Spring Roll Popia Vietnam

Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
Pulau Pinang, Malaysia

Kulit dia ni beli lama dah, buatnya belum 🙈. Kahirnya, dapat buat juga hari ni 😻.

Hakak suka guna suun dari mihun. Dan suka juga bubuh daun ketumbar banyak2. Kombinasi rasa dgn sos thai masukkkkk 😋😋.

Ajommm buat ✌🏻😍.

Spring Roll Popia Vietnam

Kulit dia ni beli lama dah, buatnya belum 🙈. Kahirnya, dapat buat juga hari ni 😻.

Hakak suka guna suun dari mihun. Dan suka juga bubuh daun ketumbar banyak2. Kombinasi rasa dgn sos thai masukkkkk 😋😋.

Ajommm buat ✌🏻😍.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
1 hidangan
  1. 6-8kulit popia vietnam roll
  2. 8-10ekor udang sederhana direbus terlebih dahulu
  3. 1 batangcarrot potong memanjang halus2
  4. 1/2 batangtimun dibuang empulurnya dan dipotong memanjang halus
  5. 1/2peket suun yg dicelur bagi lembut
  6. 1ikat daun ketumbar
  7. 1sudu kecil cili flakes
  8. 1sudu kecil serbuk lada sulah
  9. 1sudu kecil serbuk lada hitam

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Rebus dahulu udang, kemudian baungkan kulitnya. Sediakan bahan2 yg lain juga.

  2. 2

    Kemudian, satukan semua bahan dalam bekas termasuk daun ketumbar.

  3. 3

    Masukkan cili hawflaked, lada sulah dan lada hitam.

  4. 4

    Gaul sebati semuanya.

  5. 5

    Dan ambil kulit popia vetnam, rendam 15 saat dlm air suam (letak dalam pinggan air suamnya spy senang nak rendam elok). Dah agk lembut, susun je semua2 bahan yg kita gaul td. Kalau suka,boleh sapukan minyak bijan dan tambahkan bijan. Dah susun, gulung2 ikut suka kita. ehehe. Dah siap. Bolehla jamu sekeluarga dgn sos thai. Selamat mencuba 🥰.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
pada
Pulau Pinang, Malaysia
Suka masak 👩🏻‍🍳.Saja nak berkongsi resipi yang sudah dimasak 😍.Suka gambar cantik-cantik walaupun gambar sendiri tak cantik 🥴😅📸.Suka berkawan dengan ahli cookpad yang lain dan sesiapa sahaja yang sudi🥰.Selamat Datang ke ‘Ain Mohd Kitchen’🙋🏻‍♀️.Terima kasih kerana sudi mencuba resipi-resipi saya 😍💐.Jom kita masak ✌🏽🤩.
Baca lagi

Komen (6)

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Sama,dah 2 bulan beli kulitnya,dot diam tak bergerak-gerak,kikiki

Resipi Sepertinya