Masak Lemak Sardin / Mackerel

Aina Nana
Aina Nana @nadin0512

Disebabkan tak rajin keluar rumah musim PKPB ni, kita masak je apa2 yang ada di rumah 😉

Sy lebih suka gunakan ikan mackerel berbanding sardin untuk menu ini sebab ikan mackerel lebih keras, jadi ia takkan terlalu hancur di dalam kuah.

#goldenapron2020

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 2 tinkecil ikan mackerel ayam brand
  2. Bahan kisar
  3. Setengah biji bawang besar
  4. 5biji cili api
  5. 2inci kunyit hidup
  6. Bahan-bahan lain
  7. 1biji kentang
  8. 1 kotakkecil santan
  9. Kacang buncis

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama-sama santan ke dalam periuk, biarkan sampai mendidih.

  2. 2

    Setelah mendidih, masukkan kentang yang telah dipotong. Masak sehingga mendidih dan kentang agak lembut.

  3. 3

    Kemudian bolehlah masukkan ikan mackerel tadi bersama-sama kuahnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih, perasakan dengan garam.

  4. 4

    Setelah kuah mendidih sekali lagi, saya masukkan kacang buncis, kacau seketika, kemudian tutup api. Ini untuk mengelakkan kacang buncis terlalu lembik.

  5. 5

    Siap! Boleh dimakan dengan nasi panas bersama-sama sambal hitam Pahang. nyum!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Ditulis oleh

Aina Nana
Aina Nana @nadin0512
pada

Resipi Sepertinya