Sambal Nasi Lemak

Hai, hari ini saya nak berkongsi resepi sambal nasi lemak likat, cukup rasa pedas, manis dan paling penting sambal ini tahan lama ya
Cara Memasak
- 1
Kisar dahulu bawang merah, halia, serai dan ikan bilis.
- 2
Tumis hirisan bawang merah bersama daun pandan sehingga layu dan masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
- 3
Tambah air beberapa kali ke dalam bahan tumisan sehingga cili betul-betul masak.
- 4
Setelah cili pecah minyak, baru masukkan bahan yang dikisar tadi. gaul lagi
- 5
Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam dan serbuk perasa secukupnya.
- 6
Masukkan kicap manis sedikit (bertujuan mencantikkan warna sambal)
- 7
Masak sambal sehingga pekat dan boleh dihidangkan dengan nasi lemak ataupun pelbagai juadah lain.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Nasi lemak sambal sotong Nasi lemak sambal sotong
Hari ni hari raya puasa 6 mak dgn saya, so utk meraikan hari raya buatlah nasi lemak sambal sotong. Org lain dah lama raya kita slow² but sure 🤣🤣. Nasi lemak adalah menu yg org ramai suka mkn dan pelbagai sambal boleh dimakan bersama nasi lemak kan. Cuma ini cara saya jom lah cuba.🤗🤗🤗 KAM -
Sambal Tumis Ikan Bilis Sambal Tumis Ikan Bilis
Sambal tumis saya tidak menggunakan bawang putih. Tidak juga menggunakan ikan bilis yang digoreng terlebih dahulu. Perlu cukup/seimbang rasa pedas, masam, manis dan masinnya.Lada kering harus dicuci bersih, direbus dan dicuci semula sebelum dikisar. Untuk mendapatkan warna sambal tumis yang cantik, semasa menumis/memasak sambal, jangan gunakan api yang besar. Biarkan sambal masak dengan api yang kecil/sedang-sedang agar proses memasaknya sekata dan sambal akan bertahan lama (tak mudah basi) Ianya juga perlu dimasak lama, agar sambal betul-betul masak (takde lah sakit perut nanti kan)Masukkan gula dan air asam jawa pada awal masakan (selepas pecah minyak) juga boleh menjadikan warna sambal cantik.Sambal tumis ikan bilis ni sesuai dimakan bersama nasi lemak, lempeng kosong, jemput-jemput, mee siput, keropok ikan dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. Noor Atika Mahamood -
Nasi Lemak Nasi Lemak
Pagi ni..bersarapan dengan Nasi Lemak Sambal Bilis...Masak guna rice cooker jer...mudah dan cepat...yang penting tak berkerak ya...elok cantik jer...😊#ChooseToCook#RiceCookHack Muniroh Annuar -
Tempe Sira Pedas Stok Sahur 🍲🍉 (#Misi 3 : CookRace) Tempe Sira Pedas Stok Sahur 🍲🍉 (#Misi 3 : CookRace)
Senang kalau dah tak tau nak masak apa masa sahur atau berbuka puasa nanti.Tempe sira yang agak pedas ni resepi original dari mak saya. Hidangkan nasi panas sepinggan, cukup untuk hiburan kenikmatan di dalam mulut, pedas, manis, masin dan lemak bergabung menjadi satu, inshaAllah tahan sampai 3 bulan di luar, asalkan cukup tanak dan likat siranya 😁 Nurul Kefftya -
Nasi Lemak Sambal Sotong Nasi Lemak Sambal Sotong
Nasi lemak sudah menjadi makan kegemaran raayat Malaysia. Menu ini bukan sahaja disaji pada sarapan pagi, tapi tengahari dan malam. Bahkan juga makanan kegemaran di bulan puasaSaya tertarik dengan seorang coopedes yang telah cooksnap resepi Leeina Qaliena, hasilnya nasi lemak yang sedap dan berderai.Saya sediakan bersama sambal sotong Ani Delighted -
Nasi Lemak Nasi Lemak
Setiap mempunyai pelbagai cara untuk menikmati nasi lemak. Ada yang suka dengan lauk rendang, sambal udang, sambal sotong, ayam goreng. Ada juga yang suka yang berasas kan kerang. Saya biasa suka nasi lemak dengan kangkung goreng dan dengan telur dadar. Dan penting nasi tu memang kena lemak☺️. Amy Ishak -
Nasi Lemak Sedap Nasi Lemak Sedap
Alkisahnya skrol2 fb ternampak post gambaq nasi lemak dialas daun pisang bungkus dengan surat khabar. Ya Allah tak tahan tengok merahnya sambal dia tu confirm sedap. Kena plak bungkus camtu. Maka terhasillah juadah harini. Gigih gi kedai beli kertas minyak nak bungkus nasi lemak mcm ala2 kita gi beli 🤣 tapi daun pisang plak takde.Cubalah senang je. Yg penting sambal kena sedapp. Farahana Aina -
Sambal Nasi Lemak Sambal Nasi Lemak
Merah menyala..Ni cara saya buat sambal nasi lemak. Cili kisar selalunya saya guna bawang besar dan saya suka juga letak ikan bilis sikit blend cili sambal nasi lemak sebab rasa dia lebih umphh.. 😁Tak kisahlah macam mana cara pun yang penting sambalnya mesti cukup masak dan pecah minyak.Nak dapat sambal macam ni memang kena guna minyak lebih sikit dan ditumis dengan api sederhana serta ambil sedikit masa.Satu lagi, masukkan gula bila cili dah pecah minyak, biarkan ia caramelised dulu baru dikacau. Nanti sambal kita tu akan jadi cantik warna merah dia. Norashikin Rahmat -
Sambal Bilis Sambal Bilis
Resepi asal sambal ni dari azlina ina dah lama dah..tapi baru² ni viral sebab burger malaysia..sambal ni sedap makan dengan ape saja..dengan nasi lemak boleh, roti, lempeng, campur dalam kuah lontong pon sodap..sya masak dekat 2 jam jugak lah tambah air banyak kali sbb nak bagi tahan lama..Jom menyambal👩🍳 shazrina -
Sambal Tumis Ikan Bilis Sambal Tumis Ikan Bilis
"بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ"Ramadhan PrepBulan Ramadhan hampir tiba tinggal beberapa hari je lagi .. mak-mak, ibu-ibu dah siapkan persiapan ke tu?Biasanya mak-mak/ibu-ibu akan buat persiapan seperti ibu sambal, stok pelbagai jenis sambal, pes kari, pes asam pedas dan sebagainya.Ibu baru berkesempatan buat stok sambal tumis. Buat lebih-lebih dan masukkan ke dalam beberapa bekas kemudian frozenkan. Bila nak guna, tinggal defrost dan panaskan dalam microwave je.Biasanya stok sambal ni ibu buat untuk makan sahur je. Sebabnya waktu sahur memang takde selera nak makan nasi. Tapi kalau ada sambal tumis, baik-baik tak berselera terus ada selera. Sambal tumis ni, kalau makan dengan nasi panas dan telur mata je pun dah cukup dah bagi ibu. Anak-anak pun jenis tak kisah. Apa yang ibu hidang, itu ler yang diorang makan. Senang keje ibu 🥳 Noor Atika Mahamood -
Sambal Tumis Strawberry Sambal Tumis Strawberry
Sambal tumis strawberry ni sedap sangat. Rasanya pedas-pedas, masam-masan dan sedikit manis. Saya gunakan buah strawberry yang fresh dari cameron. Saya kisarkan dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Kemudian masukkan ke dalam sambal. Noor Atika Mahamood -
Nasi Lemak Nostalgia #ChefZam Nasi Lemak Nostalgia #ChefZam
#goldenapron #minggupertama #ChefZam #chefzam #merdeka #cookpadmalaysiaAssalamualaikum sahabat Cookpadders ❤️Sempena bulan Kemerdekaan kali ke 62 tahun ini, CN ingin kongsikan Menu Tradisi yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia, sama ada pelbagai bangsa mahupun agama. Menu tersebut ialah Nasi Lemak. 😋Resipi Nasi Lemak tradisi ini CN pelajari dari Mak. Nasi Lemak ini juga menjadi kegemaran suami CN. Setiap kali pulang dari belayar, suami akan minta CN masakkan Nasi Lemak ini. Menggamit nostalgia katanya. 😍Nasi Lemak sememangnya sedap jika dimasak menggunakan santan pekat. Kemudian dibungkus pula dengan daun pisang. Aroma harumnya memikat hati.. Mmm terkenang selalu. Selamat mencuba ya ❤️Nota:1. Nasi lemak ini juga enak dimakan bersama ayam goreng, sambal ayam goreng, sambal ikan dan sebagainya.2. Halia berfungsi membuang angin dalam badan dan ia juga memberikan aroma harum pada Nasi Lemak selain daun pandan.3. Penggunaan gula melaka menjadikan warna sambal sedikit gelap.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen