Tempoyak Ikan Bilis Petai

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#cooksnap
Recook resepi Cookpader @zatikz137
Pertama kali masak resepi ini,sedapnya la hai,makan bertambah-tambah.Pekena dengan nasi panas-panas tak ada lauk lain pun takpe.Wangi Daun Kunyit yang dicampur bersama memang nemikat selera.
K.ha guna Tempoyak yang masih fresh jadi tidaklah terasa masamnya sangat.Letak Ikan Bilis lebih sikit,paduu...
Terima kasih zati atas perkongsian resepi dan inspirasinya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 cawanIkan Bilis Goreng
  2. 3biji Bawang Merah (hiris nipis)
  3. 7 batangCili Padi Merah (potong kecil)
  4. 3 batangCili Padi Hijau (potong kecil)
  5. 4 camcabesar mengunung Tempoyak
  6. 3 kepingPetai (ambil isinya sahaja,buang selaput luar,belah 2)
  7. 1 helaiDaun Kunyit (hiris kasar)
  8. 1/2 cawanMinyak Masak (k.ha guna Adela)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan Minyak Masak dalam kuali.
    Tumis Tempoyak,Bawang Merah Hiris dan Cili Padi hingga naik bau @ sedikit kering.

  2. 2

    Masukkan Petai dan Ikan Bilis.
    Kacau-kacaukan hingga bercampur-rata dan petai sedikit layu.

  3. 3

    Masukkan Daun Kunyit hiris,gaul rata.Siap.
    Tambah sedikit garam jika perlu.
    K.ha tak letaksebab Ikan Bilis dan Tempoyak sudah masin.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen (4)

Master Jamal
Master Jamal @MasterJamal
Alahai... Sedapnya. 👍😋 Plan hari ini nak masak ikan bilis goreng bercili. Mungkin ubah plan untuk cooksnap resepi ini. Tempoyak memang dah ada. Nak cari petai... nak cari petai.... 😀🤗

Resipi Sepertinya