Ketam Buttermilk Telur Masin

Sesimple Loralin @Uchu
1462/2023
Siang tadi dah masak ketam masak merah. Saje je tinggalkan 2 ekor ketam untuk malam. Ingatkan nak masak maggi ketam. Tapi sayang pulak tengok nasi dalam periuk masih ada dan sayur tempoyak daun kayu tengahari tadi ada sikit lagi. Alhamdulillah, walaupun 2 ekor je, cukup dah makan 4 orang bila dah potong kecik2.
Cara Memasak
- 1
Celup/salut ketam dalam tepung jagung.
Panaskan minyak dan goreng beberapa minit kedua-dua belah.
Angkat toskan. Bersihkan kualiz
- 2
Panaskan butter. Tumis daun kari, bawang putih dan cili sehingga harum. Tambahkan sedikit air.
- 3
Masukkan serbuk telur masin, susu sejat/susu full cream, kiub ayam/tumix chicken stock, garam dan gula. Tambah sedikit air mengikut keperluan.
- 4
Masukkan ketam goreng. Kacau rata. Siap..
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Ketam Tomyam Buttermilk Ketam Tomyam Buttermilk
109/2025 (2096/2500)#CookpadApron2025COOKPAD MAGIC CART WEEK 11 : ketam, halia, cili, kunyitAlhamdulillah..baru je masak buttermilk, harini repeat buttermilk lagi tapi hero ketam pulak. Kebetulan sungguh tanpa diminta-minta dan tercari2, husben beli ketam bawak balik. Dalam hati berbunga2 sebab teringat ketam salah satu bahan untuk magic cart minggu ni. Sebenarnya satu2nya bahan yang lekat dalam kepala ialah ketam, bahan lain tu langsung tak ingat. Masa masak pun, tak teringat nak check dengan bahan lain dalam cart, sebab memang anak nak makan buttermilk ketam manakala suami dan MIL seperti biasa nak makan ketam masak merah.Snap satu gamba lebih kurang sebab dah lapar, MIL pulak dah siap sedia kat meja makan..hehe. Alhamdulillah..minggu ni bahan magic cart mudah, dan senang kena dengan semua masakan harian.. Sesimple Loralin -
Ayam Buttermilk Telur Masin (Versi Mudah & Cepat) Ayam Buttermilk Telur Masin (Versi Mudah & Cepat)
Sebenarnya nak order food delivery je untuk 2 orang anak yang nak balik sekolah, tapi bila nengok charge penghantaran lagi mahal daripada harga makanan yg nak di order, terus gi bukak freezer tgk apa yang boleh dimasak dengan pantas. Ada kepak ayam bersalut tepung cap Ramly, tengok dalam gerobok ada serbuk telur masin, tengok pokok kari dalam pasu pun lawa daunnya..tayah tunggu2 lah. Terus standby je lah kuali atas dapur. Sesimple Loralin -
Ketam Mentega Telur Masin Ketam Mentega Telur Masin
#bazaarramadan #minggu1Walaupun dalam PKP, stok lauk basah di kota bharu ni memang mudah nak dapat. Hanya order delivery sampai depan pintu. Lauk ketam memang jarang hakak masak. Kalini anak minta nak makan ketam sebab macam dah lama tak makan kan... jadi menu kita kalini ketam mentega telur masin.Jom tengok resepi mudah hakak. Hanya guna serbuk salted egg (telur masin). Liana Nick -
Ketam Telur Masin Berkuah Ketam Telur Masin Berkuah
#goldenapron2020#minggu14#cookpadmalaysiaMasakan Ketam ini selalu sedap masak lemak tapi rasa dah boring dengan masakan lemak so kita tukar menu..tegok dalam peti ais ada serbuk Telur Masin n rencah² semua cukup untuk masak so terjadilah masak Ketam Telur Masin Berkuah..semua anak² semua suka kalau masak ada yang berkuah😍😋jom cuba resepi yang mudah ini☺ Jemilah Tukimin -
Ketam Telur Masin Ketam Telur Masin
#Ramadan2025Challenge2Pokwie dulu pernah kerja kedai ana ikan bakar.Pastu dia bawak balik ketam, dia request nak ketam telur masin.Tapi bukan versi dapurfaafeefoo, versi dia.Dia kata ni style kedai ana ikan bakar.Dia bagi resipi, faa masak je.Sedap rupanya..Alhamdulillah. Kakak Faa -
Ketam telur masin Ketam telur masin
#goldenapron2020#minggu34Encik suami pergi pasar,sudah tentulah ketam menjadi pilihan kerana makanan kegemaran dia.sebenarnya dia suka sangat makan ketam masak lemak.Tapi kali ni saya ubah selera dia dengan masak ketam masak telur masin.nasib dia makan tanpa banyak komen😀😅😅 Lily Suryani Mohd Ali -
Ketam Majerin Telur Masin || Salted Egg Crab Ketam Majerin Telur Masin || Salted Egg Crab
Assalamualaikum.. dah lama tak menulis resipi di Cookpad. Hari ini saya nak share resipi ketam telur masin atau ketam majerin telur masin. Biasa orang pakai butter, tapi saya pakai majerin.. sebab tu saya tukar nama menu jadi ketam majerin telur masin..tetap menjadi dan sedap!Saya menggunakan telur masin fresh berbanding serbuk telur masin instant yang sedia ada di pasaran. Ada sedikit perbezaan yang ketara kalau kita menggunakan kedua-dua bahan ini sebab serbuk telur masin instant warnakan lebih cair dan tak menarik. Saya lebih berminat menggunakan kuning telur masin fresh sebab warna lebih oren dan cantik. Terpulang pada diri masing2 mana lebih senang.Selamat mencuba! Jangan lupa cooksnap ya. Dapur Chef Husnil -
Ketam buttermilk Ketam buttermilk
Hari ni mamy masak ketam butter utk anak mkn..#goldenapron2020 MAMY NURUL -
Ketam Telur Masin Ketam Telur Masin
#goldenapron2020Hidangan yang sangat sedap dan mudah juga disediakan.Sekali rasa nak tambah lagi.Memang enjoy bila mkn ketam. Cg Zila Zoom -
Ketam Telur Masin Ketam Telur Masin
Apa lagi ahh jom ler masak sedap-sedap... al kisah telur masin rebus tak habis.. berbaki duk bawah tudung saji.. selamat dah buat masak ketam ni... WOW, sedap.. Tak rugi buat nanti lepas ni boleh repeat lagi. Paling syok menyeronokkan jilat sampai licin ..😆, siapa suruh masak sedap sangat ..😆#CookEveryPart1 Julia ALeen Aireish -
Megi Kari Ketam Megi Kari Ketam
#cookpadapron2025#week7COOKPAD MAGIC CART:REMPAH KARICILIAda ketam fresh pokwie bawak balik, ambik 2 ekor faa buat megi kari ketam. Lama dah teringin. Ketam pulak fresh penuh isi. Baru puas hati. Kakak Faa -
Ikan Kerapu Stim Limau Ikan Kerapu Stim Limau
1439/2023Ikan Uchu beli ni agak besar. Terpaksa kukus dalam kuali besar. Nak potong sayang..hehe. Rasa kuahnya, fuhhh..selegho! Sesimple Loralin
Lebih Banyak Resipi Pilihan
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/17133682
Komen