Ayam Goreng Ala Mekdi

Nia Niana
Nia Niana @Nianiana

Anak dan suami suka makan ayam goreng...nak beli selalu..memang banyak kos..kuantiti pon sikit..harga je mahal... So kita buat sendiri...bahan pon senang je..

Ayam Goreng Ala Mekdi

Anak dan suami suka makan ayam goreng...nak beli selalu..memang banyak kos..kuantiti pon sikit..harga je mahal... So kita buat sendiri...bahan pon senang je..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
1 keluarga
  1. Ayam seekor yang telah dipotong
  2. Bawang putih (lagi banyak lagi sedap)
  3. Serbuk cili babas (ikut sukatan nak pedas macam mana)
  4. 1 cawanTepung jagung
  5. 2 cawanTepung gandum/tepung bestari
  6. Garam
  7. Lada sulah
  8. 2-3 bijiTelur
  9. Serbuk perasa pasti sedap

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Basuh ayam sehingga bersih dan letak dalam satu bekas...gaulkan ayam dengan bawang putih yang DICINCANG HALUS..lagi banyak bawang putih lagi sedap..

  2. 2

    Dalam mangkuk lain.. buat bahan perapan iaitu tepung jagung, tepung gandum/bestari,serbuk perasa pasti sedap,lada sulah,garam dan serbuk cili(letak mengikut tahap kepedasan masing²)..gaul rata dan rasa sedikit supaya secukup rasa segala bahan...biar masin sikit tepung tu..

  3. 3

    Gaulkan ayam yang telah diletak bawang putih cincang bersama sedikit tepung perapan yg telah dibuat...gaul rata menutupi setiap ketul ayam.. perap selama 30 minit atau beberapa jam(lagi lama lagi sedap...saya perap seharian)

  4. 4

    Pecahkan telur dan pukul rata... Ambil ayam yg dah diperap dan gaulkan dengan telur sama rata dan golekkan pada tepung perapan yg masih berbaki..

  5. 5

    Panaskan kuali yg ade minyak yang banyak.. dan masukkan ayam bila minyak sudah panas... Masak dengan api perlahan...

  6. 6

    Setelah masak keseluruhan...boleh la dihidangkan dan di makan bersama sos atau nasi.. selamat mencuba..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nia Niana
Nia Niana @Nianiana
pada

Komen (14)

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Welcome to Cookpad 🫶🏻
Btw ayam tu nampak yummy sangat 😋

Resipi Sepertinya