Pengat Labu Lemak Manis

Adila
Adila @cook_25784799
KL, Selangor

Alhamdulillah tanaman labu berhasil walaupun konsep tanam dan biar. Selepas lebih dari 4 bulan, saya kembali menjenguk dan alangkah terujanya bila sebiji labu lemak tergolek atas tanah. Tangkainya dah kering menunjukkan si labu sedia untuk dimakan.. nyum nyum😋 tapi kene masak la dulu kan..
#merdeka2020

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

1 jam
4-8 orang
  1. Sebiji labu lemak kuning
  2. 100 mlair
  3. Gula merah 5 sudu ikut citarasa
  4. 1 batangKulit kayu manis
  5. Sedikitgaram
  6. Santan pekat dari sebiji kelapa
  7. Daunpandan / perasa vanilla (ikut citarasa)
  8. 3 batangBunga cengkih

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Kupas labu dan potong sederhana. Boleh juga jika tak nak buang kulit untuk dapatkan zat labu secara keseluruhan. Nak senang makan, buang je kulitnya.

  2. 2

    Cuci labu dan kukus sehingga empuk.

  3. 3

    Ambil sebahagian (kira-kira suku buah) yang empuk dan blend sehingga lumat.

  4. 4

    Masukkan labu yang telah dikisar ke dalam air yang digunakan untuk mengukus tadi.

  5. 5

    Tambahkan gula merah, sedikit garam, kulit kayu manis, bunga cengkih, sedikit garam ke dalam masakan.

  6. 6

    Setelah mendidih, masukkan santan pekat.

  7. 7

    Biarkan seketika sehingga didih. Kacau sesekali untuk elak pecah minyak.

  8. 8

    Tutup api dan sedia untuk dihidang. Caranya, masukkan beberapa ketul labu yang telah dikukus ke dalam mangkuk, curahkan kuah pengat labu yang pekat lagi lazat tersebut ke atas labu tersebut dan sedia untuk dinikmati😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (10)

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
wahh.. terbaik sis pengat labu nya menyelerakan.. tetiba mcm teringin aje..

Ditulis oleh

Adila
Adila @cook_25784799
pada
KL, Selangor
Masak & MakanUntuk Syukur🤲🏻🥰
Baca lagi

Resipi Sepertinya