Sudanese Chicken Stew 🇸🇩

Stew atau Rebusan adalah kombinasi beberapa bahan seperti daging/ ayam bersama sayuran seperti kentang, kekacang atau tomato.
Dimasak menggunakan api yang perlahan supaya bahan-bahan lengkap mereneh dan menghasilkan rasa yang sebati.
Sudanese Chicken Stew 🇸🇩
Stew atau Rebusan adalah kombinasi beberapa bahan seperti daging/ ayam bersama sayuran seperti kentang, kekacang atau tomato.
Dimasak menggunakan api yang perlahan supaya bahan-bahan lengkap mereneh dan menghasilkan rasa yang sebati.
Cara Memasak
- 1
Beberapa ketul bahagian ayam direbus menggunakan 2 1/2 cawan air. Rebus sehingga mendidih. Tomato, bawang holland dan kentang dipotong.
- 2
Setelah ayam direbus. Angkat dan toskan ayam. Di periuk lain, panaskan minyak masak. Gorengkan ayam tadi selama 2-3 minit. Kemudian angkat toskan minyak. Masukkan bawang holland, gorengkan sehingga sedikit layu kemudian masukkan tomato. Kacau seketika.
- 3
Masukkan serbuk kayu manis. Kacau. Kemudian masukkan air rebusan ayam. Kacau rata. Masukkan ayam, kentang, garam dan jintan putih. Masak sehingga mendidih selama 1 jam 30 minit menggunakan api yang perlahan. (Ketika memasak, boleh tutup periuk dengan penutupnya). Sesekali kacau kuahnya.
- 4
Siap dihidangkan. Boleh dimakan bersama roti atau nasi panas. Sedap 😘🥰. Yani makan bersama Roti Slovenia yang Yani dah buat.
Resipi Sepertinya
-
Stew Ayam Stew Ayam
"Rindu sangat-sangat..."Wajahnya, senyumannya, bebelannya dan masakannya... Al-Fatihah buat Arwah Mak Yani : Zaiton binti Hashim.Dulu masa zaman kanak-kanak ketika bersama mak, ada masakan istimewa yang dimasak pada hari tertentu. Samada hari lahir, hari raya dan meraikan anak yang lulus peperiksaan akhir tahun. Teringat-ingat dapat makan Stew Daging. Tapi ketika itu Yani masih terlalu muda nak belajar memasak ni. Sempat belajar masak nasi, goreng sayur-sayuran je. Mujurlah ada Kakak Sulung yang lebih banyak belajar memasak dengan Mak.Bila Cookpad keluarkan cabaran Masak Apa Mengimbau Zaman Kanak-kanak terus teringat Stew Daging Mak.Jadi kali ini, Yani kongsikan resipi Stew Ayam. Yani jarang beli daging sebagai stok lauk, sesekali sahaja teringin baru beli. Oleh itu, Yani masak gunakan bahan yang ada di dapur.Jom lihat cara-caranya. Nur Azliani Amer -
Stew Daging Simple Stew Daging Simple
Stew dan sup hampir sama cara penyediaan dan memasak. Perbezaannya adalah dari segi tekstur. Sup mempunyai tekstur yang lebih cair manakala stew mempunyai tekstur yang lebih pekat dan likat. Stew ialah sejenis masakan yang direnehkan dan terdiri daripada daging pejal yang dimasak bersama kentang, lobak merah, batang saderi yang dipotong dadu secara kasar. Kalau berdasarkan resepi asal, stew perlu dimasak selama 5 sehingga 6 jam lamanya. Tetapi, pada masa kini waktu yang diambil untuk memasak stew menjadi lebih singkat dengan adanya periuk tekanan. Masakan stew ini sangat enak dihidangkan bersama roti putih, pasta mahupun nasi putih panas. Cara penyediaannya juga amat mudah kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Nora Hj Talib -
🇮🇪 Irish Lamb Stew @ Stew kambing 🇮🇪 Irish Lamb Stew @ Stew kambing
Masakan stew ni terhasil sebab kite nak cicah roti cheese yang kite buat tu..Yang penting stew ni mudah disediakan..memang ngam untuk dicicah dengan roti cheese ni ✌️banyak hidangan tradisional Ireland yang masih popular mempunyai ubi kentang sebagai ramuan utama.Ahli sejarah makanan, Alan Davidson juga menyatakan bahawa daging kambing sangat biasa digunakan untuk rebusan stew kerana kambing biri-biri biasanya disimpan dalam usia tua untuk mendapatkan bulunya dan susu mereka pada masa itu, yang bermaksud dagingnya sangat tua, keras sehingga memerlukan waktu yang lama sekiranya dimasak.Oleh itu, stewing adalah salah satu cara untuk menjadikannya boleh dimakan. Sebab daging kambing yang tua biasanya lebih liat kerana berotot. Secara umum, daging yang digunakan adalah tulang, dari leher atau shank, kerana ini dianggap menambah rasa yang lebih. Selain daging kambing, rebusan (stew) Irish pada awalnya dibuat dengan hanya dua bahan tambahan - iaitu bawang dan kentang. Keluarga yang lebih kaya dapat menggunakan kambing, yang kurang berkemampuan mereka akan menambah lebih banyak sayur-sayuran akar, seperti lobak merah, lobak atau parsnip.Itulah dia sedikit sebanyak tentang sejarah resepi ini..Baiklah, jom kita tengok resepi untuk membuat stew kambing 😄#sooyummy#cppassport Elley ana -
👩🍳Mauritania Cabbage Stew🇲🇷 👩🍳Mauritania Cabbage Stew🇲🇷
Hidangan Stu Kubis dengan tomato ini adalah dari Negara Mauritania; Sesuai dihidang dengan berbagai hidangan seperti ubi rebus, pisang raja, kentang, atau nasi .Sardin atau mackerel dalam sos tomato boleh digunakan sebagai tambahan bahan. Sedap juga😋Credit Recipe: www.allrecipes.com/recipe/228662/african-cabbage-stew/🌹🌎 NegaraHurufM-Mauritania-Resipi 10/19#cppassport Mahadiah -
Pulao Rice Pulao Rice
One pot meal pilihan sy yg mudah (walaupun bahan nmpk banyak tp cara masak sgt simple). Menu lengkap dgn karbohidrat, protein & sayur sayuran dlm 1 periuk. Sedap & jimat masa 😊#GlobalApron2024#OnePotMealWeek11Bahan: Beras, Minyak Sapi, Daging, Cauliflower, Kentang, Tomato, Halia, Kacang Peas, Lada Hitam Adawiyah Mohd Sharun -
One-Pot Meal: Beef and Beans Stew with Dumplings One-Pot Meal: Beef and Beans Stew with Dumplings
Hidangan ini dah lengkap dengan karbohidrat daripada kekacang dan bebola tepung, protein daripada daging dan serat daripada sayuran.Banyak sayuran kanji lebur masuk dalam ni. Jadi kuah akan sedikit pekat. Sangat mengenyangkan. Kalau ada lebihan kuah, boleh dimakan bersama roti.Apa rasa dumplings tu? Macam makan roti cicah kuah. Sedaplah senang cerita 😆daging (3 point)cauliflower (1 point)kacang merah (2 point)kacang peas (2 point)kentang (1 point)terung (1 point)10 points#GlobalApron2024 #challenge11 #onepotmeal Nihadriz Niha -
Shakshouka -Saudi Arabia 🇸🇦 Shakshouka -Saudi Arabia 🇸🇦
Shakshouka adalah Stewterdiri daripada telur yang dimasak dalam sos tomato dan lada,bawang, herba atau keju.Ia biasanya dimakan bersama roti yang dicelupkan sos dan telur yang dimasak lembut.Ada Shakshouka yang dimasak bersama daging cincang atau tanpa daging cincang.Banyak Negara yang claim Shakshouka ini seperti Arab,Libya,Tunisia,Algeria,Maghribi dan Mesir ect.Shakshouka secara tradisinya disajikan dalam kuali besi atau tajine seperti di Maghribi. Q'leenalee's Kitchen -
Dakdoritang (Spicy Korean Chicken Stew) Dakdoritang (Spicy Korean Chicken Stew)
GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 35: KOREAN FOOD 🇰🇷#GlobalApron2024COOKPAD MAGIC PANTRY:#ayam #bijan #daunbawang #gochugaru #gochujang #lobakmerah #minyakbijan #soysauceDakdoritang (spicy korean chicken stew) atau nama lain dia dak-bokkeum-tang (spicy korean braised chicken) adalah salah satu makanan tradisional orang Korea yang bermaksud ayam yang direbus atau direneh dengan sayuran daun bawang, bawang, kentang dan lobak merah bersama beberapa rempah dan cili. Sedap dimakan dengan nasi panas panas.Nak senang faham asam pedas ayam versi korea 😝. Kakak Faa -
Chicken Curry With Veggies Chicken Curry With Veggies
Kari yang saya masak kali ni ala-ala dalca, ada sayur-sayuran seperti kentang, lobak merah, terung, kacang panjang dan tomato. Cuma bezanya saya tak letak kacang dhal. Tidak juga ditumis menggunakan rempah 3 sekawan. Saja cipta sedikit kelainan. Tapi kejadiannya, alhamdulillah sedap.Saya tidak menggunakan santan dalam masakan ini. Saya gunakan kerisik sebagai pengganti santan. Semasa proses memasak, memang kuah agak sedikit cair. Tetapi bila telah masak, kuahnya menjadi pekat sama seperti dimasak menggunakan santan.#ChooseToCook#IndianFood Noor Atika Mahamood -
Chicken Madghout Chicken Madghout
Chicken Madghout ialah hidangan tradisional dari Timur Tengah, khususnya popular di Arab Saudi dan Yaman. Ia merupakan sejenis nasi berperisa yang dimasak bersama ayam dan rempah-rempah wangi, menghasilkan aroma yang kaya dan rasa yang mendalam.#CookpadApron2025#Week1#beras#ayam#marjerin FZ Adzlin -
Bulgogi Japchae Bulgogi Japchae
Global Apron 2024 Challenge 35 : Korean Food 🇰🇷#GlobalApron2024#Timun#Bijan#Daging#Lobakmerah#Koreanglassnoodle#Minyakbijan#SoysauceTentang Bulgogi JapchaeHidangan ini adalah perpaduan dari dua hidangan Korea yang popular. Bulgogi, yang bererti “daging bakar api,” merujuk pada daging yang diperap dalam perasa manis sebelum dimasak, biasanya dengan api sederhana hingga tinggi untuk menghasilkan rasa caramelized. Japchae pula ialah mi kaca yang kenyal, biasa dimasak dengan sayuran seperti , lobak merah, dan timun. Kombinasi Bulgogi dan Japchae menghasilkan hidangan utama yang lengkap dari segi rasa dan nutrisi, dan biasanya disajikan semasa perayaan atau jamuan keluarga. FZ Adzlin -
👩🍳Nasi Tomato- Set Lengkap 🍚🍅 👩🍳Nasi Tomato- Set Lengkap 🍚🍅
Jom masak nasi tomato untuk Hari Raya Haji aka Hari Raya Aidil Adha.Nasi tomato berserta dengan set lengkap Ayam Masak Merah dan Acar Timun .Inspirasi resipi dan #cooksnap resipi dari Cookbook Fam Faves: 40 Resipi Fevret Aidiladha , resipi asal rakan cookpader @gula_apong 🌹Resipi ini telah disesuaikan dari beberapa resipi yang saya pernah cuba.Ada beberapa perubahan bahan dengan mengganti bahan dan juga tidak memasukkan bahan seperti resipi asal.#Pejuang2KResipi#MakeltYoursAidiladha1476/2K Mahadiah
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)