Ayam Percik CaraKu

Semalam dapat notis gangguan letrik di kawasan kampung kami dari pagi pukul 8am hingga 4:30pm. Adui memang kepanasan seharian, nasib baik hujan turun di waktu tengahari tadi walaupun tak lama tetapi sudah bersyukur dapat menyejukkan atap rumah. Biasa la rumah kampung. Bila cuaca panas selera makan tu jadi bertukar kepada selera minum je. 🤭 jadi kenyang sebab air. Bila hujan tadi baru lah terasa lapar.
Ayam Percik CaraKu
Semalam dapat notis gangguan letrik di kawasan kampung kami dari pagi pukul 8am hingga 4:30pm. Adui memang kepanasan seharian, nasib baik hujan turun di waktu tengahari tadi walaupun tak lama tetapi sudah bersyukur dapat menyejukkan atap rumah. Biasa la rumah kampung. Bila cuaca panas selera makan tu jadi bertukar kepada selera minum je. 🤭 jadi kenyang sebab air. Bila hujan tadi baru lah terasa lapar.
Cara Memasak
- 1
Gaul dan ramas ayam bersama bahan perap dan perap 30 minit ke 1 jam. Panaskan kuali magik (magic pan) dan bakar ayam hingga masak (sentiasa dibalik-balikkan)
- 2
Kisar halus bahan-bahan bertanda* masukkan ke dalam kuali bersama air dan santan. Masukkan asam keping.
- 3
Biar mendidih sambil dikacau. Guna api kecil. Masukkan ayam tadi dan kacau hingga kuah hampir pekat, masukkan garam, gula dan serbuk perasa, kacau rata.
- 4
Angkat ayam dan bakar lagi sekitar 5-7 minit. Bakar dalam oven/air fryer juga boleh (hari ni letrik takde sebab ada kerja-kerja pembinaan). Sementara itu lebihan kuah tadi boleh ditambah masa memasak untuk memekatkan lagi kuah sebab saya tak campur tepung. Ikut suka jika suka sedikit cair tak perlu dimasak lagi. Sapukan kuah nya di atas ayam tadi. Sedia untuk dihidangkan.
Resipi Sepertinya
-
Telur Goreng Masak Kicap Telur Goreng Masak Kicap
Masak Apa Banjir? #CookpadCaresHujan turun dengan lebat nya malam tadi. Nasib baik longkang di kawasan tempat tinggal saya sudah diperbaiki pada bulan November tahun lepas. Jika tidak diperbaiki selalu nya jika hujan lebat sebegitu pasti air akan naik di bahagian dapur rumah saya. Memang banyak kerja dibuat nya nanti. Jalan/haluan untuk ke kedai kampung yang terdekat juga dinaiki air. Bekalan makanan basah pun makin berkurangan. Yang ada pun ikan, itu pun saya utamakan untuk kucing-kucing peliharaan saya (14 ekor). Takpe la asal mereka dapat makan pun dah bersyukur. Dapur Yusfarisyia -
Singgang Ikan Kembung Singgang Ikan Kembung
Masak Apa Banjir? #CookpadCaresApabila tiba musim hujan/tengkujuh, kawasan tempat tinggal saya memang turut terkesan walaupun rumah kediaman kami tidak dinaiki air tetapi haluan/jalan untuk kami menuju ke kedai, tempat kerja memang sering dinaiki air yang tinggi. Lebih merisaukan saya kawasan kediaman emak saya kerana jika berlaku air pasang besar, air sungai yang berhampiran akan sampai ke kawasan rumah emak saya. Saya juga pernah merasai pengalaman perit ketika masih tinggal bersama kedua orang tua saya ketika rumah kami dinaiki air secara mengejut di waktu malam. Dengan gelap gelita kerana bekalan letrik terpaksa dimatikan kerana bimbang akan mendatangkan kemudaratan.Bila hari hujan tekak terasa nak makan sesuatu yang berkuah dan boleh dihirup ketika masih panas. Masak apa yang ada di dalam peti sejuk. Nak ke kedai jalan tak boleh dilalui. Lauk yang sebegini memang cepat habis dan laku kalau di rumah saya. Nak-nak lagi kalau ada ulam-ulaman dan sambal belacan, ikan kering goreng, pekena pula nasi beras kampung yang panas-panas, perghhh!!! Bertambah-tambah nasi memang tak cukup seperiuk 😂 Dapur Yusfarisyia -
Ayam Masak Kunyit Ayam Masak Kunyit
Hari ini mood “m” melanda sebab banyak sangat kerja rumah nak dibuat. Hari ni hujan turun dengan lebat-selebat nya dan tak henti-henti menyebabkan atap rumah saya bocor dengan banyak nya. Ya lah kan rumah kampung. Sebelum ini takde masalah tetapi disebabkan hujan lebat beserta angin menyebabkan jadi begitu. Habis kesemua baldi/besen digunakan untuk menadah air. Banyak pula kain buruk digunakan untuk mengelap lantai rumah. Dah terasa sakit pinggang dan lenguh tangan memerah kain. Aduh panjang pula membebel 😂. Dalam penat tu perut mula berkeroncong. Masak apa ada nya sahaja janji perut perlu dialas. Dapur Yusfarisyia -
Mi Goreng Kari Mi Goreng Kari
Hari ni hujan lebat lagi dari semalam tak henti-henti. Banyak kawasan dinaiki air dan banyak juga kawasan yang ditenggelami air. Atap rumah saya bocor lagi, memang memenatkan apabila atap rumah bocor. Apa-apa pun saya masih lagi bersyukur kerana masih ada lagi rumah yang teruk disebabkan hujan dan banjir. Jalan raya hampir kesemua arah dinaiki air hingga tak boleh dilalui oleh kenderaan biasa. Anak dara dan suami tak dapat turun menunaikan tugas kebiasaan mereka setiap hari. Terpaksa duduk di rumah. Nak pesan barang keperluan memasak pun takde yang dapat menghantar nya kerana laluan tidak dapat dilalui. Jadi hari ni saya masak apa yang ada je di dalam peti sejuk dan di dapur sementara menunggu banjir reda dan hujan berhenti. Dapur Yusfarisyia -
Ayam Percik Ayam Percik
#bazaarramadan #week5 #goldenapron2020 #week4 terindu pulak kampung halaman dengan juadah ayam percik yang jual kt depan rumah tu. Masa bulan puasa memang selalu beli je dengan caterer tu. Uwaaaa nk balik kampung! Saya ni bab beli no.1 kan tp bila dh join cookpad ni rajin plak masak kan. Kali ni kak mencuba buat pertama kalinya resipi ayam percik sos putih. Nanti nak makan tu jangan lupa tuang sos putih tu. Kalau sy suka buat kuah utk nasi sekali. Lebihkan sos nye. Fuuhhh! Saya suka rasa yang manis2 lemak gtu. Orang biasa buat bakar atas pemanggang diatas bara api tu tp disebabkan kat rmh ni xde pemanggang tu jadi kita inovasikan la sikit guna gajet yg ade jela iaitu oven n air fryer. Dapat bereksperimen sekali sekala tu sangat best sebab dapat tengok hasil yang berbeza. So anda ada pilihan samada nak guna mana2 satu cara. Tp sy guna 2 2 cara sbb nak tengok hasilnye mcmna kan. Senang untuk rujukan di lain hari. Nunees -
Sup Ayam Ala Thai Sup Ayam Ala Thai
#MiniBonusHari ni temujanji lagi di klinik pakar. Ramai nya pesakit luar pada hari ni sehingga tak cukup kerusi. Nasib baik la saya datang awal. Ingatkan datang awal boleh balik awal, rupa nya balik lewat juga. Perut dah “berkeroncong” tekak dah rasa kering. Bukan nya takde bekal air mineral, ada jer cuma nak buka face mask tu walau sesaat dua untuk meneguk air mineral membuatkan saya risau dengan udara di persekitaran saya. Akibat nya, sampai di dalam kereta baru la dapat meneguk air. Alhamdulillah lega tetapi nak singgah makan di kedai memang tak sempat sebab mengenangkan si bulus saya kat rumah yang belum dibersihkan sangkar-sangkar mereka dan belum diberi makan. Aduhai, kesian nya. Sesampai nya di rumah, terus mandi, uruskan si bulus, kemudian memasak sup ayam ala Thai. Tengah memasak, hujan pun turun dengan lebat nya. Best nya dapat hirup sup panas, pedas, masam. Dapur Yusfarisyia -
Ayam percik Ayam percik
Bukanlah mknan fav saya.. tpi hr ni teringin nk mkn.. padahal dekat rumah ada je yg jual.. beratur dr jam 12 tengahari lgi uolls smpai lah jam 5 ada lah smpai jem jln.. klau beli pun saya meratah je ayam percik..Tapi kali ni, nk mkn n buat sdiri.. rasanya sma je yg beli saya bakar guna air fryer je mudah KAM -
Ayam Goreng Kicap Pedas Ayam Goreng Kicap Pedas
Ni cerita minggu hari lepas, hujan turun dengan lebat nya. Hari nampak cepat gelap disebabkan hujan berserta angin yang kuat. Saya ni sejenis yang takut pada kegelapan. Di tempat kami ni memang banyak pokok-pokok yang besar yang mencecah ke wayar elektrik di kawasan kampung kami. Sering terjadi nya terputus bekalan eletrik gara-gara pokok tumbang, ranting patah yang menghempap wayar elektrik.Disebabkan takut bekalan elektrik terputus, saya pulak keseorangan di rumah jadi saya fikir untuk masak yang semudah nya sahaja. Takut nanti tengah memasak tiba-tiba blackout, mahu naya saya dibuat nya 🤣🤣🤣 Dapur Yusfarisyia -
Rendang Ayam Goreng Rendang Ayam Goreng
#GoldenApron23Pes Rendang.Tak tahu ler kenapa kawasan kampung tempat kediaman kami ni sering sangat terputus bekalan letrik setiap kali angin kuat. Nasib baik cuaca mendung, tak panas sangat, kalau panas terik mau pengsan kepanasan 🥵.Nak mula memasak letrik takde, tak dapat lah nak kisar bahan-bahan, nak guna lesung batu pun malas sangat. Takpe kita cincang jer. Haha.. Kain "kalas" (merah cair/pink) kata orang-orang tua dahulu. Maksud nya "pemalas" 🤭. Cili kering, kita gunting serong jer. Dapur Yusfarisyia -
Ayam Percik PKP Ayam Percik PKP
Sejak PKP ni memang hari hari masak kat rumah. Ni bulan puasa mula la tekak tu nak makan macam macam.Tetiba rindu masa kecik kecik dulu setiap kali puasa arwah umi memang wajib beli ayam percik ni setiap hari. Makan time sahur memang laju je selera tu. 😂Jadi hari ni buat pertama kali saya cuba masak menu ni. Alhamdulilah sedap dan anak anak pun suka. Nanti boleh la cuba sebagai hidangan berbuka nanti.#goldenapron2020#minggu1 Nor Zahida Aini -
Ayam Percik Simple Ayam Percik Simple
Peha antara bahagian kegemaran anak anak..Jadi Alin beli peha saja untuk hari ni..Jika suka bahagian lain..boleh juga buat ..Tak kisah..kita buat dia kan..😆 FZ Adzlin -
Ayam Percik Kelantan Ayam Percik Kelantan
#goldenapron2020 #minggu25 #cookpadmalaysiaResipi ni terinspirasi masa tengok citer CJ Wow Shop pagi semalam😅. Dorang ni jual oven. Tu yang masak ayam percik ni dan bakar menggunakan oven. Ater, ajer sedap benor rupa ayamnya. Tu hakak gigih masak jugak tu. cukuplah sekadar untuk memenuhi selera yang hari2 ada je benda nak makan kan 🤭 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen