Nasi Lemak Biru (Si Bunga Telang)

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

127/2022/RoadtoWorldRecipes/1245
Tah lah tiba-tiba sahaja teringin nak buat nasi lemak biru ni. Jadi pagi2 hakak dah petik bunga telang di halaman rumah. Tengahari masak nasinya. Tapi petang baru berkesempatan untuk buat ayam bakar dan masak sambal. Jadi menu yang nak dibuat makan tengahari ni dijadikan makan malam. Dari segi rasa macam nasi lemak biasa je. Cuma warna dia je biru 💙. Alhamdulillah 🥰

Nasi Lemak Biru (Si Bunga Telang)

127/2022/RoadtoWorldRecipes/1245
Tah lah tiba-tiba sahaja teringin nak buat nasi lemak biru ni. Jadi pagi2 hakak dah petik bunga telang di halaman rumah. Tengahari masak nasinya. Tapi petang baru berkesempatan untuk buat ayam bakar dan masak sambal. Jadi menu yang nak dibuat makan tengahari ni dijadikan makan malam. Dari segi rasa macam nasi lemak biasa je. Cuma warna dia je biru 💙. Alhamdulillah 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam
3-4orang
  1. Bahan Nasi Lemak Biru :
  2. 30 kuntumbunga telang
  3. 2 cawanair
  4. 1 1/2 cawanberas
  5. 1 bijibawang merah (dihiris)
  6. 1/2 cawansantan kotak
  7. Secubitgaram
  8. 1 helaidaun pandan (disimpul)
  9. Bahan Sambal :
  10. 1 bijibawang besar (dikisar halus)
  11. 3 ulasbawang merah (dikisar halus)
  12. 4 ulasbawang putih (dikisar halus)
  13. 1/2 cawanair (untuk mengisar)
  14. 3 sudu besarcili kisar
  15. 1/2gula kabung
  16. 1 sudu tehasam jawa
  17. 1/2 sudu tehgaram bukit

Cara Memasak

1jam
  1. 1

    Bunga telang dicuci bersih dan diidihkan dengan air sehingga warna biru pekat terhasil. Tutup api. Sejukkan dan tapis.

  2. 2

    Masukkan beras, santan, bawang merah dan garam ke dalam periuk.

  3. 3

    Tuangkan air rebusan bunga telang. Sukat betul2 kuantiti air dan beras. Jika air rebusan tak cukup. Tambah je air putih biasa. Kacau sebati.

  4. 4

    Masukkan daun pandan. Masaklah seperti memasak nasi biasa.

  5. 5

    Bahan Sambal :
    Tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.

  6. 6

    Masukkan cili kisar dan gula kabung. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan asam jawa. Kemudian masaklah sehingga kuah pekat. Tutup api.

  7. 7

    Untuk ayam goreng boleh tengok resipi di link ni yer ☺️

  8. 8

    Cadangan Hidangan :
    Nasi diceduk ke dalam pinggan. Letak disampingnya ayam bakar, sambal, telur rebus, hirisan timun dan daun salad. Sedia untuk dihidangkan.

  9. 9

    Selamat mencuba 😋

Resipi Pautan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Resipi Sepertinya