Kek Gula Hangus Tanpa Perap @ Kek Sarang Semut

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

🍽592🍽
👩‍🍳26/2023👩‍🍳
Kek Gula Hangus
Kek Legend ,Kek gula hangus atau lebih popular dipanggil kek sarang semut kerana rupa kejadian kek ini bersarang atau berongga seperti sarang semut.
Bila digigit terasa lemak berkrim mentega dan manis gula hangus yang sangat sedap.Teksturnya yang kenyal-kenyal dan lembut membuatkan ramai yang suka akan citarasa kek legend ini termasuk anak muda.
Kek sarang semut ini boleh dihasilkan dua version.Bakar atau kukus namun ia tetap dipanggil Kek gula hangus atau kek sarang semut .
Ummi pernah recook resepi Kek Sarang Semut ini dari cookpader @izzah_mansor87 .Resepi kek gula hangus ini tidak perlu diperap 3@4 jam seperti resepi2 lain.Ia cepat dan mudah siap diadun terus dibakar.Ternyata ia menjadi dan cantik hasilnya.
Untuk rasa lebih lemak berkrim ummi guna pure butter 👍😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
sekeluarga
  1. Bahan A:Gula Hangus
  2. 1 cawanGula
  3. 1 cawanair panas
  4. 1/2 cawanButter (Pure butter lebih sedap)
  5. Bahan B:Diayak
  6. 1 cawantepung Gandum
  7. 1 sudu tehbaking powder
  8. 1 sudu besarsoda bikarbornate (2 sudu teh)
  9. Bshan C:
  10. 4 bijitelur (A)
  11. 1/2 cawansusu pekat
  12. 1 sudu tehesen vanila

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    A:
    Siapkan gula hangus terlebih dahulu.
    Panaskan kuali masak gula sehingga mencair dan keperangan dengan kadar api yang kecil.
    Tuangkan air panas perlahan-lahan dan kacau sebati sehingga betul-betul larut.

  2. 2

    Matikan api dan masukkan butter kacau hingga butter mencair.ketepikan.

  3. 3

    C:Campurkan telur,susu pekat dan esen vanila,mix sebati.

  4. 4

    Masukkan tepung yang siap diayak bersama baking powder dan soda bikarbonate kedalam adunan telur dan mix sebati,tuang air gula hangus perlahan-lahan dan mix lagi.Air gula hangus mesti betul2 suam ya..bukan panas.
    Selesai,tapis kedalam loyang yang sudah disapu dengan marjerin.
    Tips :
    1.Loyang disapu dengan sedikit marjerin kemudian tabur sedikit tepung gandum elak kek melekat pada loyang.Jimat tak perlu pakai baking paper.
    2.mix adunan lama sedikit untuk dapatkan rongga yang cantik.

  5. 5

    Bakar dalam oven selama 20 minit api bawah suhu 160°c,kemudian api atas & bawah selama 50 minit @ sehingga masak.

    Tips :Cucuk lidi sate kedalam kek untuk pastikan kek sudah masak atau belum.apabila lidi bersih bila ditarik. Ia menandakan kek sudah masak.

  6. 6

    Keluarkan dari oven,sejukkan kemudian dipotong.
    Potong melintang untuk dapatkan rupa sarang semut yang cantik.

  7. 7

    Sedia dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen (4)

Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
Cantiknya kejadian diaa.. guna loyang saiz apa ye?

Resipi Sepertinya