Gambar Masak asam ikan pari

Masak asam ikan pari

Adibah Ramlee
Adibah Ramlee @ahr25

Masak asam ini ada pelbagai cara bergantung pada negeri.. paling popolar adalah masak asam melaka dan masak asam johor.. bahan asas sama yg membezakannya adalah jenis belacan yang digunakan dan beberapa jenis daun yang ditambah utk menyedapkan lagi rasa kuah dan aroma masakan tersebut.

Masak asam ikan pari

1 orang bercadang membuatnya

Masak asam ini ada pelbagai cara bergantung pada negeri.. paling popolar adalah masak asam melaka dan masak asam johor.. bahan asas sama yg membezakannya adalah jenis belacan yang digunakan dan beberapa jenis daun yang ditambah utk menyedapkan lagi rasa kuah dan aroma masakan tersebut.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Ikan pari
  2. Bendi
  3. 2 batangserai - diketuk shj
  4. Duan kesum
  5. Air asam jawa
  6. 2 batangCili merah**
  7. 3 batangcili padi**
  8. 3 suducili blander / sedikit cili kering (rebus dahulu)**
  9. 5 bijibawang kecil**
  10. 3 ulasbawang putih**
  11. 1 incikunyit hidup**

Cara Memasak

  1. 1

    Blander bahan bertanda ** panaskan minyak masukkan serai & tumis bahan blander hingga pecah minyak.. gunakan air dari blander krn masih ada lebihan bahan blander tdi.. biarkan pecah minyak masukkan air… biar bahan tadi garing dan pech minyak lagi utk kali ke dua.. - bagi memastikan cili masak dengan sepenuhnya..

  2. 2

    Bila da pecah minyak kali ke 2 tadi, masukkan ikan dan tambah air asam jawa.. biarkan mendidih.. perasakan dengan garam & gula.. masukkan bendi & daun kesum… biar mendidih …siap…

  3. 3

    Masak asam ikan pari ini sedap dimakan bersama telur masin ataupun ikan kering & ulam timun… utk merasa pengalaman lebih sedap biarkan masak asam ikan pari semalaman, esok makan dengan nasi panas … (ikan dengan kuah dah semakin sebati & pekat) selamat mencuba

  4. 4

    Utk cili - jumlah cili yang diberi adalah cadangan kerana jumlah cili digunakan mengikut selera dan citarasa masing2 klu suka pedas blh lbhkan klu tak suka pedas boleh kurangkan cili padi

  5. 5

    Pemilihan cili kering adalah penting kerana kalau pilih cili yg pedas pastikan kurangkan penggunaanya utk blander

  6. 6

    Begitu juga dengan pemilihan belacan. Bagi saya belacan melaka adalah yg paling sesuai utk masakan masak asam melaka & johor

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Adibah Ramlee
pada

Komen

Resipi Sepertinya