#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Nasi Halba Nasi Halba
Sumber: khairulhakimin.comBuat untuk berbuka semalam (24/3/2023). Saya ubah sedikit bahan Dan adjust kuantiti bahan menggunakan apa Yang Ada Di dapur saya.. Alhamdulillah sangat sedap Dan resepi juga sangat mudah disediakan.. tuan resepi masak atas gas.. saya periuk nasi elektrik.#RamadanBattle#TeamBerbuka Zarafafiis ❣️🌹 -
Kuzi Ayam & Roti Jala Kuzi Ayam & Roti Jala
Antara menu kegemaran sekeluarga bila tiba hari raya. Cuba buat sendiri menu ni, kan tak dapat balik raya..haihhh. Alhamdulillah sedap. Resipi ni dari Ummi saya. Ainul -
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen