Ayam Percik Merecikk 'Frozen" Ala - Bazar Ramadhan

🍽620🍽
👩🍳55/2023👩🍳
PES Battle #PersiapanRamadan
Menu bakar- bakar seperti ayam percik pilihan no.1 ummi Jika dibulan Ramadhan berbanding menu berkuah kalau sediakan juadah berbuka puasa.
Kebiasaannya ummi akan prep awal sebelum masuk bulan Ramadhan.Walaupun sedikit renyah dan banyak step prosesnya namun buat sendiri lebih jimat,lebih yakin kebersihan makanan yang kita sediakan untuk keluarga.
Sedia maklum bila nak sediakan ayam percik ni sudah pastinya makan masa yang lama.Sebab ayam mesti diperap(marinate) terlebih dahulu dan proses masak pes itu sendiri juga perlu masa yang lama.
Lebih mudah sediakan awal dan frozenkan.Ayam ummi siap gaulkan dengan bahan kisar dan simpan dalam bekas kedap atau seal dalam plastik lalu difrozenkan.Kuah perciknya juga ummi masak siap dan simpan dalam botol letak di bahagian chiller.
Bila nak masak keluarkan ayam yang sudah diperap, defrostkan dulu sekejap kemudian kukus, selepas itu terus dibakar bersama sos percik yang juga sudah siap disediakan.Ummi bakar guna air fryer jer.
Prep begini lebih menjimatkan masa dibulan puasa dan lebih cepat untuk menyediakan menu berbuka.
Resepi ini boleh digunakan lebih kurang 2kg ayam.
Kuah percik ayam ini boleh juga digunakan untuk kuah percik pada sotong,ikan,udang dll 👍😋.
Prepairation : 3 jam
Proses bakar dan percik : 1 jam
@gula_apong akak,,, jom kita prep awal2 pes untuk Ramadhan ❤
#TeamDLL
#PersiapanRamadhan
Cara Memasak
- 1
Kisar semua bahan yang bertanda ✔️ bersama sedikit air.Masukkan juga bahan rempah ratus blend halus dan tuang kedalam bekas ketepikan dulu.
- 2
Untuk Perapan Ayam :
Ayam dicuci bersih,kelar sedikit supaya rempah-rempah meresap masuk kedalam isi ayam.
Gaulkan sedikit meggi cukup rasa dan sedikit rempah yang dikisar tadi.Anggaran 2-3 senduk lumur rata pada keseluruhan ayam.Jika nak terus dibakar perap dulu sekitar 1 jam.Untuk frozen : Isi dalam bekas kedap @ boleh juga di packing dalam plastik satu-satu pcs dan seal kemas lalu difrozenkan.
Bila nak bakar keluarkan dari freezer,defrostkan dahulu sekitar 30 minit barulah dimasak. - 3
Kuah Percik :
Panaskan minyak Tumis lebihan bahan kisar tadi.Masukkan garam,meggi cukup rasa,ajinomoto,air asam jawa dan gula merah.
Masak sehingga pecah minyak.Kemudian masukkan santan dan air kacau sebati masak sehingga mendidih. - 4
Akhirnya Tuangkan bancuhan tepung jagung.Sesuaikan rasa manis masinya ikut citarasa sendiri(tambah jika perlu). Bila kuah percik dah pekat dan betul2 masak matikan api.Sejukkan.
Nota : Kuah percik yang sudah siap dimasak,isi dalam botol kaca yang kering dan bersih,sejukkan betul2 baru ditutup kemas dan simpan dibahagian chiller.Boleh tahan sekitar 2 minggu.
- 5
Cara Masak ayam percik :
Keluarkan ayam yang diperap dalam freezer biarkan lembut(defrost) pada suhu bilik sekitar 30 minit.
Didihkan air dalam periuk kukus,kukus ayam sehingga masak.Lebih kurang 20-30 minit.Matikan api,angkat ayam tersebut untuk proses membakar. - 6
Masukkan ayam yang telah dikukus tadi kedalam air fryer bakar sekitar 30 minit suhu 180°c -200°c.
Sambil2 membakar tuangkan sedikit sos ayam percik dan alih2kan ayam biar masak sekata.Nota : Cara bakar ikut pilihan masing2.nak bakar dalam air fryer,oven,magic pan,atau guna arang pun boleh.👍😋
**Rumah tingkat macam ummi xdapatlah nak bakar guna arang🤭 - 7
Bila dah masak angkat dan hidangkan.Memang terangkat ayam percik merecikkkk ni dijadikan hidangan berbuka puasa.Menu pilhan ummi No 1 dibulan Ramadhan 👍😋
- 8
Ummi kongsikan juga disini resepi prep ikan bakar frozen untuk stok bulan puasa.Takdelah lama nak terperuk kat dapur untuk sediakan juadah berbuka yea.
Resipi Pautan
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Kari Ikan Rumahan Kari Ikan Rumahan
🍽626🍽👩🍳61/2023👩🍳#RamadanBattle#TeamBerbuka#Ramadhan1444hAlhamdulillah dlm kegawatan masalah air pun sempat juga sediakan kari ikan rumahan untuk iftar di hari pertama ramadhan.Terajin nak buat pes rempah kari sendiri taknak guna yg siap dikedai.Semoga Allah permudahkan hari2 mendatang untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna..insyaallah.Nota : Ikan Rumahan /ikan temenung borekInspirasi Resepi daripada tiktoker @Pelbagai Resepi Mayah Q'leenalee's Kitchen -
Pes Ayam / Ikan Bakar Pes Ayam / Ikan Bakar
Meal/Food Prep and Hack[Misi 3 CookRace ]Tak lama dah Ramadhan menjelang tiba. Persediaan utama Ummi adalah pes untuk ayam @ ikan bakar . Sebab ummi dan Babah rizqi kalau bulan ramadhan sangat bernafsu dengan ayam bakar, ikan bakar.Ummi rasa susah hati sebenarnya bila ramadhan dah makin hampir. Bukan sebab nak berpuasa tapi ummi berfikir macamna nak atasi masalah air dicatu di bulan puasa ni. Masuk je petang kita dah nak beraksi memasak didapur. Nak buat itu ini untuk juadah berbuka puasa tapi sebelom 6 ptg air masih dimatikan. Jam 6 ptg baru dikasi jalan air. Disabah ni jam 6.15 dah nak berbuka puasa.Biasalah kan bila kita memasak mesti banyak nak guna air. Rasa tak puas bila mencuci dan memasak dgn air tadahan sahaja.Bagus juga ada challenge ni di cp. Ummi terus menyediakan pes2 yang ummi suka untuk memudahkan kerja di bulan puasa. Sedikit sebanyak ia sangat memudahkan kerja dan menjimatkan masa serta jimatkan penggunaan air dibulan puasa nanti.Pes ini sesuai untuk kegunaan pada ayam, ikan, sotong dan daging juga. Q'leenalee's Kitchen -
Sup Urat Keting @ Tendon Sup Urat Keting @ Tendon
🍽635🍽👩🍳71/2023👩🍳Part Urat Keting / tendon memang kegemaran ummi.Jika nak makan sup ummi tak suka sup yang 100% daging.Kalau duduk makan diluar pun ummi akan oder sup urat + perut.Dalam kajian pun part urat keting mengandungi kolagen yang tinggi.Baik untuk kulit ,tulang dan otot kita.Boleh awets muda ni kan...🤭Ummi ternampak resepi dari sahabat @kamarullah yang menyediakan sup urat keting/tendon.Nampak sangat menyelerakan.Terinspirasi terus #Cooksnap . Seperti biasa ummi ada penambahan bahan mengikut citarasa dan apa yang ada di dapur.Untuk lebih rasa sup ummi guna pes sup yang ummi prep sebelum ramadhan aritu.memang sempoi sup urat ni nak habaq..👍😋@KakLat ajom join#CookEveryPart#HaiwanDaratan Q'leenalee's Kitchen -
Pes Sup @ Perencah Sup Homemade Pes Sup @ Perencah Sup Homemade
🍽623🍽👩🍳58/2023👩🍳PES Battle #PersiapanRamadanKerja memasak lebih mudah dan cepat dengan adanya pes / perencah sup homemade.Bulan Ramadhan sup juga pilihan yang sesuai untuk menu berbuka.Kegemaran ummi dan babahnya rizqi adalah sup ala Thai.Senang kerja ummi nanti di bulan puasa kalau nak masak sup campurkan sahaja ayam atau daging/ Tulang etc dengan perencah sup,masukkan air dan sayur pilihan tambah perasa,dah siap.👍#TeamPes#PersiapanRamadhan#PesSup Q'leenalee's Kitchen -
Masak Lemak Ayam Berempah & Labu Siam Masak Lemak Ayam Berempah & Labu Siam
👩🍳666👩🍳🍽103/2023🍽#GoldenApron23#Week12#LabuSiamLabu siam dipanggil Timun Jepung,timun KK atau timun duri di sabah.Sangat mudah didapati di sabah.Kebiasaannya ummi masak labu siam ini dicincang lalu ditumis sahaja dengan udang kering atau bilis ataupun telur.Tapi harini ummi menggunakan labu siam digandingkan dengan ayam buat masak lemak berempah.Tak sangka memang tersangat2 sedap.. Q'leenalee's Kitchen -
Bawang Goreng Rangup Bawang Goreng Rangup
🍽622🍽👩🍳57/2023👩🍳PES Battle #PersiapanRamadanMasak sendiri lebih sedap 👍.Simpan stok senang nak makan sup tabur je..Rizqi siap meratah lagi...manis katanya..😋😋👍#PersiapanRamadhan#TeamDLL#BawangGoreng Q'leenalee's Kitchen -
Sambal Pencicah Membuka selera Sambal Pencicah Membuka selera
🍽624🍽👩🍳59/2023👩🍳PES Battle #PersiapanRamadanSambal pencicah ini ummi buatkan sesiap untuk prep Ramadhan nanti.Kita selalu fokus pada menu berbuka je kan.Tetapi menu bersahur ni sebenarnya sangat ringkas.Yang penting ia membantu membuka selera untuk kita menikmati juadah bersahur.Yelah kalau waktu berbuka kita dah makan makanan yang berkuah tetapi waktu bersahur memang tertutup selera untuk kita makan menu yang sama.Bersahur lebih sesuai Nasi panas,ayam goreng atau telur goreng letak sedikit sambal pencicah👍😋Namun mesti kena ingat dalam bulan puasa kita jangan terlampau makan makanan yang terlalu pedas.ini tidak bagus untuk perut kita.Ummi dah terbiasa kalau buatkan apa saja resepi yang menggunakan banyak cili,ummi akan buangkan semua biji2 cili sebelum dimasak.Ini kerana biji cili yg terlalu banyak tidak bagus untuk perut dan penghadaman.Lebih2 lagi di bulan ramadhan.Sambal ini Selain rasa pedas yang just nice je ia lebih selamat dan perut tidak meragam semasa kita menjalankan ibadah puasa kita seharian.Insyaallah.Anak ummi rizqi pun boleh tumpang makan sekali sebab tak terlalu pedas.👍😋Satu lagi ummi suka letakkan buah keras dalam masakan kerana fungsi buah keras selain menaikkan rasa lemak dalam masakan ia juga baik untuk kesihatan jantung,kaya dengan vitamin A,B,C & E serta banyak lagi.Prepairation : 1 jam 30 minit#TeamPes#PersiapaRamadhan#SambalCicah Q'leenalee's Kitchen -
Ayam percik Ayam percik
#goldenapron2020#bazarramadhansiapa yang tidak terliur...bila bau dia menerjah hidung...belum lagi melihatnya..kita sudah tahu apakah ia...sering dicari- cari saat ke pasar malam...nikmatnya...rindu dengan ayam percik xaman kanak-kanak... ayam di kapit dengan buluh mahupun pelepah kelapa ...marilah realisasikannya.... 0h Hana !! -
Kerabu Kaki Ayam Ala Thai Kerabu Kaki Ayam Ala Thai
🍽634🍽👩🍳70/2023👩🍳No 1 la kalau kaki ayam ni.Kebiasaanya ummi akan buat sup Fav Ala Thai lah.Untuk kali ini ummi first time buat kerabu kaki ayam.Teramat sedap rupanya kerabu kaki ayam ni .Ummi #Cooksnap dari resepi asal @dapurfaafeefoo .Cuma untuk kerabu kaki ayam ni ummi buat citarasa ala thai dan tambah bahan2 lain lagi dalam resepi.Proses keluarkan tulang kaki ayam juga first time ummi lakukan.boleh tahan susah juga.Tengok orang buat macam senang je...Jom kita cek resepi dibawah👇Nak seru MinIta @Rozita lah ..jom kita #CookEveryPart #HaiwanDaratanPrepairation : 2-3 jam start dari mencuci hingga siap. Q'leenalee's Kitchen -
Spageti Goreng (sesuai untuk anak kecil) Spageti Goreng (sesuai untuk anak kecil)
🍽599🍽👩🍳33/2023👩🍳Cookbook Meal Plan Challenge!Resepi pasta anak ummi rizqi tak pernah menolak.Alhamdulillah berselera dia makan.Dalam resepi ummi tambah sedikit pes cili (gerenti tak pedas)yang ummi blend sendiri dari cili kering montok yang langsung tak pedas sesuai untuk anak2 kita nak makan.Inspirasi resepi : @cook_mamaadmaya Q'leenalee's Kitchen -
Ikan Pekasam Goreng Ikan Pekasam Goreng
🍽627🍽👩🍳62/2023👩🍳#RamadanBattle#TeamBerbuka#TeamSahur#Ramadhan1444hTahun nibsangat ringkas menu bersahur dan berbuka ummi sekeluarga.Ikan pekasam goreng pembuka selera ketika berbuka dan bersahur.Pekasam ni adalah ikan gelama yang ummi buat sebelum puasa aritu.Sedap sangat .👍😋 Q'leenalee's Kitchen -
Ayam Percik #phopbylinimohd Ayam Percik #phopbylinimohd
Ayam percik menu kegemaran rakyat malaysia dibulan ramadhan rose hassan
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen (2)