Kuih Tiram Lejen

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Nak cepat siap size pun besar-basar aje haaa..😅
Encik imam balik nak makan katanya..
Ligan bagi cepat.. Tenyeh-tenyeh dah siap..
yang penting rangupnya kruppp kruppp tak blh bawa discuss😋
Dulu mak rajin buat, suka tolong mak. Nak-nak bila nak raya meriahnya.. sedih pula rasa lama dah tak raya sama-sama keluarga sebab covid😔😭

Kuih Tiram Lejen

Nak cepat siap size pun besar-basar aje haaa..😅
Encik imam balik nak makan katanya..
Ligan bagi cepat.. Tenyeh-tenyeh dah siap..
yang penting rangupnya kruppp kruppp tak blh bawa discuss😋
Dulu mak rajin buat, suka tolong mak. Nak-nak bila nak raya meriahnya.. sedih pula rasa lama dah tak raya sama-sama keluarga sebab covid😔😭

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan doh :
  2. 500 gmtepung gandum
  3. 250 mlair
  4. 1biji telur
  5. 1 sudu makanmerjerin
  6. 1 1/2sudu kecil garam halus
  7. Bahan gam tepung :
  8. 5 sudu makantepung ubi
  9. 4 sudu makanminyak masak
  10. Bahan salut :
  11. 1 cawangula aising - diayak

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan semua bahan doh kecuali air. Masukkan air sedikit-sedikit sambil menguli hingga doh tidak melekat di jari. Sukatan air tu saya tak guna habis masih berbaki sedikit.

  2. 2

    Bahagikan doh beberapa bahagian sama besar, rehatkan doh 1jam.

  3. 3

    Satukan bahan gam tepung, kacau sebati, jika pekat boleh tambah lagi sedikit-sedikit minyak masak.

  4. 4

    Ambil doh gelek/canai hingga nipis sapukan dengan gam tepung merata, gulung kemas dan potong lebih kurang 1cm besar atau ikut citarasa.

  5. 5

    Selepas itu, ambil satu keping doh yang dipotong tadi gelek nipis pula, buat hingga doh habis ulang step yang sama.

  6. 6

    Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan angkat dan toskan minyak. Ketepikan biarkan sejuk/suam.

  7. 7

    Salutkan dengan gula aising, sedia dihidang & dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Resipi Sepertinya