Ayam Goreng Kicap Pedas

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Ni cerita minggu hari lepas, hujan turun dengan lebat nya. Hari nampak cepat gelap disebabkan hujan berserta angin yang kuat. Saya ni sejenis yang takut pada kegelapan. Di tempat kami ni memang banyak pokok-pokok yang besar yang mencecah ke wayar elektrik di kawasan kampung kami. Sering terjadi nya terputus bekalan eletrik gara-gara pokok tumbang, ranting patah yang menghempap wayar elektrik.
Disebabkan takut bekalan elektrik terputus, saya pulak keseorangan di rumah jadi saya fikir untuk masak yang semudah nya sahaja. Takut nanti tengah memasak tiba-tiba blackout, mahu naya saya dibuat nya 🤣🤣🤣

Ayam Goreng Kicap Pedas

11 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 12 ketulayam* (dada ayam)
  2. 1 1/2 sudu kecilgaram*
  3. 1 sudu kecilserbuk parasa*
  4. 1 sudu kecilserbuk kunyit*
  5. 1/2 cawanminyak masak
  6. 1 batangserai (diketuk)
  7. 3 incihalia (diketuk)
  8. Rempah tiga sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
  9. 1 labubawang holland (dipotong baji)
  10. 1 labubawang merah bombay (dipotong baji)
  11. 5 ulasbawang putih (diketuk)
  12. 1 sudu kecilserbuk lada hitam
  13. 7 sudu besarkicap manis ekstra pedas Mashuri
  14. 7 sudu besarkicap manis Jalen
  15. 1 pokokdaun bawang (dipotong 3 inci panjang)

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan bahan-bahan bertanda* dan gaul rata, perap 15 minit. Panaskan kuali hingga berasap, masukkan minyak masak dan goreng kesemua ayam. Ayam tak kan melekat kerana kuali betul-betul panas. Senantiasa balik-balikkan ayam hingga nampak sedikit kekuningan. Masukkan rempah tiga sekawan, serai dan halia. Goreng lagi hingga naik bau. Masukkan bawang holland, bawang merah, bawang putih dan serbuk lada hitam. Goreng lagi hingga bawang layu.

  2. 2

    Masukkan kicap manis ekstra pedas dan kicap jalen manis, kacau rata. Adjust rasa mengikut citarasa masing-masing.

  3. 3

    Masak hingga kering dan nampak berminyak, masukkan daun bawang dan gaul rata. Tutupkan api dan boleh lah dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya