Midin (Lemidin) Belacan

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Masak Apa Max 6 Bahan? Lemidin goreng belacan. Lama dah tak makan lemidin goreng belacan ni. Sedap makan panas-panas lagi, lawan nya ikan masin, ulam-ulaman, sambal belacan dan nasi putih. Perghhh mahu bertambah-tambah nasi 🤭

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 2ikat sayur lemidin
  2. 3 ulasbawang putih
  3. 3biji cili padi
  4. 1/2 cawanikan bilis (dibuang perut dan kepala)
  5. 1inci belacan
  6. 1/2senduk minyak masak
  7. Bahan perasa
  8. 1sudu kecil garam
  9. 3/4sudu kecil serbuk perasa Nazri

Cara Memasak

  1. 1

    Bagi yang tak pernah/tak tahu bagaimana rupa lemidin, ini lah lemidin 👇🏻. Ambil daun dan batang yang muda. Basuh dan toskan.

  2. 2

    Tumbuk bawang putih, cili padi, ikan bilis dan belacan. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. Masukkan sayur lemidin, perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Goreng jangan lama sangat ye nanti kurang sedap. Tutupkan api dan sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (12)

Nana Daud
Nana Daud @NanaDaud
Johor panggil pucuk paku merah...sy suke gile syo ni

Ditulis oleh

Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan