Pancakes Gebu Mudah

Juanita
Juanita @juanita
Kemaman, Terengganu

Sapa yang tak suka pancakes kan. Sedap dimakan begitu sahaja. Kalau nak lagi sedap, makan bersama butter dan madu. Memang makan sambil pejam mata la...😆😆

Dulu masa kecik kalau arwah ayah bawak pegi tido hotel, masa breakfast jumpa pancakes, memang suka sangat lah. Memang kalau jumpa pancakes sekarang ni, terimbau kenangan masa kecil bersama arwah ayah.

Ingatkan susah sangat nak buat. Rupanya senang aja.

Jom guna resepi pancakes yang mudah ni. Gaul-gaul je dah siap adunannya. Boleh dijadikan sarapan untuk keluarga. Anak-anak pun boleh bawa bekal ke sekolah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan kering:
  2. 1 cawantepung gandum*
  3. 2 sudu makantepung jagung*
  4. 2sudu kecil baking powder*
  5. 2 sudu makangula castor
  6. 1/2sudu kecil garam
  7. Bahan basah:
  8. 3/4 cawansusu segar
  9. 1biji telur (dipukul manja)
  10. 2 sudu makanminyak jagung (atau butter yang dicairkan)
  11. 1sudu kecil esen vanilla

Cara Memasak

  1. 1

    Bahan yang bertanda * diayak bersama. Kemudian masukkan gula dan garam. Gaul hingga rata.

  2. 2

    Satukan bahan basah dan gaul rata.

  3. 3

    Masukkan bahan kering ke dalam bahan basah. Gaul hingga rata dan tepung tidak bergentel. Biarkan dalam 10-15 minit agar adunan bercampur mesra.

  4. 4

    Panaskan pan dan tuang 1 senduk adunan. Biarkan sebentar sebelum diterbalikkan. Angkat dan ulang lagi sehingga habis.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Juanita
Juanita @juanita
pada
Kemaman, Terengganu
A wife, a mother and a teacher. I cook with love for my loved ones.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya