Chicken Buttermilk / Ayam Butter

Nurainn Tajuddin
Nurainn Tajuddin @nuraintajuddin
Kuala Lumpur

Chicken Buttermilk pekat dan sedap hingga menjilat jari 😘

Kongsi

Ramuan

30minit
4 orang
  1. Ayam Drummet 15 Ketul (boleh guna ayam bahagian lain)
  2. Tepung Bestari Spicy 3senduk
  3. Bawang Putih 4 Ulas dipotong dadu
  4. Bawang Merah Kecil 1 biji dipotong dadu
  5. Cili Api Merah 5 tangkai dihiris
  6. 1/2 tinSusu Cair
  7. 1/4ButterCup
  8. Garam
  9. Gula
  10. Maggie Cukup Rasa
  11. DaunKari 2 tangkai (petik daun sahaja)
  12. Minyak Masak untuk Goreng ayam

Cara Memasak

30minit
  1. 1

    Sediakan bahan menumis seperti ditunjukkan. Bawang Merah, bawang putih, cili api merah dan daun kari

  2. 2

    Basuh ayam sehingga bersih dan tapis. Taburkan Tepung Bestari 3 senduk. Jika masih kurang, tambah tepung Bestari sedikit demi sedikit dan gaulkan sebati.

  3. 3

    Gaul sehingga ayam sebati dengan tepung. Tutup dan perap selama 30minit.

  4. 4

    Tuangkan minyak di dalam kuali dan Goreng Ayam sehingga masak.

  5. 5

    Panaskan kuali dan masukkan butter. Masukkan bawang putih dan merah. Tumis sehingga sedikit garing dan naik bau.

  6. 6

    Masukkan cili api merah dan dau kari. Tumis sehingga garing dan naik bau.

  7. 7

    Tuangkan Susu Cair Setengah Tin. Perasakan dengan garam, gula, dan cukup rasa secukup rasa.Dan kacau kuah sehingga sedikit pekat

  8. 8

    Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Dan gaulkan sebati selama 5minit sehingga ayam disaluti kuah dan menjadi pekat.

  9. 9

    Siap 🥳 Boleh makan dengan nasi panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nurainn Tajuddin
Nurainn Tajuddin @nuraintajuddin
pada
Kuala Lumpur
Masak suka2 dan suka cuba resepi baru.
Baca lagi

Komen (9)

imel_recipe
imel_recipe @imeldasyl22
Wow look tasty and creamy. Thank you share recipe ni.

Resipi Sepertinya