Nasi Minyak Bunga Telang, Gulai Ayam & Terung

Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
Kuantan, Pahang, Malaysia

GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 25: BIRU
#GlobalApron2024
COOKPAD MAGIC PANTRY:
#bawangbesarungu #bungatelang #kubisungu #terungungu

Sempena #MerdekaMonth, GA ambil tema warna bendera Malaysia dan minggu ni, Tema Warna Biru (atau Ungu)

Semangat esok nak sambut Merdeka, hari ni masak breakfast kegemaran orang Malaysia, Nasi Minyak.

Buat versi warna biru bunga telang, rupa dah macam nasi kerabu, hehe.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
❤️🤍💛💙

Nasi Minyak Bunga Telang, Gulai Ayam & Terung

7 orang bercadang membuatnya

GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 25: BIRU
#GlobalApron2024
COOKPAD MAGIC PANTRY:
#bawangbesarungu #bungatelang #kubisungu #terungungu

Sempena #MerdekaMonth, GA ambil tema warna bendera Malaysia dan minggu ni, Tema Warna Biru (atau Ungu)

Semangat esok nak sambut Merdeka, hari ni masak breakfast kegemaran orang Malaysia, Nasi Minyak.

Buat versi warna biru bunga telang, rupa dah macam nasi kerabu, hehe.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
❤️🤍💛💙

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
7 orang
  1. Bahan Nasi Minyak Bunga Telang
  2. 5 kuntumbunga telang (kering)
  3. 1 cawanair panas
  4. 3 cawanberas biasa (cuci dan toskan air)
  5. 2 1/2 cawanair
  6. 1/2 cawansusu cair
  7. 3 sudu besarminyak masak
  8. 3 sudu besarmarjerin
  9. 1 bijibawang besar ungu *
  10. 3 ulasbawang putih *
  11. 1 incihalia *
  12. 3 helaidaun pandan
  13. 4sekawan secukupnya
  14. Beberapatitik pewarna biru
  15. 2 sudu besarserbuk ayam
  16. secukup rasaGaram
  17. Bahan Gulai Ayam & Terung
  18. 1 ekorayam
  19. 2 bijibawang besar ungu *
  20. 3 ulasbawang putih *
  21. 2 incihalia *
  22. 1 bijibawang besar ungu (hiris)
  23. 1 cawanminyak masak
  24. 4sekawan secukupnya
  25. 3 helaidaun pandan
  26. 2 paketrempah masak cap bunga ros
  27. 1 paketrempah kari ikan/daging
  28. secukupnyaAir
  29. 1/2 kepinggula kabung / gula melaka
  30. secukup rasaGaram & ajinomoto
  31. 3asam keping
  32. 6 bijiterung ungu (yang pendek)
  33. 1 kotakkecil santan
  34. Bahan Acar Kubis Timun
  35. 1/4 bijikubis
  36. 1/4 bijikubis ungu
  37. 2 bijibawang besar ungu
  38. 3 bijitimun mini
  39. 3 bijicili api merah
  40. secukup rasaGaram, gula dan cuka

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Rendam bunga telang kering dengan air panas 20 minit. Tapiskan.

    Kisar bahan tanda *.

  2. 2

    Panaskan minyak dan marjerin. Tumis 4 sekawan, daun pandan dan bahan kisar sampai garing dan naik bau.

  3. 3

    Bila dah garing, tutup api. Masukkan bahan tumis kedalam periuk rice cooker yang diisi dengan beras.

    Tambah secawan air bunga telang, air biasa dan susu cair.

  4. 4

    Perasakan dengan serbuk ayam dan garam secukup rasa. Jika suka, tambah sedikit pewarna biru. Sebab bunga telang kering, warnanya tidak terlalu terang.

    Kacau sebati. Masak dalam rice cooker sehingga nasi masak.

  5. 5

    Untuk gulai ayam, kisar bahan *.
    Sediakan bawang besar ungu yang dihiris.

  6. 6

    Sediakan rempah serbuk. Kalau takde rempah cap bunga ros, gantikan dengan rempah kari daging.

  7. 7

    Panaskan minyak, tumis 4 sekawan, daun pandan dan bawang hiris sampai garing.

    Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing dan pecah minyak.

  8. 8

    Masukkan semua rempah serbuk. Kacau sampai garing dan pecah minyak sekali lagi. Masukkan ayam. Kacau sebati.

  9. 9

    Bila ayam dah mula mengecut, masukkan air secukupnya. Kacau dan biar mereneh.

    Perasakan dengan gula kabung, asam keping, garam dan ajinomoto secukup rasa. Kacau dan reneh sampai ayam hampir masak. Kacau sekali sekala.

  10. 10

    Potong terung ungu dan masukkan kedalam periuk. Kacau sekata.

  11. 11

    Masukkan santan. Tambah air jika terlalu pekat. Kacau sekata. Bila dah masak, tutup api.

  12. 12

    Untuk acar, hiris semua bahan. Perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan ketepikan.

  13. 13

    Hidangkan nasi minyak bunga telang, gulai ayam & terung dan acar kubis & timun. Siap

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
pada
Kuantan, Pahang, Malaysia
Faa sangat suka masak,Masak untuk yang tersayang,Semua juadah Allah bagi enak,Syukur dengan rezeki yang terhidang.
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya