Asam Pedas (No Belacan)

No Belacan sebab saya lupa nak boh pastu adik saya pun jenis tak suka bau dengan makan belacan. Jadi kakak dia pun ape lagi, kita repair lah sikit bagi kena tekak dia 🥹🥹
Asam Pedas (No Belacan)
No Belacan sebab saya lupa nak boh pastu adik saya pun jenis tak suka bau dengan makan belacan. Jadi kakak dia pun ape lagi, kita repair lah sikit bagi kena tekak dia 🥹🥹
Cara Memasak
- 1
Bahan blend:
1. Bawang merah (2-3 biji ikut besar)
2. Cili kering/cili giling (agak2 banyak mana lauk anda tu)
*blend sampai lumat* - 2
Isi minyak dalam kuali/periuk
- Bahan blend tadi tu anda tumis lah sampai garing (agak2 naik minyak, anda letak air dalam secawan/satu setengah cawan macam tu, ulang step dalam 3 kali) (Kalau guna daging, ko boleh je guna air rebusan daging tu dok ulang2) - 3
Lepas tengok cili tu dah garing sikit, letakkan asam jawa (saya guna paste adabi tu je) dalam suku/setengah camca biasa tu lah lebih kurang (suka masam, letak lebih tau). Masukkan juga sedikit serbuk kunyit bagi naikkan warna asam pedas tu nanti ✌️
- 4
Gaul sebati, agak2 mendidih bolehlah letak bunga kantan dengan daun kesum, masak sampai nampak buih2 mendidih tu ha
- 5
Letak air agak2 terendam lauk ikan/daging (bagi empuk baik punya)
- 6
Jangan lupa letak garam/gula/aji/serbuk perasa (ikut tekak sendiri sukatan banyak mana)
- 7
Bila dah start mendidih, letaklah bendi (saya suka letak bendi tu dah nak hujung sebab bagi ada rasa crunchy, kriuk kriuk)
- 8
Mendidih elok punya, apa lagi tutup api lah tau 😁😁
(Kalau rasa anda terlebih buat paste tu nanti, jangan risau paste lebih tu simpan dalam peti ais tau. Boleh buat masak asam pedas lain pulak 🤭)
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Asam Pedas Ayam Asam Pedas Ayam
Disebabkan almarhumah Mak berasal dari Johor, kita buat resipi Johor sambil mengenang masakan Mak. Mak suka masak simple. Ye lah anak-anak ramai. Kalau masak nasi biryani kang anak-anak bising lapar pulak lama kena tunggu hehehehe.Seumur hidup saya, saya jarang tolong Mak kat dapur. Sebab Mak kata kalau buat kerja seorang lebih cepat. Sementara Mak memasak, saya tolong tengokkan adik-adik, sampai bergaduh hahahaha.Asam jawa (1 point)Ayam (1 point)Belacan (1 point)Bunga kantan (2 point)Terung (1 point)Serai6 points#GlobalApron2024 #challenge15 #hometownfave Nihadriz Niha -
Sambal Belacan Wok Sambal Belacan Wok
Sambal belacan ni Alin buh nama wok..sebab Wok tu adalah panggilan untuk anak manja (perempuan) kebiasaannya adalah anak bongsu..Wok ni adalah panggilan nama untuk adik ipar Alin yang bongsu..Kebiasaannya bila balik kampung,ramai ipar dan biras biras akan request sambal belacan ni..Kelihatan macam sambal belacan macam orang lain jugak..tapi mungkin air tangan tu yang tak dapat tanding..Sungguh pun begitu..Alin tunjukkan jugalah cara dia buat sambal belacan tu..Bagi Alin.. penggunaan jenis belacan pun memainkan peranan penting..ianya dapat mempengaruhi rasa sambal tu juga..Macam adik ipar..Alin tengok dia suka pakai belacan dari utara tanah air.. tak akui..memang umphhh..dan tak gatal hidung ..Alin dah lupa brand apa..nanti bila dah tahu..Alin edit balik resepi..atau kongsikan pada menu lain.. FZ Adzlin -
Asam pedas jenahak Asam pedas jenahak
setelah byk kali buat asam pedas dgn pelbagai version dan lain-lain ramuan, yg ini je kena dgn tekak. nak buat pari pun ok gak.. Arep D Roger -
Asam Rebus Ikan Kembung Selatan Fy Asam Rebus Ikan Kembung Selatan Fy
Asam rebus selatan ni lebih kurang Asam pedas utara.Asam rebus dia tidak tumis,semua bahan lebur je..Lebur tu maksudnya direbus sahaja.Buatnya mudah dan Ringkas tapi rasanya tersangatlah sedap dan buat kita makan bertambah tambah.Yang ni saya masakkan untuk kakak jiran sebelum dia meninggal.Arwah teringin sangat nak makan asam rebus saya.Dia kata,asam rebus orang dan dia sendiri tak sama macam saya buat.Al Fatihah untuk kakak jiran saya.Arwah meninggal sebab Kanser. Dunia Hanya Sementara Fy -
Ayam Popcorn Ayam Popcorn
Kegemaran anak bongsu 😇. Bagi jadi jugaklah kalau dah hari2 nak makan yg ni ja 🥹. Ain Mohd Kitchen -
Asam Pedas Ticer Lini Asam Pedas Ticer Lini
52/2022/RoadtoWorldRecipes/1170Resipi asam pedas ni dikongsi oleh Ticer Lini Mohd, Cikgu Phop hakak. Resipi ni dah lama dah ticer bagi dalam group, tapi baru berkesempatan untuk mencubanya ☺️.Ni pun gara-gara mak hakak yang suruh masak asam pedas. Jadi hakak pun masak ler, disebabkan takmo masak asam pedas yang biasa masak tu, Tu hakak cuba resipi Ticer Lini ni. Ticer ni keluarganya asal Melaka. Jadi pastinya resipi asam pedas yang diajar olehnya memang kaw tau😋..Menghirup kuah tanpa henti gituu🤭Alhamdulillah, Mak hakak pun suka, bertambah makan nasi. Sambil dok kata pedas sungguh asam pedas ni, tapi rasa macam tak puas makan tu. Rasa macam nak makan lagi, nak lagi. Sedap sungguh letuu dalam bahasa mudahnya haaaaa 🥰. Buat peminat asam pedas, korang boleh cuba yer😌 Salina Jalaludin -
Asam Pedas Ikan Tenggiri Sempoi Asam Pedas Ikan Tenggiri Sempoi
#jekferlailer4eva#goldenapron2020Simple je resepi ini. Cuba lah kalau nak memikat jekfer ... 😉 resepi ni sempoi tak boh daun kesum pun... MaRulez Arif -
Asam pedas Asam pedas
Sape masak asam pedas letak rempah kari dan susu cair???Saya olah resepi asal mengikut selera saya. Jangan risau, asam pedas ni tak akan jadi kari ya sebab rempah kari dan susu cair tu saya letak sesudu dua je, just nice😘😘Apa salahnya kita olah resepi sedia ada, asalkan tak mengubah rasa dia.Di sini saya lampirkan resepi asam pedas cara saya ye. Harap bermanfaat😘😘 Zara Latif -
Asam Pedas Melaka Asam Pedas Melaka
Masak ape warna merah..??haaa..ni la dia merah dia..Asam pedas melaka merah menyala😋😋,menu kegemaran kami sekeluarga,sentiasa tak cukup kalau buat ni😁 ZuitaAisyah -
-
Asam pedas ikan pari tanpa belacan Asam pedas ikan pari tanpa belacan
#goldenapron2020#minggu11Ikan pari selalunya sedap dimasak asam pedas atau dibakar dan cicah air asam. Tapi oleh kerana tekak terliur asam pedas ala johor, harini kita masak tapi versi takde belacan. Belacan kami sekeluarga mmg alergik. Bersin susah berhenti..haha.Yang bestnya letak bendi banyak2..sedap Liana Nick
Lebih Banyak Resipi
Komen