Ayam Mentega Telur Masin

Zati Kamarulzaman
Zati Kamarulzaman @zatikz137

Inspirasi resipi Che Nom

Ayam Mentega Telur Masin

Inspirasi resipi Che Nom

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5-6 orang
  1. 2biji telur masin (kuning sahaja)
  2. 2tangkai daun kari
  3. 5-7biji cili padi dihiris
  4. Susu cair
  5. 3 ulasbawang putih (dicincang kasar)
  6. Mentega
  7. Perapan ayam
  8. 7ketul ayam (terpulang mana-mana bahagian kesukaan)
  9. 1sudu sos tiram*
  10. 1sudu kicap cair*
  11. 1sudu kicap manis*
  12. Sedikitrempah kari*
  13. 1 ulasbawang putih dipotong*
  14. Bahan goreng ayam
  15. Telur dipecahkan
  16. Tepung jagung (salutan ayam goreng)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan perapan ayam menggunakkan bahan-bahan seperti * - sos tiram, kicap cair, kicap manis, rempah kari & bawang. Perap di dalam peti sejuk selama 1 jam. Setelah itu, pecahkan telur dan masukkan ayam ke dalam telur sebelum menyalutkannya dengan tepung jagung. Goreng sehingga masak & asingkan ayam yang telah digoreng.

  2. 2

    Bagi kuah, panaskan mentega menggunakan api perlahan.

  3. 3

    Masukkan bawang putih, daun kari, telur masin kuning sahaja & cili padi. Gaul sekata & tumis sehingga naik bau.

  4. 4

    Masukkan susu cair. Jika mahukan lauk jenis berkuah, tambahkan susu cair. Masukkan garam secukupnya.

  5. 5

    Setelah kuah pekat, masukkan ayam yang telah digoreng.

  6. 6

    Cadangan hidangan dimakan ketika panas jika tidak ayam tidak akan ranggup.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zati Kamarulzaman
Zati Kamarulzaman @zatikz137
pada
Cats’ Owner (Hoffen & Ambreen)Menu simple bujang musim PKP 😆
Baca lagi

Komen

 Anur Musa
Anur Musa @gula_enau
Sedap nya alahai.... yummy 😋 #love

Resipi Sepertinya