Kuah lodeh (lontong)

hani
hani @hanibalancer

Ingat susah nak buat kuah lodeh. Masa buat makan² dulu, google resepi. Resepi ni saya guna selalu.mudah sgt....

Kongsi

Ramuan

30minit
6 sajian
  1. 2labu bawang besar*
  2. 3@4 sudu besar udang kering*
  3. 1inci kunyit hidup @ serbuk kunyit
  4. Air secukupnya
  5. 4btg serai (dititik)
  6. Garam
  7. 500 mlsantan kotak
  8. Sayur-sayuran
  9. Tempe
  10. Suhun
  11. Fucuk (rendam dgn air)
  12. Kobis
  13. Kacang panjang
  14. Lobak

Cara Memasak

30minit
  1. 1

    Basuh semua bahan- bahan.

  2. 2

    Blenderkan bawang besar,kunyit dan udang kering dgn air sehingga hancur. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk.

  3. 3

    Serai dititik dan dimasukkan ke dalam periuk. Masak dgn api sederhana sehingga bahan mendidih.

  4. 4

    Masukkan sayur- sayur yg keras. (lobak + kcg pjg). Selepas itu masukkan santan kotak. Dan boleh tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki.

  5. 5

    Apabila sudah mendidih, boleh masukkan bahan- bahan sayur yang lain sehingga lembut. Masukkan garam. Imbangkan rasa masin. Tutup api

  6. 6

    Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus dan sambal ikan bilis. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
hani
hani @hanibalancer
pada

Komen

Resipi Sepertinya