Sambal Pauh Ringan (Kerabu Mangga Telur) Baba Style

Ahmad Mustaffa Kamal Drahman
Ahmad Mustaffa Kamal Drahman @Mustaffa_Kamal

Selamat tengahari semua.
Hari ni, permintaan daripada isteri minta Baba sediakan (sambal pauh).
Hidangan ini amat sesuai utk dimakan bersama nasi dan lauk kegemaran anda.
Penyediaannya sangat ringkas dan mudah.
Bagi Baba sambal ini sangat membuka selera makan kerana ada semua rasa padanya. Rasa Masam mangga, ikan panggang dan kepedasan cili padi bersatu dalam satu juadah yg pada Baba sangat membangkitkan selesa. 😋😋😋
🇺🇸👨‍🍳

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5-7 orang
  1. 11biji mangga telur
  2. 7tangkai cili padi
  3. 3ekor ikan selayang
  4. 100 gramikan bilis digoreng (pilihan)
  5. Garam secukup rasa
  6. Gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Bersihkan dan basuh mangga kemudian buang kulitnya.

  2. 2

    Setelah itu cincang mangga dan dihiris halus. Hati-hati sewaktu menyincang takut terluka tangan

  3. 3

    Bersihkan ikan kemudian panggang atau bakar. Setelah masak buang tulang kemudian ditumbuk halus bersama sedikit garam dan gula

  4. 4

    Ikan bilis digoreng kemudian ditumbuk halus.

  5. 5

    Cili padi ditumbuk bersama sedikit garam

  6. 6

    Gaulkan mangga bersama kesemua bahan yg ditumbuk.
    Perisakan dgn garam dan gula secukup rasa.

  7. 7

    Siap digaul bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lauk kegemaran anda.
    Boleh disimpan selama 3-4 hari di dalam peti sejuk.
    Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ahmad Mustaffa Kamal Drahman
pada

Komen

Resipi Sepertinya