Sup Kaki Ayam ala Thai

Saya suka makan kaki ayam tapi kadang bingung nak masak cara apa. Sepatutnya nak buat bakso. Jenuh Google jumpa la resepi sup ala Thai. Saya olah dengan menambahkan sedikit bebola daging. Sedap makan bersama mihun ataupun nasi putih.
Sup Kaki Ayam ala Thai
Saya suka makan kaki ayam tapi kadang bingung nak masak cara apa. Sepatutnya nak buat bakso. Jenuh Google jumpa la resepi sup ala Thai. Saya olah dengan menambahkan sedikit bebola daging. Sedap makan bersama mihun ataupun nasi putih.
Cara Memasak
- 1
Rebus kaki ayam hingga sedikit empuk
- 2
Sementara kaki ayam direbus. Tumbuk halia bersama bawang putih hingga lumat. Bawang besar, bawang merah dipotong kasar. Serai dan cili padi diketuk. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan hingga sedikit layu. Masukkan bersama daun limau purut.
- 3
Tambahkan air ke dalam periuk dan biar hingga mendidih. Kaki ayam dan telah empuk dimasuk ke dalam rebusan sup (buang air rebusan kaki ayam). Tambahkan sekali batang saderi dan lobak merah.
- 4
Setelah itu, masuk bunjut sup dan pati ayam. Campurkan sekali sos ikan, garam gula, serbuk lada putih dan serbuk cukup rasa.
- 5
Setelah semua bahan serasi, masuk tomato dan daun ketumbar serta bebola daging. Tambahkan cili padi potong atau bawang yang dihiris. Biarkan seketika dan tutup api. Perah jus limau nipis untuk rasa masam.
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Sup Kaki Ayam Ala Thai Sup Kaki Ayam Ala Thai
💖393💖24/2022🌹MINI BONUS : sup Ayam Thai🌹Menu pilihan ummi lah ni kalau rasa badan tak berapa nak sihat. Selera makan pun tak berapa nak ada. Inilah menu pilihan nombor satu Ummi. Sup Kaki Ayam Ala Thai.Ummi lebih suka sup kaki ayam berbanding isi Ayam. Kalau sup kaki Ayam Thai ni meratah je panas-panas.Badan yang tak berpeluh pun terus keluar peluh.Sup Thai sangat berkhasiat kerana diletakkan bahan-bahan herba semulajadi yang segar seperti serai, lengkuas, halia, daun ketumbar, cili thai dan jus limau nipis. Aromanya memang membuka selera.Masa nak makan letak lebih cili dan perahan limau nipis untuk lebih rasa pedas dan masam. Memang tak toleh kiri kanan dah🤭😋👍 Q'leenalee's Kitchen -
Sup Kaki Ayam Ala Thai Sup Kaki Ayam Ala Thai
Sup Ala Thai adalah menu yang sangat sedap dan sangat membuka selera.Masakan ini popular di Negara Thai dan juga menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia terutamanya di Utara.Sup ini rasanya yang pedas masam mirip rasa Tomyam Tetapi ia adalah Sup🤭😃Sup Kaki ayam ala Thai memang kegemaran saya sekeluarga.Saya pernah share resepi sup kaki ayam ala Thai "cara saya" ini di Fb group satu ketika dulu.Kali ini saya masak semula dan kongsikan di sini untuk sesiapa saja yang ingin mencuba.#cppassport Q'leenalee's Kitchen -
Sup Kaki Ayam (China) Sup Kaki Ayam (China)
Sup kaki ayam ni boleh dimakam dengan nasi ayam, mi, kuetiau, ataupun bihun. Orang negara China suka buat sup dengan pelbagai herba dan rempah untuk kesihatan badan. Kali ni saya buat sup kaki ayam guna bahan mudah sahaja. Rose Nani Nizah Nayan -
Sup Kaki Ayam Ala Thai Sup Kaki Ayam Ala Thai
Sup kaki ala Thai yang Simple ni..memang sesuai di masak jika masa sangat terhad dan barang pun terhad .kebiasaan Alin buat...Alin akan letak kentang..tomato..dan carrot...tapi sebab kebanyakan barang xde..so Alin letak mna yang ada . FZ Adzlin -
Sup Ikan Merah ala Thai Sup Ikan Merah ala Thai
Jarang jarang nak masak sup ikan ni, tak ramai yg suka makan sup ikan😂. Sup ikan ala thai cara saya, masam pedass🔥 Ann👩🏻🍳 -
Sup kaki ayam Sup kaki ayam
Ada yang gemar makan sup kaki ayam macam saya? Kami satu family semua suka makan. Kaki ayam ni kaya dengan kolagen, nak awet muda boleh la makan selalu hihi 😁.. Azizah Mansor -
🇹🇭Sup Ayam Ala Thai 🇹🇭Sup Ayam Ala Thai
💚645💚💐75/2022💐MINI BONUSSup Ayam Ala Thai..#mk89masakAYAMhari2 mau sup😁Haa yang ni pedas😄 ini suppp mamy punyaaa...#meratah kikiki mamy_kitchen89 -
Sup Kaki Lembu Sup Kaki Lembu
#goldenapron2020#minggu19Dulu masa kecik-kecik selalu tengok arwah mak dan kakak-kakak yang masak sup kaki lembu seperiuk besar bersama tulang lembu lepas qurban lembu pada hari raya haji. Sup kaki lembu agak unik kerana bila qurban lembu jea boleh dapat merasainya. Kerja memang remeh tapi sejak berkahwin nie, mak dah tak ada. Belajar masak sendiri sup kaki lembu hasil melihat arwah mak dan kakak-kakak yang masak dulu-dulu.So setiap kali pada hari raya korban, saya akan cuba minta encik suami bawa pulang kaki lembu jika kebetulan encik suami menyertai korban. Hari biasa memang susah nak dapat kaki lembu. Untuk mengerjakan kaki lembu nie perlu kesabaran. Saya suka sup kaki lembu sebab rasa dagingnya lembut dan kenyal. Memang syok makan tau 😋😋😋Sebenarnya resepi nie asalnya dibuat untuk #unique2u tapi terlupa terbitkan. Sedihkan 😪 sebab dah lama plan simpan tulang kaki lembu yang dapat masa qurban raya haji lepas. Pastu dah siap-siap taip tapi terlupa tarikh akhir hantar. Bila masak dan upload kat fb, kawan tegur cakap dah lepas tarikh....hukhukhuk😢Jadi upload untuk minggu 19 jea la😌 Noor Hassan -
-
Sup ayam ala thai Sup ayam ala thai
Sup ayam atau sup daging thai mmg lain rasanya.. aroma dari daun ketumbar dan rasa masam dari air perahan limau sememangnya cukup membuka selera.Ziana akan share pada semua bagai mana cara penyediaannya.Kebetulan ziana baru balik dari Perlis dan ada membeli beberapa jenis rempah masakan thai.Jom kita cuba masak .#minibonus#supayamthai Ziana Chesaad -
9:5:23 - SUP KAKI AYAM MASAM-MASAM SEGAR 9:5:23 - SUP KAKI AYAM MASAM-MASAM SEGAR
Buat sup ala-ala thai ada masam-masam pedas. Memang segar bila masuk ke tekak. Lebih-lebih lagi yang kurang selera makan kena yang masam-masam ni laju je.#CookEveryPart#HaiwanDaratanMemang nak cari resepi sup yang ada perah jus limau dan dapat resepi #airtangan_ummirizqi Leeina Qaliena walau seperti biasa banyak derhaka dengan resepi asalnya. Yang pasti memang sedap:) Hani Shaimi -
Lebih Banyak Resipi
Komen