Kailan Ikan Masin

Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311

#goldenapron2020
#week17

Hari ini rasa nak makan menu restoran ala siam tu.. Dah lama tak pergi sejak belum bermulanya PKP lagi. Huhuhu..

So hari ini kita masak salah satu menu yang selalu saya order untuk makan bersama keluarga iaitu Kailan Ikan Masin.

Mudah je nak masak kailan ikan masin ni, kalau ikut selera saya, hanya guna 4 bahan je. Ikan masin yang digunakan mestilah Ikan Masin Gelama Jeruk. Bagi saya, ikan gelam jeruk ni lagi sedap dan kena untuk buat menu ni.

Bila dah siap masak, saya hidangkan bersama telur dadar, sambal belacan dan juga sup daging (sebab anak dan asben tak suka tomyam). Tetap yummy!!! Menambah nasi you alll.....😁😁😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 minit
1 hidangan
  1. 3-4 batangkailan
  2. 1ekor ikan masin gelama jeruk
  3. 1 ulasbawang putih
  4. 1 ulasbawang merah
  5. 1 ulassederhana bawang besar dimayang
  6. 2-3tangkai cili padi dihiris (lebihkan jika suka pedas)
  7. 4-5sudu minyak dari gorengan ikan masin
  8. Minyak secukupnya untuk menggoreng ikan

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.

  2. 2

    Cuci bersih kailan dan potong daunnya besar-besar. Asingkan batang dan daunnya.

  3. 3

    Basuh ikan masin gelama jeruk. Panaskan minyak untuk menggoreng ikan masin tadi. Goreng sehingga sedikit garing. Kemudian, ambil isinya sahaja, dicarik kecil-kecil.

  4. 4

    Gunakan 4-5 sudu minyak menggoreng ikan masin tadi. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk/dikisar.

  5. 5

    Setelah naik bau, masukkan batang kailan dan tumis seketika 1 minit.

  6. 6

    Kemudian masukkan daun kailan dan gaul sekata.

  7. 7

    Masukkan ikan masin gelama jeruk yang digoreng tadi dan gaul sekata. Tidak perlu tambah garam, sebab ikan masin dah cukup masin.

  8. 8

    Kemudian, masukkan bawang besar yang sudah dimayang bersama cili. Gaul sekata dan boleh dihidangkan. Jangan masak terlalu lama untuk elakkan kailan terlebih masak dan lembik.

  9. 9

    Siap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311
pada
KONGSI RESEPI SIMPLE & ALA KADAR.Salam perkenalan semua.Saya Roza.Cookpad ini saya jadikan sebagai buku resepi peribadi saya untuk abadikan resepi yang saya selalu hidangkan untuk anak dan suami.Manalah tahu bila saya sudah tua atau tiada, anak boleh tengok resepi menu yang saya pernah sediakan untuknya.Saya ini tidaklah pandai memasak lauk pauk yang sedap macam kedai atau pakar masak. Begitu juga kuih muih.Kepakaran saya lebih terarah kepada cookies, kuih raya dan kek.Tapi hari demi hari terus mencuba menjadikan menu harian lebih sedap dari sebelumnya untuk dihidangkan menjadi santapan keluarga.Boleh follow Instagram saya :-foodtography : zarnsdir_mycakes & dessert : rozadelightsjuga Facebook saya : zarns dirTerima Kasih
Baca lagi

Komen (4)

0h Hana !!
0h Hana !! @hana25_7someday
Sekali masak kena 3 ikat...berebut niii...
#mentorlove

Resipi Sepertinya