Taugeh Kucai Goreng Kicap

#MenuRahmahDiRumah Uchu
1411/2023
Taugeh (50 sen),
Ikan lolong (Rm8/1 kg = 9 ekor) guna 3 ekor = Rm 2.70
Bahan2 memasak lain (bawang, kicap, etc) = rm 1.50
Anggaran : rm 5 /sekeluarga (4 orang). Bukan untuk sorang2 tau.
Boleh lah tambah lagi dengan menu berlauk yg lain..ayam goreng ke, ayam masak merah ke..kari ayam ke..Insyaallah masih dalam bajet RM 5 seorang.
Cili, ulam-ulam dan daun kucai: free (tanam sendiri, petik dari pasu je) .
Ini cara Uchu berjimat cermat..mungkin nampak tak besar sangat impak dalam perbelanjaan, tapi sebenarnya semuanya menampung antara satu sama lain. Semua pun jadi harga kayangan kalau kat pasar lebih2 lagi musim perayaan kan? Sayuran, ulam-ulaman dan bahan memasak seperti kesum, daun sup, daun kunyit, daun selasih, daun kari, daun limau purut, daun pandan, limau kasturi dan lain2 tanaman pasu yg ada di rumah Uchu sangat membantu Uchu..takdelah sampai segalanya kena harap daripada pembelian..
Selain tu, bila tanam sendiri ni lebih jimat masa bila tau? Haaaa..jimat dari beli mende mengarut yg tak sepatutnya bila ke kedai/pasar. Contohnya, singgah kedai runcit niat cuma nak beli 4-5 limau nipis je..tapi alih2 tah ape2 lagi maknya duk angkut masuk bakul, tu belum anak2 duk beli eskrem lah, cekelat lah..betul tak MinIta @Rozita , @Sirap_Cheese , @salina_jalaludin ?🤣🤣🤣
Cara Memasak
- 1
Tumis bawang putih, bawang merah dan cili sehingga kekuningan..
(cili dan tomato pun tanam dalam pasu jugak tau..)
- 2
Masukkan daun kucai. Uchu masuk daun kucai awal sebab kucai yg uchu tanam sendiri ni jenis keras sikit. Susah layu bila dimasak.
- 3
Masukkan taugeh dan kicap. Kacau rata. Siap..
- 4
Sediakan ikan lolong bakar, sambal budu dan ulam-ulaman…(boleh tengok bideo ulam2 yg Uchu tanam dalam link)
Carian Teratas bagi
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Taugeh Kucai Goreng Kicap Taugeh Kucai Goreng Kicap
#SixForSixth#AnniversaryMonth#6BahanSempena Anniversary Month Cookpad Malaysia, saya masak simple2 je janji sedap..hanya 6 bahan..begitu mudah & cepat di masak.. Suami hantu tauge..laju dia makan..hihiii..Cooksnap resepi dari Sesimple Loralin @Uchu Nor Al Fatihah -
Kangkung Goreng Kicap Kangkung Goreng Kicap
129/2024 (1674/2K)Alhamdulillah..memang amat jarang Uchu beli kangkung sebab yang tanam sendiri dalam pasu pun sudah cukup untuk kami anak beranak. Nampak je daunnya elok, Uchu akan petik. Sekejap je tumbuh lagi pucuk dan daun baru..alhamdulillah.. Sesimple Loralin -
Kuey Teow Goreng Kuey Teow Goreng
My fevret kuey teow goreng.Lagi lagi kucai lebih.Petik kucai gemok fresh kat kebun kak ipar.Dulu arwah nenek suka tanam.Bila nak makan, ambil fresh dalam pasu.Lain rasanya kucai tanam sendiri dgn beli.Buat ulam pun sedap.Sape geng suka kucai 👍🏼#goldenapron2020#dapurfaafeefoo Kakak Faa -
Taugeh Goreng Ikan Masin Taugeh Goreng Ikan Masin
Uchu suka je makan taugeh..cuma bab nak buang ‘ekor’ dia tu, ada sikiiiit malas😅#goldenapron2020#cookpadmalaysia Sesimple Loralin -
Kuetiau Goreng Malas Sambal Kerang Adabi Kuetiau Goreng Malas Sambal Kerang Adabi
139/2024 (1684/2K)Global Apron Challenge 11: One - Pot Meal#GlobalApron2024Sejak cooksnap cara Salina apply sambal kerang tin Adabi dalam masakan, Uchu pun apply jugak lah bila nak cepat. 2-3 tin at least Uchu akan buat stok jarang-jarang dalam almari dapur. Bila emergency atau nak cepat atau takde mood nak masak, camni je lah. Harini ni nak selamat kuetiau yang Uchu rasa dah lama jugak dia duk dalam peti sejuk. Malas masak, tapi kesian kat kuetiau punya pasal, sebbaek ada sambal kerang dalam tin untuk digabungkan dalam kemalasan..😆 Sesimple Loralin -
Taugeh Kucai Masak Sos Tiram Taugeh Kucai Masak Sos Tiram
218/2022/RoadtoWorldRecipes/1336Resipi sayur taugeh dan daun kucai yang super simple. Rasa sos tiram tumis tu beri rasa sedap pada hasil gorengan. Sedap 🤭😋 Salina Jalaludin -
Sayur Taugeh Kucai Sayur Taugeh Kucai
#phopxcookpad2020Ni kira sayur level orang malas😂 asalkan wajib ada sayur setiap kali makan. Ni makan macam tu tak ada nasi pun ok dah.#masakcarahanaa RH Kitchens -
Daun Selom Goreng Telur Daun Selom Goreng Telur
#CookEveryPart3Jarang dengar orang goreng daun selom kan? Tapi itulah Uchu buat sebagai gantian kepada sayuran lain. Daun selom ni bila digoreng, rasanya sedikit sebanyak hampir sama dengan rasa pucuk paku hijau.Uchu ada tanam daun selom. Asalnya lama dulu pernah beli secekak daun selom, kemudian simpan batangnya agak tua ,rendam air sampai sehingga menutupi beberapa ruasnya biarkan sampai tumbuh akar. Cucuk dalam pasu. Alhamdulillah naik elok. Setiap kali bila ambil daun selom, Uchu akan simpan batangnya yang tua ulang proses yang sama. Alhamdulillah sampai sekarang tak pernah putus pokok selom bertumbuh dalam pasu.Daun selom selain dijadikan ulam, boleh juga dijadikan kerabu, digoreng atau dimasak sayur air bersama keledek dan cendawan. Nak goreng dengan cendawan tiram pun sedap. Sesimple Loralin -
Menu Rahmah (ayam masak kicap, tempe dan ulam raja) Menu Rahmah (ayam masak kicap, tempe dan ulam raja)
Yang ni ayam masak kicap cara lain plk… cara masak kicap pun ada pelbagai variasi … kita tukar2 lah selaluHari ni ayam dah naik harga sekilo rm9 😩Ayam rm36Lain2 rm 10Ulam raja rm2Tempe rm 4Beras rm 4.8Total rm56.80 0h Hana !! -
Cucur Taugeh Pedas Merdeka Cucur Taugeh Pedas Merdeka
Merdeka bukan lah sebab bulan kemerdekaan . ‘Merdeka’ adalah laungan anak-anak buah Uchu setelah selesai membuang akar taugeh yang berwarna kecoklatan tu!🤣🤣 hahaha Uchu sejenis takleh nengok mende tu. Nak masak ape pun kena buang mende tu. Sebab tu jarang sangat beli taugeh. Kebetulan ada 2 orang anak saudara Uchu si Hana dan Nia bermalam kat rumah masa cuti sekolah aritu. Apa lagi..terus kena dera cabut akar taugeh!! ‘Sikit’ je..satu besen je..🤣🤣🤣🤣 sebab taugeh ni sebenarnya nak standby sebagai bahan pelengkap mee sup vietnam. Lebihnya baru dijadikan cekodok ni.Resepi Inspirasi dari @salina_jalaludin . Sesimple Loralin -
Telur Kicap Yang Pernah Viral Telur Kicap Yang Pernah Viral
Orang lain sibuk Donut RV seperti yg tgh viral..Uchu baru nak buat yang pernah viral ni..hahaha 🤣 ketinggalan 🚆 betul la kan..Cc:@dapo_cikstrawberry Sesimple Loralin -
Taugeh goreng kicap Taugeh goreng kicap
Siapa suka makan sayur ni?Banyak khasiat, siapa tengah diet elok makan.Sayur taugeh mengandungi enzim, protein , serat , vitamin dan antioksida .Banyak khasiatnya tapi ramai yang tak suka taugeh. Mulai sekarang mulalah belajar makan taugeh.Tak rugi pun. Ziana Chesaad
Komen (2)