Cara Memasak
- 1
Lumur dan gaul rata ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan separuh masak dan tos minyak.
- 2
Menggunakan kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan tumiskan serai sehingga naik bau.
- 3
Kemudian masukkan pula daun kari. Gunakan api sederhana. Tumis sehingga naik bau.
- 4
Seterusnya masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
- 5
Kemudian masukkan pula kicap, gula, garam dan ajinamoto secukup rasa.
Masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. - 6
Boleh tambah sedikit air jika sambal terlalu kering. Akhir sekali masukkan bawang dan cili yang dihiris.
Dah sebati boleh la diangkat dan dihidang bersama nasi panas. - 7
Sedia dihidang.
Resipi Sepertinya
-
Ayam masak Bali Ayam masak Bali
Siang tadi Aznie masak Ayam Masak Bali, dah lama tak buat ni. Anak-anak memang suka makan. Selalu kalau masak mesti diorang meratah. Kali ni Aznie follow resepi dari @byRaihanaHuda , serius sedap. Terima kasih resepinya. Memang #wajibcooksnap Aznie Khasri -
Ayam Masak Bali Ayam Masak Bali
Resipi dari kak @Sirap_CheeseCuma saya derhaka sikit, pandai-pandai letak serbuk kari. Kikiki... Alang-alang dah ada daun kari dalam masakan tu, so saya tambah lah sikit serbuk kari. Saya tak letak belacan, sebab tak ada belacan. Tapi jadi juga.Sedap alhamdulillah, kebetulan cik abg balik sini, sekali makan bertambah 3 kali. Lauk ni jadi untuk sekali makan je 😆😆 Maklum lah, kalau kat sana, dia makan kat kedai makan je. Tak puas macam makan kat rumah katanya 🤭 Noor Atika Mahamood -
Ayam Sambal Bali Ayam Sambal Bali
#goldenapron2020Ayam sambal bali ni lebih kurang macam ayam masak merah. Cuma yang ni lagi super duper sedap (confident🤣) sebab banyak gunakan serai dan daun kari. Rasanya pun ada macam kari² sikit. Makan ratah macam tu pun sedap😂 RH Kitchens -
Ayam Masak Bali Ayam Masak Bali
Resipi dalam draf juga.Cooksnap daripada adik @ThahWatermelon85. Saya sengaja buat berkuah sedikit kerana suami dan anak-anak suka yang berkuah. Dapur Yusfarisyia -
Ayam Masak Bali Ayam Masak Bali
64/2022/RoadtoWorldRecipes/1182Resipi ni inspirasi daripada @Mrs_Watermelon85 🥰. Macam biasalah nak masak tapi tak de ideanya. Buat carian di Cookpad maka jumpalah resipi yang lazat ni😋. Alhamdulillah menepati selera. Recommend sangat untuk Cookpaders lain cuba yer 😘❤️ Salina Jalaludin -
Ayam masak bali Ayam masak bali
Resepi asal Aisha SyukorKegemaran keluarga saya terutama anak².. Merpati Putih -
-
Ayam Masak Bali Ayam Masak Bali
Fav anak-anak. Buat ni makan dengan nasi hujan panas. Tapi nasinya tak dan nak snap😁. Jadi lah ambik gambar lauk je. Ratah sedap ni😋 Aznie Khasri -
Ayam masak bali Ayam masak bali
Ayam masak bali biasa kita makan dengan nasi tumis serai..tapi hari ni kita makan dengan nasi putih je..sedap juga,nak buat dia pun tak susah..bahan² pun simple je ZuitaAisyah -
Ayam Masak Bali Ayam Masak Bali
Masakan ni kurang pedas. Sesuai utk semua terutama sekali anak-anak ❤️. Florina Matius Amin
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/16913718
Komen (5)