Sambal Tempe, Kentang dan Bilis

Sambal tempe, kentang dan bilis ni ada 3 rasa iatu pedas-pedas, masam-masam dan manis-manis..
Untuk membuat sambal biasanya kita gunakan air asam jawa. Tapi untuk kali ni, saya gantikan air asam jawa dengan sos tomato. Kerana sos tomato mempunyai rasa yang masam. Malah lebih sedap rasanya. Memang sesuai untuk digantikan dengan air asam jawa. Sos tomato adalah gantian yang terbaik untuk asam jawa. Sama je macam kita guna air asam jawa tu. Terimalah bahan daku seadanya. Kita yang buat dia kan...
Sambal tempe ni sedap dimakan bersama nasi dan ikan masin. Ia juga sesuai untuk disimpan pada jangka masa yang lama. Kerana sambal ini kering. Saya gunakan sedikit cuka untuk jadikan sambal kering.
Sambal Tempe, Kentang dan Bilis
Sambal tempe, kentang dan bilis ni ada 3 rasa iatu pedas-pedas, masam-masam dan manis-manis..
Untuk membuat sambal biasanya kita gunakan air asam jawa. Tapi untuk kali ni, saya gantikan air asam jawa dengan sos tomato. Kerana sos tomato mempunyai rasa yang masam. Malah lebih sedap rasanya. Memang sesuai untuk digantikan dengan air asam jawa. Sos tomato adalah gantian yang terbaik untuk asam jawa. Sama je macam kita guna air asam jawa tu. Terimalah bahan daku seadanya. Kita yang buat dia kan...
Sambal tempe ni sedap dimakan bersama nasi dan ikan masin. Ia juga sesuai untuk disimpan pada jangka masa yang lama. Kerana sambal ini kering. Saya gunakan sedikit cuka untuk jadikan sambal kering.
Cara Memasak
- 1
Gorengkan kentang, tempe dan ikan bilis.
- 2
Tumiskan bawang putih kisar bersama-sama cili kisar. Apabila telah naik bau, masukkan gula. Tujuan masukkan gula awal kerana nak jadikan warna sambal cantik.
Selepas itu, masukkan sos tomato.. Kacau sebati kemudian masukkan cuka. Tujuan masukkan cuka adalah, supaya sambal yang menyaluti tempe, kentang dan bilis menjadi rangup dan kering (sambal tidak basah)
Masukkan garam. Suaikan rasa. (Pedas, masam dan manis)
- 3
Masukkan tempe, kentang dan bilis yang telah digoreng tadi.
Gaul dan balik-balikkan sehingga sebati.
- 4
Siap untuk dihidang.
- 5
Makan dengan nasi panas dan ikan masin rangup.
Makan macam ni pun dah cukup sedap dah...
Resipi Sepertinya
-
Sambal Tempe Dan Bilis Sambal Tempe Dan Bilis
Sambal tempe ini ummi cooksnap resepi @Uchu sebenarnya. Tapi terbiar bersarang dalam draft tak di post. 🤭😀Harini baru nak post untuk clear draft.Resepi uchu guna cili padi ummi gantikan dengan cili besar je sebab tak nak terlampau pedas.Dan yang paling istimewanya tempe ini ummi buat sendiri tau. Tempe honemade.Tq ya uchu resepinya yang sedap 👍😋❤. Q'leenalee's Kitchen -
Sambal Tempe Bilis Sambal Tempe Bilis
#goldenapron2020Tempe... makanan signature orang Jawa. Bagaimana pun ia sudah menjadi makanan kegemaran semua lapisan masyarakat. Kadang kala ia dijadikan lauk dan tidak kurang juga dijadikan kudapan dan hidangan istimewa di hari raya. Sambal Tempe Bilis ini resepi tersendiri famili kami yang bukan keturunan Jawa.. hehe😅😅 Fauziah GeeHut -
Sambal Tempe Dan Petai Sambal Tempe Dan Petai
#goldenapron23week19Kalau dapat menu ni memang bertambah tambah lah nasi ke pinggan.Saya rendam terdahulu tempe dengan air bercampur garam dan sedikit kunyit untuk menaikan rasa lemak kacang soyanya.Begitu juga petai di celur terlebih dahulu untuk mengurangkan bau yang kuat pada petai, tambah pula yang dah kopek kulitnya. Ani Delighted -
Tempe Goreng Sambal 🌶🍛 Tempe Goreng Sambal 🌶🍛
Lebihan sambal tomat haritu kita buat tempe sambal, tapi tulah kita tak penyetkan tempe nya, kalau penyet mungkin lagi enakkkk.Jadi ni yah makan dengan nasi putih udah cukup bagi orang Jawa macam saya. 🙈🤭 Nurul Kefftya -
Sambal Kentang & Tempe Sambal Kentang & Tempe
#GoldenApron23Sambal kentang & tempe yg simple tapi sedap..rasanya yg manis & pedas di makan bersama nasi panas2. Saya suka ratah atau makan begitu saja.. Nor Al Fatihah -
Sambal Bilis Kentang Sambal Bilis Kentang
Recook resepi cookpader theduch.ess.Suka sangat dengan lauk sambal bilis kentang ni. Dapat makan dengan nasi panas-panas memang menambah. Cukup dia aja, tak perlu lauk lain dah 😁.#roadto500resipi Norashikin Rahmat -
Sambal Kering Tempe berkicap#PinkBoxCereal Sambal Kering Tempe berkicap#PinkBoxCereal
Sambal kering Tempe Berkicap ini Resepi Simple Yang di ajarkan ibu saya semasa saya remaja dulu ,ketika belajar memasak. Kita boleh menambahkan Ikan Bilis dan Kacang Tanah yang telah digoreng rangup, untuk menambah kesedapan pada Sambal Kering Tempe Berkicap ini. Give a try and Happy Cooking guy's 😘😘😘 Jeehan Kitchen -
SAMBAL KERING KENTANG,TEMPE,KACANG BILIS MAGGI SAMBAL KERING KENTANG,TEMPE,KACANG BILIS MAGGI
#minggu25#goldenapron2020Bila terasa lauk di atas meja tak cukup meriah,apa lagi pergi ke dapur ambil sepeket pes sambal tumis Maggi dan kelentang kelentung kelentang kelentung!Dah siap menu Sambal Kering Kentang,Tempe,Kacang Bilis ni.Ini antara menu yang mudah,senang dan cepat disediakan.Selain dimakan bersama nasi atau bubur, menu ini juga boleh dibuat kudapan.Sekejapan boleh habis 😁Ayuh lihat resepi ini dan Selamat mencuba 😊 Nurain Jalil -
Sambal Tumis Ikan Bilis Sambal Tumis Ikan Bilis
Sambal tumis saya tidak menggunakan bawang putih. Tidak juga menggunakan ikan bilis yang digoreng terlebih dahulu. Perlu cukup/seimbang rasa pedas, masam, manis dan masinnya.Lada kering harus dicuci bersih, direbus dan dicuci semula sebelum dikisar. Untuk mendapatkan warna sambal tumis yang cantik, semasa menumis/memasak sambal, jangan gunakan api yang besar. Biarkan sambal masak dengan api yang kecil/sedang-sedang agar proses memasaknya sekata dan sambal akan bertahan lama (tak mudah basi) Ianya juga perlu dimasak lama, agar sambal betul-betul masak (takde lah sakit perut nanti kan)Masukkan gula dan air asam jawa pada awal masakan (selepas pecah minyak) juga boleh menjadikan warna sambal cantik.Sambal tumis ikan bilis ni sesuai dimakan bersama nasi lemak, lempeng kosong, jemput-jemput, mee siput, keropok ikan dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. Noor Atika Mahamood -
Sambal Tumis Strawberry Sambal Tumis Strawberry
Sambal tumis strawberry ni sedap sangat. Rasanya pedas-pedas, masam-masan dan sedikit manis. Saya gunakan buah strawberry yang fresh dari cameron. Saya kisarkan dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Kemudian masukkan ke dalam sambal. Noor Atika Mahamood -
Sambal Ikan Bilis Tempe Sambal Ikan Bilis Tempe
👩🍳Global Apron 2024 Challenge 15: Hometown FaveSambal ikan bilis tambah tempe dan kacang tanah goreng memang favret semua ahli keluarga. Walaupun kami bukan orang jawa tetapi gabungan ikan bilis dan tempe memang sangat digemari. Hometown kami sekarang KL , dah menetap disini hampir 35 tahun….jadi menu hometown fave kami sangat universal dan dari pelbagai negeri🤗Ikan bilis (2 p)Tempe (1 p)Total =3 p✅#GlobalApron2024#Challenge15#HometownFave#IkanbilisTempe2125/3K269/2024 Mahadiah -
Sambal Tempe Ikan Bilis Sambal Tempe Ikan Bilis
Hari nie kalut pergi cari tempe semata-mata nak masak resepi sambal tempe ikan bilis. Tinggal separuh jalan kerja lain. Alhamdulillah, jumpa tempe kat kedai Aceh. Lega. Resepi nie senang sangat cuma rumit sebab kena goreng asing tempe dan ikan bilis dulu. Selamat mencuba#goldenapron #bonussoya Noor Hassan
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)