Kongsi

Ramuan

  1. 1 ekorayam (dipotong saiz sederhana)
  2. 2 kotakkecil santan KARA (65ml)
  3. 1 sudu besarkerisik
  4. 5 helaidaun kunyit (dihiris halus)
  5. 3 helaidaun limau purut (dihiris kasar)
  6. Secukupnyaminyak masak
  7. Secukup rasagaram
  8. 1/2 kepinggula melaka
  9. 2 sudu besarcili kisar (boleh lebihkan jika suka pedas)
  10. Bahan-bahan kisar:
  11. 8 bijibawang merah
  12. 2 incikunyit hidup
  13. 6 batangserai
  14. 2 incihalia
  15. 2 incilengkuas

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga terbit minyak dan masukkan gula melaka.

  2. 2

    Masukkan ayam, gaul rata, masukkan asam keping. Biarkan ayam hingga agak kecut dan keluarkan airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api sederhana sehingga pekat.

  3. 3

    Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan kerisik dan daun limau purut. Kacau rata.

  4. 4

    Akhir sekali baru masukkan daun kunyit. Kacau rata sekejap. Kemudian tutup api.

  5. 5

    Siap dan boleh dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Resipi Sepertinya