Tongkeng Ayam Masak Kicap

Hidayah Jalil
Hidayah Jalil @hj91dee

Kisah disebalik masakan ni adalah bahagian tongkeng ayam atau brutu (orang jawa cakap la) bahagian kegemaran saya dan suami, tapi suami ni lain sikit, dia suka masak kicap, mula-mula tak pernah cuba lagi. Tapi sedap jugak laa hahaha jom kita masak 😋😋

Tongkeng Ayam Masak Kicap

15 orang bercadang membuatnya

Kisah disebalik masakan ni adalah bahagian tongkeng ayam atau brutu (orang jawa cakap la) bahagian kegemaran saya dan suami, tapi suami ni lain sikit, dia suka masak kicap, mula-mula tak pernah cuba lagi. Tapi sedap jugak laa hahaha jom kita masak 😋😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit atau kurang
2 orang
  1. Bahan Menggoreng
  2. 500 gTongkeng ayam
  3. sedikitSerbuk kunyit
  4. sedikitGaram
  5. Minyak untuk menggoreng
  6. Bahan Menumis
  7. 1 bijibawang besar (serdehana besar)
  8. 2 ulasbawang putih
  9. 3 bijicili api
  10. 7 sudu besarkicap manis
  11. 1/4 cawanair
  12. 2 sudu besarminyak untuk tumis

Cara Memasak

30 minit atau kurang
  1. 1

    Step 1: korang kena siang dulu tongkeng ayam tu betul, sebab kita tanak ada bau atau rasa yang tak syok. Husb suka kalau kita buang yg kuning-kuning kat tongkeng tu. Basuh bersih-bersih dan tos kan. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam. Lepas tu biar sekejap sambil kita siapkan bahan nak tumis.

  2. 2

    Step 2: hiris bawang besar tu agak besar-besar cket, sebab bila makan nanti dapat rasa kemanisan bawang tu, bawang putih boleh cincang atau ketuk sahaja, cili api tu boleh hiris atau potong tengah tak putus.

  3. 3

    Step 3: panaskan minyak masak untuk menggoreng, bila dah panas, boleh la mula menggoreng tongkeng tu. Goreng agak garing kulitnya. Dah garing, boleh angkat dan toskan minyak.

  4. 4

    Step 4: tinggalkan anggaran 2 sudu minyak dalam kuali, tumis semua bahan yang kita dah potong tadi, bawang putih, bawang besar dan cili api tadi. Kalau tanak pedas sgt, cili api tumis lambat sikit.

  5. 5

    Step 5: masukkan kicap manis, kacau-kacau sampai mendidih sikit, masukkan 1/4 cawan air atau nak lebih untuk banyak kuah. Kacau sehingga sebati dan biarkan mendidih.

  6. 6

    Step 6: masukkan tongkeng ayam tadi dan gaul-gaul sekata dan tutup api. Siap dihidang dan makan dengan nasi putih 🤤🤤

  7. 7

    Selamat Mencuba 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Hidayah Jalil
Hidayah Jalil @hj91dee
pada

Komen

Resipi Sepertinya