Ikan Bilis Goreng Rangup

Bangun pagi tadi rasa badan kurang sihat, rasa sakit satu badan. Nak demam pun ada. Tapi tetap kena kuatkan diri untuk masak. Macamtulah mak-mak, kan?
Untuk menu tengahari hari ini, saya dah masakkan telur masak kurma dan ayam goreng mamak untuk anak. Tapi saya macam tak ada selera sangat.
Tengok ikan bilis masih ada banyak dalam simpanan. Sedap jugak ni kalau goreng rangup2. Makan dengan nasi panas tabur kicap pun sedap ni. Tetiba ada selera nak makan 😂😂😂
Jadi, terus basuh ikan bilis, potong bawang2 dan cili padi. Dah siap goreng, saya perahkan sedikit limau nipis. Sedap.
Alhamdulillah,
Jom menjamu!
Ikan Bilis Goreng Rangup
Bangun pagi tadi rasa badan kurang sihat, rasa sakit satu badan. Nak demam pun ada. Tapi tetap kena kuatkan diri untuk masak. Macamtulah mak-mak, kan?
Untuk menu tengahari hari ini, saya dah masakkan telur masak kurma dan ayam goreng mamak untuk anak. Tapi saya macam tak ada selera sangat.
Tengok ikan bilis masih ada banyak dalam simpanan. Sedap jugak ni kalau goreng rangup2. Makan dengan nasi panas tabur kicap pun sedap ni. Tetiba ada selera nak makan 😂😂😂
Jadi, terus basuh ikan bilis, potong bawang2 dan cili padi. Dah siap goreng, saya perahkan sedikit limau nipis. Sedap.
Alhamdulillah,
Jom menjamu!
Cara Memasak
- 1
Cuci ikan bilis sebersihnya. Panaskan minyak ke dalam kuali. Masukkan ikan bilis, goreng hingga keperangan dan rangup.
- 2
Kemudian, masukkan bawang besar dan putih. Tumis hingga naik bau dan gaulkan.
- 3
Masukkan cili padi dan gaul sekata. Sambung goreng seketika dan sedia untuk diangkat.
- 4
Siap untuk dihidang dan perahkan jus limau nipis ke atasnya.
Resipi Sepertinya
-
Ikan Bilis goreng cili kering rangup krukkkk krakkkk Ikan Bilis goreng cili kering rangup krukkkk krakkkk
Ini lagi satu resepi paling simple dan cepat yang emak selalu masakkan untuk kami dulu-dulu.Selalunya emak akan hidangkan menu ini untuk sarapan pagi.Dimakan bersama nasi panas atau nasi goreng.Paling kerap resepi ikan bilis goreng cili kering rangup ni emak sediakan di bulan puasa untuk menu bersahur sebagai pembuka selera kami adik beradik.Memang terbuka selera untuk makan sahur.Krukkk krakk kerangupan ikan bilis dan rasa manis bawang besar bercampur pedas cili kering memang melajak makan nasi 🤭😂 Q'leenalee's Kitchen -
Sayur Campur Goreng Bilis Rangup Sayur Campur Goreng Bilis Rangup
#goldenapron2020#week2Salam Ramadhan semua.Alhamdulillah, hari ini dah hari yang ke-7 kita berpuasa. Baru hari ke-7, akan tetapi dah pening nak masak juadah apa untuk berbuka.Saya agak beruntung sebab tidak perlu nak fikir nak masak kuih atau pencuci mulut untuk berbuka nanti. Suami dan anak lebih suka buka dengan kurma dan seterusnya makan nasi. Jadi jimatlah tenaga sikit, kan? Kadangkala saya buat juga kuih muih dan dessert mudah.Menu ini merupakan menu kedua saya untuk tahun 2020, menu pertama yang saya kongsi minggu lepas mendapat kecaman dari seorang rakan di Cookpad ini menyatakan resepi saya tak berguna, jadi tak perlulah kongsi, katanya. Terasa juga.Namun, setelah ramai rakan Cookpad lain yang meninggalkan komen dan gambar hasil mereka mencuba resepi saya, pedih itu terubat. Alhamdulillah, resepi saya ada juga yang mencuba dan mereka suka. Saya memilih untuk bangkit dan terus memasak dan kongsi resepi di Cookpad.Manalah tahu bila saya sudah tiada nanti, anak saya boleh melayari laman ini suatu hari nanti bila dia rindukan masakan saya.Hari ini, suami meminta saya buatkan sayur goreng yang saya buat tempohari. Sedap katanya! 😊😊 Macam di awangan seketika hahaha. Suami saya sangatlah susah nak memuji apa jua yang saya masak. Tetapi kalau dia puji tu maka kena lah dengan selera tekaknya.Maka saya pun buatlah menu ini harini, sayur campur goreng bilis rangup. Menu ini mudah sahaja hendak sediakan. Masak pun sekejap sahaja.Jom masak! Zarns Dir -
Kerabu Ikan Bilis Kerabu Ikan Bilis
Main Campak Campak 🍲Saya paling suka dengan menu kerabu ikan bilis ni. Menu pembuka selera, belum apa lagi saya sudah kecur liur dibuat nya dengan bau limau kasturi. Apabila dimakan tergigit isi limau dan jus masam nya, rasa masin dari ikan bilis dan sos ikan, rasa manis dan pedas tu semua ada. Sedap juga jika ikan bilis dan bahan bawang dan cili tidak digoreng. Gaulkan sekali bersama dan lenyek-lenyek manja biar semua bahan beramas mesra, gitew! 😋 Dapur Yusfarisyia -
Sambal Ikan Bilis Kering Sambal Ikan Bilis Kering
#goldenapron2020#week29Saya suka sambal ikan bilis yang ditumbuk lepastu digoreng. Yang jenis sambal mentah tu pun suka jugak, tapi suami tak makan macam tu..so buat cara yang ni lah. Simple dan sedap. Zarns Dir -
Kailan Ikan Masin Kailan Ikan Masin
#goldenapron2020#week17Hari ini rasa nak makan menu restoran ala siam tu.. Dah lama tak pergi sejak belum bermulanya PKP lagi. Huhuhu..So hari ini kita masak salah satu menu yang selalu saya order untuk makan bersama keluarga iaitu Kailan Ikan Masin.Mudah je nak masak kailan ikan masin ni, kalau ikut selera saya, hanya guna 4 bahan je. Ikan masin yang digunakan mestilah Ikan Masin Gelama Jeruk. Bagi saya, ikan gelam jeruk ni lagi sedap dan kena untuk buat menu ni.Bila dah siap masak, saya hidangkan bersama telur dadar, sambal belacan dan juga sup daging (sebab anak dan asben tak suka tomyam). Tetap yummy!!! Menambah nasi you alll.....😁😁😁 Zarns Dir -
Ikan Bilis Goreng Pedas Ikan Bilis Goreng Pedas
Minggu ni Yani agak sibuk sedikit dengan beberapa urusan di luar rumah, jadi tak sempat nak ke kedai runcit atau pasaraya beli barangan basah. Jadi untuk menu makan tengahari dan malam yang cepat dan mudah disediakan, Yani masak Ikan Bilis Goreng Pedas untuk Yani dan suami. Selain cepat disediakan, ia juga jimatkan masa dan jimatkan kos Yani minggu ini. Kalau tidak mesti dah kena keluar modal yang lebih untuk makan diluar atau tapau makanan di kedai.Boleh dimakan bersama nasi panas atau bubur nasi. Sedapnya makan ringkas macamni sekali sekala. Nur Azliani Amer -
Kerabu Mangga Ikan Bilis Kerabu Mangga Ikan Bilis
Menu pembuka selera ada masam manis masin dari ikan bilis...dapat lauk macam nilaju lah selera makan...ikan bilis goreng sentiasa ada kt dapur sbb akk suka makandengan nasi goreng...bila magic cart ada list bahan ikan bilis terus akk petik mangga depanrumah jiran punya ...dia dah wakaf untuk akk makan...so anytime akk boleh petik...🥰🤩Ajom tengok akk sediakan bahan2#CookpadApron2025MAGIC CART WEEK 17 :IKAN BILIS, CILI#MakeEverydayCookingFun Aza Aaj -
Nasi Goreng Sambal Ikan Bilis Pedas Terangkat Nasi Goreng Sambal Ikan Bilis Pedas Terangkat
#resipi3bahan#goldenapron2020Hari ni masak paling simple tapi pedas terangkat. Sangat mudah dan cepat penyediaan Nasi Goreng Sambal Ikan Bilis Pedas Terangkat ni.Nak lagi sedap kena makan ketika panas. Memang terangkat rasa pedas sambal ikan bilis bagi yang tak berapa makan pedas macam ummi.😅 Kalau ada petai lagi menambah lah jawabnya.Selamat mencuba. Fatthanah Amran -
Mandai goreng rangup Mandai goreng rangup
#goldenapron#cookpadmalaysiaDulu saya tak tahu pun apa itu mandai.Maka tak beranilah nak memandai -mandai menyebutnya 😂.Tapi sekarang saya dahpun pandai makan mandai.Dah memandai-mandai lagi masak resepi ikut selera saya😉Mandai atau Jeruk kulit cempedak ni makanan orang banjar.Pertama kali saya cuba dulu terus jatuh suka dengan mandai ni.Apalagi jika digoreng rangup.tak sedar bertambah2 nasi. Mandai ni sangat sesuai dimakan bersama nasi panas. 😋👍 Q'leenalee's Kitchen -
Asam Pedas Rebus Asam Pedas Rebus
135/2021/RoadTo1k/820Sedari kecil lagi memang asam pedas begini yang mak masak dan hidang untuk kami adik beradik. Bila dah besar baru ler tahu ada juga asam pedas jenis lain yang tumis tu..Hari ni ada sedikit kekuatan untuk bangun dan masak. Malam tadi tah ler kenapa tiba-tiba rasa mual dan senak perut. Tak memasal muntah pulak ehh. Dah lama tak Jadi gini. Seingat hakak, 9tahun kahwin ni 1st time hakak muntah dan disaksikan oleh suami 🤭😅. Angin teruk juga semalam dalam badan. Stress pun agak tinggi sehari dua ni. Jadual makan pun ada skip juga😪. Tu punca kot..Jadi tadi dah rasa ok sikit. Hakak masuk dapur untuk masak lunch. Masak yang simple je. Ada masam2 sikit rasanya. Elok lah untuk tekak ni. Lagi satu mungkin dah rindu mak Ayah kot 😢. Last jumpa Ramadhan hari tu. Sebab tidur pun dah mimpi2 dah ni. Semoga PKP ni tamat ler. Nak balik kampung 😓 Salina Jalaludin -
Sambal Terung Bilis Sambal Terung Bilis
211/2022/RoadtoWorldRecipes/1329Sejujurnya resipi ni sedap naw bila dimakan dengan nasi putih panas & kicap 🤭. Tiber rasa menyesal masak resipi sebegini. Dah terpaksa makan banyak 😏.Bila nasi dah habis . Tak mo tambah dah😭😭😭. Tapi tangan masih ambil lagi sambal ni dan masukkan ke dalam mulut😰. Ngeri oiii situasi ni. Hakak tak suka walaupun rasanya sedap sangat😆🤣😂😂😂. Korang patut cuba juga hokey 😋 Salina Jalaludin -
Maggi Mi Goreng Perisa Sambal Tumis Bilis Maggi Mi Goreng Perisa Sambal Tumis Bilis
#goldenapron2020Apabila teringin sangat nak makan Maggi, ummi pilih Maggi Mi Goreng Perisa Sambal Tumis Bilis. Memang sedap dan kenyang. Boleh tambah ayam goreng segera. Selera makin bertambah dengan perahan limau nipis.Nak tahu cara menggoreng ayam segera boleh klik link nihttps://cookpad.wasmer.app/my/recipes/14224510-ayam-goreng-rangup-ayamas?invite_token=RirtQQcSU5B34LdAxRgxTdkV&shared_at=1607874812Selamat mencuba ya. Fatthanah Amran
Lebih Banyak Resipi
Komen (3)