Spinach Fatayer

Ayudi's Kitchen
Ayudi's Kitchen @Ayudi_KitchenAJ
Australia

-Fatayer Sabanekh (Fatayer bayam)-
Fatayer asalnya sejenis Pai daging tapi boleh juga berinti bayam. Ada juga variasi berinti chesse akkawi ataupun feta cheese..Fatayer sangat popular di Lubnan terutamanya, negara-negara Arab yang lain seperti Iraq, Iran, Syria, Palestin, Jordan, Egypt, dll. Selalunya saya akan buat fatayer sebagai frozen pai untuk bulan Ramadan kerana ianya menjadi juadah wajib bagi suami saya.

Spinach Fatayer

-Fatayer Sabanekh (Fatayer bayam)-
Fatayer asalnya sejenis Pai daging tapi boleh juga berinti bayam. Ada juga variasi berinti chesse akkawi ataupun feta cheese..Fatayer sangat popular di Lubnan terutamanya, negara-negara Arab yang lain seperti Iraq, Iran, Syria, Palestin, Jordan, Egypt, dll. Selalunya saya akan buat fatayer sebagai frozen pai untuk bulan Ramadan kerana ianya menjadi juadah wajib bagi suami saya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2-3 orang
  1. Untuk Doh Fatayer
  2. 3 cawantepung serbaguna
  3. 1 tbspgula
  4. 1 tbspyeast
  5. 1 tspgaram
  6. 1 cawansusu segar atau air biasa
  7. Untuk Inti
  8. 400 gbayam frozen* (tengok note untuk bayam segar)
  9. 1biji bawang besar- dadu
  10. 1biji tomato- dadu
  11. Garam secukup rasa
  12. Sumac secukup rasa (tiada tak apa)
  13. Perahan jus lemon atau pomegranate molasses secukup rasa
  14. Feta cheese-optional(kalau guna feta cheese, garam jgn banyak)
  15. Pine nuts- optional

Cara Memasak

  1. 1

    Untuk doh. Campurkan semua bahan dan uli sehingga membentuk doh. Rehatkan 45 minit

  2. 2

    Untuk inti. Campurkan semua bahan dan sesuaikan tahap kemasaman yang disukai.

    NOTA: Untuk bayam segar, ambil daunnya sahaja dan cincang kasar. Basuh macam biasa dan garamkan bayam untuk keluarkan (perahkan) lebihan air yang masih berada di dalam bayam. Campurkan bahan inti.

    Untuk Frozen bayam, biarkan ianya defroze, dan perahkan lebihan air dan campurkan bahan² inti.

    NOTA: Sesetengah orang akan menumis dulu bawang dan sumac sebelum dicampurkan kedalam bayam dan bahan² lain. Terpulanglah.

  3. 3

    Apabila doh dah naik, flatkan doh tidak terlalu tebal atau nipis. Sederhana ketebalan. Gunakan acuan bulat yang besar (agak2 macam donut atau mangkuk kecil) terapkan doh. Untuk resepi ni saya dapat 16pcs. Mungkin kalau acuan lain dapat 20pcs.

  4. 4

    Letakkan inti ke atas doh yang diterapkan tadi. Dan lipatkan doh mengikut kesukaan anda. Selalunya fatayer datang berbentuk segitiga. Boleh Google fatayer shape kat Google.

  5. 5

    Sapukan dengan sapuan kuning telur atau sapuan susu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 190c selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan.

  6. 6

    Siap. Gambar sebelah, salah satu bentuk fatayer

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ayudi's Kitchen
Ayudi's Kitchen @Ayudi_KitchenAJ
pada
Australia
🌸Orang 🇲🇾 duduk 🇦🇺🌸🇲🇾💖🇸🇩🌸Suka memasak, menyulam dan menulis, membaca dan banyak lagi🌸FB Recipe's Page👉🏻 Ayudi Kitchen🌸Cuba update resepi sekerap yang mungkin
Baca lagi

Komen (6)

 Anur Musa
Anur Musa @gula_enau
Menarik nya menu....makan begitu saja atau Ada sos.

Resipi Sepertinya