Masak Lemak Ikan Tongkol

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

414/2021/RoadTo1k/1109
Dalam banyak benda yang hakak paling rindu nak buat adalah masak & taip resipi di Cookpad 🥺 Kesibukan dengan kerja menjadikan hakak lebih cenderung untuk beli makanan dan tapau bawa balik ke rumah. Dine in di kedai pun jarang. Sebab lebih mudah konsep tapau je, tak perlu buang masa lama berada di kedai.
.
Macam resipi ni hakak masak last week. Tatau ler gigih tak gigih. Pagi sampai tengahari ada trip surprise delivery. Balik rumah masak. Petang keluar semula untuk decor surprise🤭 Tapi kesudahannya dek kerana penat. Kami makan sedikit je 🥺 Tapi tak mengapalah janji hakak masuk dapur dan masak juga. Begitulah keadaannya sejak kebelakangan ni. Hakak kurang muncul di Cookpad. Masak tu jarang-jarang. Tapi nak taip resipi tu, jenuh ku seru kerajinan & mencuri sedikit kesempatan masa supaya ada ruang untuk menjenguk Cookpad dan memeriahkannya dengan koleksi resipi baharu ☺️

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

25minit
2orang
  1. 3ketul ikan tongkol
  2. 1biji bawang besar
  3. 3 ulasbawang putih
  4. 1 sudu tehserbuk kunyit (jika ada kunyit hidup boleh juga guna)
  5. 1sudu besar cili kisar
  6. 1 batangserai (diketuk)
  7. 1 literair
  8. 1 cawansantan pekat (guna santan kotak je)
  9. 1 kepingasam gelugor
  10. 1/2sudu besar garam bukit

Cara Memasak

25minit
  1. 1

    Bawang besar, bawang putih dan serbuk kunyit dicampur dengan air dan dikisar halus. Kemudian tuangkan ke dalam periuk. Masukkan juga cili kisar dan serai. Masak sehingga naik bau.

  2. 2

    Masukkan ikan tongkol dan air. Didihkan ikan sehingga empuk.

  3. 3

    Masukkan santan, asam gelugor dan garam. Kacau sebati dan didihkan seketika. Tutup api.

  4. 4

    Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba ☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (5)

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Gu dengan Nasi Putih,Sambal Cili,Ulam Timun,walaa sedak sengoti 👌🤤😋

Ditulis oleh

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Resipi Sepertinya