Sup Ayam Ala Thai

#MiniBonus
Hari ni temujanji lagi di klinik pakar. Ramai nya pesakit luar pada hari ni sehingga tak cukup kerusi. Nasib baik la saya datang awal. Ingatkan datang awal boleh balik awal, rupa nya balik lewat juga. Perut dah “berkeroncong” tekak dah rasa kering. Bukan nya takde bekal air mineral, ada jer cuma nak buka face mask tu walau sesaat dua untuk meneguk air mineral membuatkan saya risau dengan udara di persekitaran saya. Akibat nya, sampai di dalam kereta baru la dapat meneguk air. Alhamdulillah lega tetapi nak singgah makan di kedai memang tak sempat sebab mengenangkan si bulus saya kat rumah yang belum dibersihkan sangkar-sangkar mereka dan belum diberi makan. Aduhai, kesian nya. Sesampai nya di rumah, terus mandi, uruskan si bulus, kemudian memasak sup ayam ala Thai. Tengah memasak, hujan pun turun dengan lebat nya. Best nya dapat hirup sup panas, pedas, masam.
Sup Ayam Ala Thai
#MiniBonus
Hari ni temujanji lagi di klinik pakar. Ramai nya pesakit luar pada hari ni sehingga tak cukup kerusi. Nasib baik la saya datang awal. Ingatkan datang awal boleh balik awal, rupa nya balik lewat juga. Perut dah “berkeroncong” tekak dah rasa kering. Bukan nya takde bekal air mineral, ada jer cuma nak buka face mask tu walau sesaat dua untuk meneguk air mineral membuatkan saya risau dengan udara di persekitaran saya. Akibat nya, sampai di dalam kereta baru la dapat meneguk air. Alhamdulillah lega tetapi nak singgah makan di kedai memang tak sempat sebab mengenangkan si bulus saya kat rumah yang belum dibersihkan sangkar-sangkar mereka dan belum diberi makan. Aduhai, kesian nya. Sesampai nya di rumah, terus mandi, uruskan si bulus, kemudian memasak sup ayam ala Thai. Tengah memasak, hujan pun turun dengan lebat nya. Best nya dapat hirup sup panas, pedas, masam.
Cara Memasak
- 1
Panaskan periuk dengan api sederhana besar, masukkan minyak dan setelah minyak panas, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Masak sehingga bawang lut sinar. Masukkan 1/2 cawan air, ayam dan sos ikan, kacau sebati selama kira-kira 1 minit sehingga semuanya wangi.
- 2
Masukkan baki air, kiub ayam, daun limau purut, cili padi dan tomato.
- 3
Didihkan sup, kemudian reneh selama kira-kira 5 minit, masukkan daun ketumbar. Angkat dari api dan masukkan jus limau nipis sebelum dihidangkan. Adjust sup mengikut citarasa masing-masing dengan menambah garam atau sos ikan tambahan.
- 4
Nota : Jenama sos ikan yang berbeza mempunyai tahap masin yang berbeza, jadi adjust dengan sewajarnya. Rasa kuahnya dan kalau nak sup lebih masin, tambah lagi sos ikan. Atau tambahkan lebih banyak air untuk menjadikannya kurang masin. Jika mahu sup lebih pedas, tambah lagi cili api dan jika mahu lebih masam, tambahkan lagi jus limau nipis segar.
Boleh la dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sup Kosong Sup Kosong
Kalau sebut je pasal sup, memang boleh dikatakan hari-hari mesti ada sup di rumah saya. Di antara sup yang menjadi kegemaran suami dan si bujang saya ialah sup kosong. Selalu nya saya akan memasak sup ini dengan menggunakan api yang paling kecil, sambil-sambil tu saya buat kerja-kerja rumah yang lain. Sekali-sekala saya akan jenguk dan tambahkan air jika air berkurangan. Janji ada sup. Dan mesti sup yang betul-betul panas mesti ada di atas meja makan. Si bujang saya siap duduk di hujung meja sebab tak nak sup nya terkena kipas angin. Orang lain kalau hirup sup yang panas-panas yang ditambah cili potong mesti tercari-cari “angin/udara” ya la sebab berpeluh-peluh tetapi tidak bagi si bujang saya tu. Kalau sudah habis semangkuk sup dan berpeluh-peluh muka dan hidung pun sampai berair baru lah dia akan duduk dekat dengan kipas angin. 😂 Anak oh anak! Macam-macam ragam 🤦🏻♀️ Dapur Yusfarisyia -
Sup ayam ala thai Sup ayam ala thai
Sup ayam atau sup daging thai mmg lain rasanya.. aroma dari daun ketumbar dan rasa masam dari air perahan limau sememangnya cukup membuka selera.Ziana akan share pada semua bagai mana cara penyediaannya.Kebetulan ziana baru balik dari Perlis dan ada membeli beberapa jenis rempah masakan thai.Jom kita cuba masak .#minibonus#supayamthai Ziana Chesaad -
Ayam Masak Merah Mudah Ayam Masak Merah Mudah
Badan rasa macam tak sihat je. Mungkin takde rehat kot sepanjang dua minggu lepas memang sibuk dengan tempahan sampai makan pun tak menentu. Penyakit gastrik pun apa lagi? Memang tak boleh tunggu dah terus serang ulur hati ni. Memang pedih sangat. Makan dan minum sikit pun muntah. Apa yang dimakan/diminum mesti tak bertahan lama. Sebelum nak makan/minum tu kena bagi muntah dulu baru boleh bertahan. Badan pun lemah jadi nya. Alhamdulillah hari ni walaupun dah takde simptom gastrik tu lagi tetapi badan pula rasa macam nak demam. Kerja-kerja rumah melambak, sangkar-sangkar kucing belum dibersihkan lagi, si bulus belum lagi makan/minum, pakaian belum lagi disidai, rumah belum disapu, sampah-sarap belum dibuang. Buat mana yang penting dulu, si bulus dulu. Bila si bulus dah diam baru boleh mulakan kerja di dapur. Sambil-sambil tu boleh juga buang sampah. Masak semudah yang boleh je, janji ada yang dimasak. Tup tap tup tap.. tak terasa jam dah hampir pukul 11 pagi, rehat sekejap. Sambil tengok App Cookpad, tekan butang 😋 ❤️ 👏 komen pada mana-mana yang termampu. Lepas tu mandi, tunggu masuk waktu solat dan bla.. bla.. bla.. Dapur Yusfarisyia -
Singgang Ikan Selar Bersama Nanas Singgang Ikan Selar Bersama Nanas
Nanas disedekah jiran dua biji, yang sebiji tu manis yakmat dan yang sebiji lagi tu masam-masam manis. Dah macam bunyi lagu arwahyarham P.Ramlee la pula, cewah! 😆 Yang manis tu awal-awal lagi dah licin ditabur dengan serbuk asam boi. Tinggal yang masam-masam manis tu saya campurkan ke dalam kuah singgang. Selebih nya saya buat jus 🤤 Dapur Yusfarisyia -
Sup Ikan Merah Ala Thai 🇹🇭 Sup Ikan Merah Ala Thai 🇹🇭
#cppassport ThailandHari ini puasa hari ke 8, suami minta dibuat sup ikan. Cuaca panas selalu nya membuat kami sekeluarga jarang makan nasi dan lauk pauk kerana sudah kenyang dengan minuman dan buah kurma dan kuih-muih. Terus terfikir nak buat sup ikan ala Thai sebab suka rasa pedas dan masam nya dan harum dari daun limau purut serta serai nya. Dapur Yusfarisyia -
Ayam Crispy Ala Thai Ayam Crispy Ala Thai
#ayamcrispy#goldenapron2020Bila sebut pasal ayam goreng crispy memang semua org menggemari nya tak kira usia.(baby tak termasuk la ye 🤭). Salah seorang penggemar menu ayam ialah anak bujang sy. Bila goreng ayam tadi berlinang air mata mengenangkan anak yg jauh dari kampung halaman krn menjalani latihan polis. Ada kisah di sebalik kesedihan yg sy rasakan tiap kali sy memasak menu ayam. Kisah nya begini, sewaktu kami masih lagi tinggal sebumbung dgn keluarga mertua kami, sy dan suami memang selalu berpesan kat anak2 supaya jgn bergaduh sewaktu makan. Ketika itu anak lelaki sy dlm darjah 2 dan si adik nya masih lagi sekolah tadika. Si abg memang chubby dan si adik memang “halus” 🤭. Apabila waktu makan sy akan campurkan semua lauk dan nasi dlm setiap pinggan mrk berdua. Si abg tu memang sy akan lebihkan lauk nya krn ikut saiz badan nya jg 😂. Dipendekkan cerita mrk berdua bergaduh gara2 si abg minta ayam yg di dlm pinggan si adik krn si adik ni mmg slow kalau bab makan. Berderau darah bila mendengar anak2 bergaduh waktu makan. Lepas saya marahkan mrk berdua, sy terus telefon suami bagitau pasal mrk berdua. Blm lama lepas tu suami sy sampai rumah bawa ayam panggang 2 ekor. Seekor tu utk si abg dan seekor lg tu utk si adik. Suami sy suruh mrk habiskan ayam tu. Si abg tu tersengeh happy tapi si adik pula menitis air mata sbb risau tak blh nak habiskan ayam tu. Sampai skrg mrk berdua masih lagi ingat peristiwa itu. 😂 Dapur Yusfarisyia -
Sup Kaki Ayam ala Thai Sup Kaki Ayam ala Thai
Saya suka makan kaki ayam tapi kadang bingung nak masak cara apa. Sepatutnya nak buat bakso. Jenuh Google jumpa la resepi sup ala Thai. Saya olah dengan menambahkan sedikit bebola daging. Sedap makan bersama mihun ataupun nasi putih. Mizzanem -
Sup ayam thai Sup ayam thai
Sup sup ni memang la kegemaran budak.. ayam ikan daging semua jalan#GlobalApron2024AyamTomatoDaun ketumbarSos namplaTomatoLimau nipisDaun limau purut 0h Hana !! -
Kuetiau Sup Mudah Kuetiau Sup Mudah
Daging korban masih lagi berbaki di dalam peti sejuk beku.Sejak dua menjak ni hari asyik hujan, cuaca tak menentu, kejap hujan kejap panas. Ramai yang demam, batuk dan sebagai nya. Si bulus kami pun tak sihat. Memula si bulus 🐈 mak mertua, lepas tu dengar pula jiran sebelah rumah mak mertua pun bagitahu hal yang sama. Dua ekor daripada bulus-bulus 🐈🐈saya telah pun pergi buat selama nya 😢, dua ekor 🐈🐈 masih masuk wad, tiga ekor 🐈🐈🐈 pula baru sembuh. Empat ekor 🐈🐈🐈🐈 pula alhamdulillah (semoga dijauhkan daripada sakit). Baru je nak reda bengkak di mata saya kerana sedih dengan “permegian” si bulus saya (Yemma), diiringi pula dengan “pemergian” si bulus (Leyla). 😭😭😭Bila badan baru je terasa nak sihat, mood jadi down sangat bila tengok bulu-bulus kami begitu, rasa badan pun tak kuat. Emosi terganggu sangat-sangat. Saya tak nak mengabaikan tugasan di rumah. Memasak boleh menolong saya menghilangkan rasa sedih saya kerana fokus saya ke arah memasak sahaja untuk seketika waktu. Saya buatkan menu yang mudah sahaja sambil-sambil berdoa moga bulus-bulus 🐈🐈🐈🐈🐈🐈🐈🐈🐈🐈🐈 saya kembali sihat seperti selalu, Aamiin 🤲🏻 Dapur Yusfarisyia -
Sup Daging Ala Thai Khairul Aming Sup Daging Ala Thai Khairul Aming
Global Apron 2024 Challenge 17: SukahatiHari Raya Haji yang lepas saya nak buat menu sup daging ala Thai Khairul Aming tapi tak jadi kerana kakak saya yang nombor 1 dah buat sup daging lembu untuk dimakan bersama mi kuning (mi sup) mana kala kakak nombor 2 buat sup ayam untuk dimakan bersama bihun (bihun sup). Nasib baik tanya, kalau tak memang menu sup jer lah hari tu. 😆 Adik ipar buat menu nasi dan lauk.Kalau di Thai dipanggil Tom Saap (Sep-sebutan) Semalam baru ada kesempatan nak buat sup cara K.A tetapi tak sempat nak menaip resipi. Resipi ni saya ada olah sedikit ikut suka hati saya (maaf K.A sebab derhaka resipi 🙏). Bahan yang saya tambah seperti penggunaan kulit, empulur dan mata berserta isi nanas untuk dijadikan sup yang berperisa manis nanas dan saya skip gula di dalam resipi ni. Saya juga menambah cuka epal dan mengurangkan penggunaan jus limau nipis. Saya skip penggunaan cili kering kerana chili flakes tu sudah cukup pedas buat saya. Saya menggunakan daging lembu, mana kala K.A menggunakan tulang berserta daging. Daun ketumbar pulak, suami tersalah beli. Dibeli nya daun sup sebab keliru kata nya. (Silap dia sebab tak hidu dan tak bertanya sewaktu membeli). 🤦🏻♀️#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cuka epal (2) + daging (R) + nenas (R) Dapur Yusfarisyia -
Nasi Ayam Nasi Ayam
Hari Rabu yang lepas punya menu tapi belum berkesempatan nak menaip resipi nya. Anak minta dibuatkan nasi ayam secara kebetulan saya pun terfikir nak buat nasi ayam juga. Hehe.. Buka peti sejuk, cari apa yang ada, tu je la yang saya guna. Suami pula belum balik dari out station. Kebetulan di sebelah petang baru sampai ke rumah setelah tiga hari ke Sibu atas urusan kerja. Jadi memang takde siapa la yang akan ke kedai. Dah lama tak pandu kereta sejak anak sulung dilahirkan hingga anak sulung sudah berusia dua puluh tiga tahun sekarang 😅 jadi jangan harap la saya nak cuba pandu kereta sendiri lagi. Hmm.. tengok la nanti kalau ada kekuatan pada diri ini. Insha Allah 😊 Dapur Yusfarisyia -
Bayam Brazil Tumis Ala Thai Bayam Brazil Tumis Ala Thai
#ThaiStyleRasa sedapnya datang dari rasa dan bau daun kemangi. Asalnya gunakan kacang panjang, tetapi boleh juga gunakan sayuran lain yang sesuai terutamanya sayuran yang rangup. Selain masak sendiri di rumah, mungkin resepi ini boleh menjadi salah satu menu kedai makanan berlauk atau masakan panas?kan..✌️Bayam brazil dan daun kemangi yang Uchu gunakan adalah daripada hasil bercucuk tanam di sekitar rumah sahaja. Sesimple Loralin
Lebih Banyak Resipi
Komen