Kari Ikan Bawal Emas

Kitchen Usna cute & cantik😅辛胡思娜
Kitchen Usna cute & cantik😅辛胡思娜 @KitchenUsnaCute
Kuala Lumpur

Resepi ni ramai dah cuba buat juga tuh, Kali ni kita cuba buat ikan bawal emas, segar ikan nih, suka sangat ikan bawal emas ni, sampai pergi pasar, auntie UTC tue selalu cakap nampak saya, terus ikan bawal emas tuh👩‍🍳😅
#goldenapron2020
#minggu5

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

1/2 Jam
5 orang
  1. Ikan Bawal Emas 5 ketul
  2. Serbuk Kari Ikan Adabi
  3. Cili blender (bwg putih,merah,halia,belacan kisarkan)
  4. 1Biji bawang merah
  5. 7 Ulasbawang putih
  6. Halia sedikit
  7. 3Tangkai daun kari
  8. 1 cawanair suam
  9. 1mangkuk santan kecil
  10. Kiub ayam 1 ketul, garam, gula, secukup rasa
  11. 15Biji bendi
  12. 2Biji tomata (Belah 4)
  13. 2 kepingasam gelugur

Cara Memasak

1/2 Jam
  1. 1

    Tumbuk bawang merah,putih & halia(Jangan lumat sangat). Kemudian tumis kesemuanya serta masukkan daun kari.

  2. 2

    Kemudian masukkan cili blender sedikit, dalam 1 senduk, bancuh serbuk kari dalam 4 sudu besar dengan air suam sedikit sambil itu letak garam, gula, kiub ayam

  3. 3

    Kemudian masukkan ikan bawal emas dengan 2 keping asam gelugur

  4. 4

    Kemudian masukkan santan dan kacau sebentar

  5. 5

    Selepas itu, masukkan air suam satu cawan

  6. 6

    Kemudian selepas didih,masukkan bendi dulu agak2 lembut sedikit masukkan tomata juga ke dalam kuah kari

  7. 7

    Tomata masuk sekejap jer, jangan lama nanti lembik tak sedap yer.

  8. 8

    Akhir sekali sedia di makan bersama nasi panas dengan timun

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Kitchen Usna cute & cantik😅辛胡思娜
pada
Kuala Lumpur
👩‍🍳Suka memasak bila masa lapang, lepas itu suka snap2 masakan yang kita masak tuh kemudian ikut styling nak buat camner😝& hentam resepi mengikut selera juga, Hang anak dara ke? Anak emak lah🙊😆
Baca lagi

Resipi Sepertinya