Pau goreng inti kacang penuh kasih sayang ❤️🥰

moksue
moksue @farrah_hamzah80

hubby mengidam nak makan pau goreng hari ni,, so kita bersilat lah sekejap uli menguli demi yg tersayang 😅.. saya buat byk2 simpan dlm frezer.. try lah #lovesangat

Pau goreng inti kacang penuh kasih sayang ❤️🥰

hubby mengidam nak makan pau goreng hari ni,, so kita bersilat lah sekejap uli menguli demi yg tersayang 😅.. saya buat byk2 simpan dlm frezer.. try lah #lovesangat

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3 jam
10 orang
  1. 1kg Tepung gandum (sy guna tepung cap ros)
  2. 2 sudu kecilGaram
  3. 4 sudu kecilBaking powder
  4. Yis 2 paket kecil (sy guna cap mauripan)
  5. 5 sudu besarGula
  6. 5sudu besar susu pekat
  7. 2 1/2 cawanair suam
  8. 5 sudu besarMargerin (sy guna cap pelangi)
  9. Inti kacang (sy beli yg dah siap)

Cara Memasak

3 jam
  1. 1

    Bancuh kan yis, gula, susu pekat, air suam, biar kan kembang. Sementara tunggu yis kembang, satu kan semua bahan tepung, baking powder, garam, margerin… satu kan sehingga margerin sebati dalam tepung dan pastikan tepung perlu terlerai sperti pasir

  2. 2

    Selepas yis kembang,satukan bancuhan yis dalam bancuhan tepung td,.,,, uli sehingga menjadi doh yg lembut (sy uli menggunakan mesin selama setengah jam atau 45 min)

  3. 3

    Selepas siap menguli, biarkan doh dalam bekas yg tertutup (sy tutup dengan plastik je dan sy biarkan dalam masa 20 minit mcm tu, bergantung pd cuaca, jika cuaca lembab, agak lama sikit) selepas doh naik, tumbuk2 doh dan uli sekali lg menggunakan tangan,.. ambil doh dlm 10 gm(ikut suka nk besar mana) letak inti (ikut suka inti ape), bulatkan cantik2 biar kan kembang sekejap, siap untuk digoreng (jangan biarkan doh terlalu lama nanti lembik tak boleh nk angkat)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
moksue
moksue @farrah_hamzah80
pada

Resipi Sepertinya