Nasi Lemak Nostalgia #ChefZam

#goldenapron #minggupertama #ChefZam #chefzam #merdeka #cookpadmalaysia
Assalamualaikum sahabat Cookpadders ❤️
Sempena bulan Kemerdekaan kali ke 62 tahun ini, CN ingin kongsikan Menu Tradisi yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia, sama ada pelbagai bangsa mahupun agama. Menu tersebut ialah Nasi Lemak. 😋
Resipi Nasi Lemak tradisi ini CN pelajari dari Mak. Nasi Lemak ini juga menjadi kegemaran suami CN. Setiap kali pulang dari belayar, suami akan minta CN masakkan Nasi Lemak ini. Menggamit nostalgia katanya. 😍
Nasi Lemak sememangnya sedap jika dimasak menggunakan santan pekat. Kemudian dibungkus pula dengan daun pisang. Aroma harumnya memikat hati.. Mmm terkenang selalu. Selamat mencuba ya ❤️
Nota:
1. Nasi lemak ini juga enak dimakan bersama ayam goreng, sambal ayam goreng, sambal ikan dan sebagainya.
2. Halia berfungsi membuang angin dalam badan dan ia juga memberikan aroma harum pada Nasi Lemak selain daun pandan.
3. Penggunaan gula melaka menjadikan warna sambal sedikit gelap.
Nasi Lemak Nostalgia #ChefZam
#goldenapron #minggupertama #ChefZam #chefzam #merdeka #cookpadmalaysia
Assalamualaikum sahabat Cookpadders ❤️
Sempena bulan Kemerdekaan kali ke 62 tahun ini, CN ingin kongsikan Menu Tradisi yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia, sama ada pelbagai bangsa mahupun agama. Menu tersebut ialah Nasi Lemak. 😋
Resipi Nasi Lemak tradisi ini CN pelajari dari Mak. Nasi Lemak ini juga menjadi kegemaran suami CN. Setiap kali pulang dari belayar, suami akan minta CN masakkan Nasi Lemak ini. Menggamit nostalgia katanya. 😍
Nasi Lemak sememangnya sedap jika dimasak menggunakan santan pekat. Kemudian dibungkus pula dengan daun pisang. Aroma harumnya memikat hati.. Mmm terkenang selalu. Selamat mencuba ya ❤️
Nota:
1. Nasi lemak ini juga enak dimakan bersama ayam goreng, sambal ayam goreng, sambal ikan dan sebagainya.
2. Halia berfungsi membuang angin dalam badan dan ia juga memberikan aroma harum pada Nasi Lemak selain daun pandan.
3. Penggunaan gula melaka menjadikan warna sambal sedikit gelap.
Cara Memasak
- 1
Siapkan sambal ikan bilis dahulu. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah yang dikisar halus sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing serta pecah minyak.
- 2
Masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau sebati. Setelah itu masukkan hirisan bawang besar. Masak sehingga bawang layu.
- 3
Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata. Biarkan seketika. Tutup api dan sedia dihidangkan.
- 4
Untuk Nasi Lemak pula, basuh beras dengan bersih dan tos. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama hirisan halia dan daun pandan.
- 5
Akhir sekali masukkan santan dan garam. Sebatikan. Tanak sehingga nasi lemak masak sempurna.
- 6
Sedia dihidangkan dengan sambal ikan bilis, hirisan timun, kacang tanah goreng, telur rebus dan telur mata kerbau.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sambal Ikan Rebus Goreng Sambal Ikan Rebus Goreng
#goldenapron2020 #minggu12 #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders sekalian. Entri kali ini CN kongsikan resipi Sambal Ikan Rebus Goreng yang menjadi kegemaran suami CN.Sambal ini ala Sambal Ikan Aye Terengganu yang dinikmati bersama Nasi Lemak. Oleh kerana Encik Suami sukakan Ikan Kembung, jadi CN ganti Ikan Tongkol (Ikan Aye) dengan Ikan Kembung. Rasanya sedap juga.Selamat mencuba ya.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Nasi Lemak Nasi Lemak
#goldenapronNasi lemak merupakan menu makanan tradisi melayu. Nasi lemak menu kegemaran tidak mengira usia. sarapan pagi hujung minggu kali ini saya membuat nasi lemak sebagai menu pilihan. Jom cuba🤗NurDiana Rosli
-
Jus Masam Manis Malaysiaku #ChefZam Jus Masam Manis Malaysiaku #ChefZam
#goldenapron #minggukedua #ChefZam #chefzam #merdeka #CookpadMalaysiaAssalammualaikum semua. ♥️Kali ini CN nak kongsikan resipi Jus kegemaran suami CN. Jus ini rasanya masam manis dan segar sekali. Apa tidaknya ia mengandungi bahan-bahan utama seperti lemon, limau nipis, daun pudina dan serai. Memang enaklah diminum terutamanya ketika musim panas.Sesuai dengan tema Merdeka, CN anggap jus ini umpama negara tercinta kita. Ada masam dan ada manisnya sepanjang 62 tahun kita merdeka. Kedua-dua rasa itu saling melengkapi sebenarnya. Jika terlalu masam pun tidak sedap dan sebaliknya, jika terlebih manis, boleh dapat kencing manis kan 😂Akhir kata, selamat mencuba. ♥️Nota:1. Jika tiada air soda pun tak apa. Gunakan saja air mineral dan lebihkan jus lemon dan limau nipis.2. Garam dalam minuman ini memberi rasa sedikit lemak dan jus lebih sedap.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Nasi Minyak Terengganu Nasi Minyak Terengganu
#semangatmerdeka #masakannegeri #goldenapron #masakanterengganu #minggukeempatAssalamualaikum sahabat Cookpadders semua. ❤️Kali ini CN kongsikan resipi Nasi Minyak Terengganu yang dipelajari dari Ibu Mertua CN, Puan Hasmah Muda. Ia merupakan menu kesukaan suami CN.Selamat Mencuba.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Nasi Lemak Gemilang #ChefZam Nasi Lemak Gemilang #ChefZam
Tema Menu Merdeka kali ini saya memilih nasi lemak berbentuk bendera Malaysia 'Jalur Gemilang'. Nasi lemak ialah juadah tradisi yg sangat popular di Malaysia dan sudah menjadi 'national dish'. Juadah ini digemari oleh semua lapisan masyarakat Malaysia yg berbilang kaum. Bendera pula merupakan simbol negara yg berdaulat dan merdeka. Gabungan kedua2nya melambangkan perpaduan bangsa Malaysia yang dipertemukan melalui citarasa tradisi yg harmoni❤ Eka Zahra -
Nasi Lemak Telur Dadar Nasi Lemak Telur Dadar
#goldenapron2020Nasi lemak ni popular nauu dikalangan rakyat Malaysia. Setiap tempat punya resepi dan aroma tersendiri. Digabungkan dengan pelbagai bahan, menjadikan nasi lemak menu pilihan utama rakyat Malaysia. Kali ni saya buat nasi lemak telur dadar pula. Rose Nani Nizah Nayan -
Nasi Lemak Lemuni Nasi Lemak Lemuni
#goldenapron2020Ahaha... Yang ni cerita beberapa minggu sudah 😁😁.Lepas masak, ambik gambaq peram dalam draft. Tunggu mood nak hapdet resepi.Nasi lemak lemuni ni antara menu kegemaran keluarga kami. Dari mak, bapak sampaila ke anak-anak, semua suka. Kalau lama tak buat, depa request la..Cara memasak macam masak nasi lemak biasa juga, tapi daun lemuni jadi hero dia.Bila dah masak aromanya...Fuhh! Sangat membangkitkan selera 😋Jom tengok resipi. Norashikin Rahmat -
Nasi Lemak Bilis Telur Nasi Lemak Bilis Telur
Masak Apa Untuk POTLUCK?Nasi Lemak sangat sinonim dengan masyarakat kita orang melayu.Bila berkumpul ramai-ramai bersama keluarga atau rakan taulan menu Nasi Lemak pasti menjadi pilihan untuk dinikmati bersama.Sangat sesuai sarapan pagi dan juga untuk menu Potluck.Walaupun cara penyediaannya sedikit renyah namun ia adalah menu kegemaran Ramai.Nak pula dibungkus dengan daun pisang,aroma daun pisang tu membuatkan lagi berselera nak menjamah nasi lemak.Lebih senang dibawa berkelah atau makan-makan di tepi pantai,air terjun dan sebagainya semasa Potluck.Sebenarnya dah bertahun lama hakak tak buat nasi lemak .Resepi dan cara memasak nasi lemak ini adalah resepi semasa hakak berjualan dulu.Jom tengok resepi nasi lemak . Q'leenalee's Kitchen -
Nasi Lemak Halba #phopbylinimohd Nasi Lemak Halba #phopbylinimohd
Nasi lemak? Misti menu yang biasa-biasa aje kan? Tapi nasi lemak halba ni, lain. Bau dia aje buat nak nak makan berpinggan-pinggan. Awas, orang diet, takut diet ke laut.Nasi Lemak Halba ini, aroma nya benar-benar membangkitkan selera kerana bau halba yang memikat jiwa. Dihidangkan bersama sambal ikan bilis, timun, kacang tanah, ikan bilis dan telur rebus atau telur goreng. Dipadankan dengan kopi panas. Sesuai dibuat menu berbuka puasa. Kenap tidak kan ? El -
Sambal Daging Kambing Sambal Daging Kambing
#goldenapron #minggu18 #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN. Apa khabar semuanya? Diharap sihat-sihat sahaja ya.Baiklah untuk Golden Apron Level 18 ini, CN kongsikan resipi Sambal Daging Kambing yang menjadi kegemaran CN. Untuk makluman semua, CN memang sukakan daging kambing. Selain dimasak sambal, CN juga gemarkan kambing panggang atau Lamb Grill. Walah sedap sungguh rasanya 😍Pun begitu, CN sedia maklum ada yang tidak sukakan daging kambing kerana baunya yang sedikit hamis kan? CN ada terbaca petua dari seorang Cookpadders bernama Aznie Khasri. Petuanya cukup mudah. Rendam daging kambing untuk tempoh masa yang lama untuk membuang darahnya. Ini kerana darah daging kambing itulah yang menimbulkan bau hamis tersebut. CN juga lumurkan tepung gandum pada daging kambing dan membasuhnya bersih-bersih.Alhamdulillah setakat ini, kaedah ini berkesan untuk CN. Kawan-kawan boleh cuba petua dari Aznie Khasri ini ya. Terima kasih Aznie ❤️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Nasi Lemak Pandan Nasi Lemak Pandan
Nasi lemak yang berasaskan daun pandan dengan aroma dan warna yang sangat menambah selera untuk penggemar nasi lemak tradisional NURRULHIDAYAH BINTI AHMAD FADZILLAH -
Sup Tulang DiNani Sup Tulang DiNani
#kambu #goldenapron #mingguempatAssalammualaikum ❤️Seronoknya menikmati menu berasaskan daging terutama ketika Hari Raya Aidiladha tempoh hari.Daging korban yang CN terima terdiri daripada daging, organ dan tulang lembu. Untuk resipi KamBu ini, CN kongsikan resipi Sup Tulang DiNani iaitu resipi olahan daripada CN dan suami. Kami menggunakan rempah gulai Terengganu di dalam sup ini dan rasa supnya lebih lemak dan sedap.Moga sahabat-sahabat semua menyukainya. Selamat mencuba ❤️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷
Lebih Banyak Resipi
Komen