Ayam Masak Kapitan

185/2021/RoadTo1k/870
Hari ni untuk lunch hakak masak Ayam Masak Kapitan resipi daripada Chef Husnil @cook_25118899 . Alhamdulillah sedap rasanya dan suami makan bertambah nasi. Bagi yang tak pernah masak menu ni. Rasa dia hampir sama dengan rendang. Cuma ia sedikit berkuah.
Ayam Masak Kapitan
185/2021/RoadTo1k/870
Hari ni untuk lunch hakak masak Ayam Masak Kapitan resipi daripada Chef Husnil @cook_25118899 . Alhamdulillah sedap rasanya dan suami makan bertambah nasi. Bagi yang tak pernah masak menu ni. Rasa dia hampir sama dengan rendang. Cuma ia sedikit berkuah.
Cara Memasak
- 1
Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Digoreng sehingga separuh masak. Angkat dan toskan minyak.
- 2
Masukkan ke semua bahan kisar ke dalam mesin pengisar. Kisar halus. Panaskan minyak masak (guna minyak goreng ayam tadi). Tumis sehingga naik bau.
- 3
Masukkan ayam dan gaul sebati.
- 4
Masukkan santan, asam jawa dan air. Kacau sebati dan masak sehingga mendidih.
- 5
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk cukup rasa. Taburkan daun bawang. Kacau dan tutup api.
- 6
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.
- 7
Selamat mencuba 😊
Resipi Sepertinya
-
Ayam Ungkep Lada Hitam Ayam Ungkep Lada Hitam
197/2021/RoadTo1k/882Resipi lunch tadi. Resipi ni hakak cooksnap daripada resipi Puan Nurul @mamy_nurul. Dia masak resipi ni untuk menu berpantangnya. Hakak yang tak berpantang pun nak masak juga ehh. Tapi hakak tukar kaedah masakan iaitu resipi asal tak tumis tapi hakak tumis. Selain tu, tukar penggunaan susu segar kepada santan. Selebihnya i follow.. Rasa macam ayam masak lemak tapi sebab ada lada hitam, jadi aroma dan rasa tu yang sedikit berbeza. Apa-apa pun sedap aja 🥰 Salina Jalaludin -
Kari Ayam Vietnam 🇻🇳 Kari Ayam Vietnam 🇻🇳
207/2021/RoadTo1k/892❤️Vietnam : Country of The Week❤️Resipi ni hakak cooksnap daripada resipi Sesimple Loralin @Uchu. Macam biasalah dah buntu nak masak apa lunch tadi. Tu buat carian di Cookpad. Tengok resipi ni macam menarik je pastu tak pernah masak lagi kan. Jadi ada baiknya kita coba ya 😬.Perbezaan kari Vietnam ni dengan kari Malaysia adalah pengunaan daun ketumbar bagi menggantikan daun kari sebagai bahan perasa. Bila bahan berubah, pastinya aroma dan rasa pun berubah. Apa2 pun sedap sangat kari ni. Hakak suka sebab bau ketumbar tu segar sangat dan buat bertambah nasi sahaja. Sebab tu kalau ko debabb, jangan salahkan orang lain. Sebab sendiri masak, sendiri yang makan dan puji2 diri sendiri kan 🤭😂 Salina Jalaludin -
Kari Ayam Kapitan (Nyonya Kapitan Chicken Curry) Kari Ayam Kapitan (Nyonya Kapitan Chicken Curry)
#MasakanNyonyaAyam masak kapitan ni sangat menyelerakan dan buat anak-anak dan suami Uchu menambah nasi. Pekat dan tetap sedap walaupun rasanya tidak berempah.Bagi Uchu rasa Kari Nyonya ini adalah di antara rasa kari mussaman Thai dan Kari Vietnam. Cuma kari mussaman ada rasa rempah yang mild juga kerana penggunaan jintan manakala Kari Vietnam lebih plain dan sedikit cair. Kari biasa seperti masakan mamak pula terasa rempah tumisnya.Kari Nyonya ini Uchu Cooksnap #WAJIBcooksnap resepi Dapur Chef Husnil @cook_25118899 . Tq chef. Sesimple Loralin -
Ayam Limau Nipis Ayam Limau Nipis
243/2021/RoadTo1k/928Resipi ni Cooksnap daripada Kak Zakiah @ Dapur Yusfarisyia @gula_apong. Sedap tau resipi ni😬. Yang bezanya hakak guna limau nipis segar manakala resipi asal guna serbuk limau nipis (tak de ni kat rumah, cari di kedai pun tak jumpa juga)😅. Pastu hakak tambah daun ketumbar untuk bagi efek aroma yang lebih kuat dalam sajian. Selebihnya hakak follow je resipi asal 😊 Salina Jalaludin -
Kambing Masala 🇮🇳 Kambing Masala 🇮🇳
101/2021/RoadTo1k/786❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassport❤️ Negara I = 1/7 : India ❤️Resipi kambing masala ni asalnya ambil dari satu blog. Tengah-tengah tumis bahan, suami tanya kenapa macam pucat je rupanya. Tak de letak serbuk kari ke? 😅Hakak jawab tak dela sebab dalam resipi tak de. Terus suami cakap cuba tengok dalam buku 1Hari1Resipi Chef Hanieliza tu. Sekali tengok dalam tu, hahaha.. ada uollss serbuk kari 😂 Tapi terdapat perbezaan beberapa ramuan juga. Adehh...tapi disebabkan dah tumis kan, kita teruskan jela masak ramuan daripada resipi asal dan gabungkan dengan resipi Chef Hanieliza yang ada serbuk kari dan daun ketumbar 🤭 Alhamdulillah gabungan tiba-tiba ni menjadi. Lega rasanya masa makan berbuka puasa tadi. Dah lah ni je lauk yang kami masak. Lega..bila semuanya baik-baik aja 😌.Dari segi negara asal resipi ni mestilah daripada India. Tu pasal macam pelik tak dak serbuk kari tadi tu. Kedai-kedai mamak pun ada jual kan menu ni 😬 Salina Jalaludin -
Bubur Nasi Bersantan Bubur Nasi Bersantan
48/2021/RoadTo1k/733Resipi ni hakak masak khamis lalu khas buat suami yang sakit gigi. Bubur merupakan satu menu yang lembut untuk dimakan dan tidak perlu untuk mengunyah dengan banyak. Untuk bagi rasa sedikit berlemak, hakak guna santan kotak yang hadiah dari S&P Santan. Beras hakak guna beras bubur yang dihadiahkan oleh kawan ofis suami. Guna beras ni cepat sikit tempoh masak bubur berbanding guna beras biasa. Hakak masak 2cawan je tau, tapi bukan setakat suami je makan. Siap boleh bagi jiran lagi. Alhamdulillah.. Berkat sungguh rezekinya boleh dikongsi dengan ramai orang 🥰 Salina Jalaludin -
Nasi Lemak Rendang Ayam Nasi Lemak Rendang Ayam
157/2021/RoadTo1k/842Sebelum ni hakak pernah kongsi resipi nasi lemak rendang sebegini juga. Tapi nasi tu nasi lemak pandan (warna hijau dan ada ekstrak air daun pandan kisar ). Rendang yang dimasak pula adalah 100% from the scratch..Namun untuk resipi kali ni, hakak hanya masak nasi lemak biasa sahaja dan kaedah memasak rendang pun hakak guna bahan asas rendang dan ditambah serbuk rendang segera. Jadi hasil kuah rendang jauh lebih pekat dan sedap 😋.Nasi Lemak Rendang Ayam ni dimasak buat kali ke2 ni gara-gara drama yang sama juga iaitu drama "Kebaya Kasut Kanvas". Harap hakak tak tengok drama tu untuk kali ke3 dan mengulangi sejarah yang sama lagik 😂😂😂 Salina Jalaludin -
Gulai Lengkuas Ikan Tongkol Gulai Lengkuas Ikan Tongkol
281/2021/RoadTo1k/976Pagi tadi suami ke pasar dan belikan ikan tongkol. Jadi seperti biasa hakak buat carian di Cookpad dan terjumpa resipi menarik ni dari Sesimple Loralin @Uchu. Yang menarik resipi ni, ikan tongkol tu direbus dengan beberapa bahan terlebih dahulu sebelum dimasak gulai. Jadi ada 2proses masak di sini yang menjadikan hidangan ni sedap yaamat. Suami pun puji lauk ni sedap tadi. Alhamdulillah. Memang terbaik 😋🤤🤤🤤🤤 Salina Jalaludin -
Tomyam Kelapa Muda Tomyam Kelapa Muda
14/2021/RoadTo1k/699Craving untuk makanan kedai tomyam bersambung lagi hari ni😅. Hari ni hakak masak tomyam kelapa muda pulekk. Nasib kelapa muda pun senang dapat. Order dengan jiran je. Penghantaran terus depan pintu rumah 🤭. Alhamdulillah craving hari ke2 berjaya diselesaikan. Makin bertambah hari PKP makin menakutkan pulak rasanya bertambah berat badan 🤣🤣🤣🤣🤣 Salina Jalaludin -
Kuah Kari Kicap (Nasi Kandar) Kuah Kari Kicap (Nasi Kandar)
194/2021/RoadTo1k/879Kuah Kari Kicap ni sebahagian daripada resipi Nasi Kandaq yang hakak kongsikan sebelum ni. Ia memang gabungan terbaik untuk nasi kandar. Tapi masa makan kuah dia ni, hakak terfikir kalau masak lagi pekat dan tambah daging cincang ke. Mungkin sesuai dijadikan inti karipap tau. Sebab ia rasa kari berkuah kicap. Cukup rasanya dan memang sedap 😊 Salina Jalaludin -
Masak Lemak Labu Udang Masak Lemak Labu Udang
209/2021/RoadTo1k/894Labu ni suami hakak beli masa kami p shopink barang dapur. Dia ambil yang siap potong dalam 300gm gitu je. Almaklum ler duduk berdua. Jadi beli sikit2 sudah. Buat merasa kan 🤭 Salina Jalaludin -
Ayam Masak Merah Bersantan Ayam Masak Merah Bersantan
182/2021/RoadTo1k/867Menu ayam masak merah kali ni hakak buat versi bersantan. Rasanya pun not bad tau. Buat mereka yang gemar makanan bersantan, boleh cuba 😬 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen (7)