🍁Punten Sambal Hijau

Master Jamal
Master Jamal @MasterJamal
Ulu Klang, Selangor

2/2024
Pertama kali mencuba buat Punten bagi mengisi masa di hari minggu. Selama ini hanya melihat resepi, tapi bila membuat dan merasainya, memang sedap dan mengenyangkan.

🍁Punten Sambal Hijau

8 orang bercadang membuatnya

2/2024
Pertama kali mencuba buat Punten bagi mengisi masa di hari minggu. Selama ini hanya melihat resepi, tapi bila membuat dan merasainya, memang sedap dan mengenyangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3 - 5 orang
  1. 1 cawanberas
  2. 3 cawanair
  3. 200 mlsantan kotak
  4. 1 skminyak masak
  5. Secubitgaram
  6. Sambal Hijau
  7. 3 bijicili hijau
  8. 7 bijicili api
  9. 3 bijibawang merah
  10. 3 ulasbawang putih
  11. Segenggamikan bilis
  12. 1 kepingasam keping
  13. Secukup rasagaram dan gula
  14. Minyak untuk menumis

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Cuci beras dan tanak nasi dengan air, santan, minyak masak dan garam.

  2. 2

    Apabila nasi telah masak, tunggu hingga sejuk seketika dan lenyekkan. Kemudian bentukkan samada lonjong atau bulat.

  3. 3

    Kisar cili hijau, cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis dengan 1/2 cawan air. Panaskan minyak untuk menumis dan tumis bahan kisar hingga masak. Tambahkan asam keping, perisa, gula dan garam.

  4. 4

    Siap untuk hidangan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Master Jamal
Master Jamal @MasterJamal
pada
Ulu Klang, Selangor
Suka menonton rancangan masakan di televisyen dan berkongsi cerita masakan bersama teman-teman.😊Jika ada kelapangan, akan ke pasar membeli bahan-bahan mentah dan mencuba resepi-resepi tersebut di dapur. Jika masakan itu sedap, akan berkongsi dengan yang lain. Jika tidak menjadi dan tidak sedap, akan makan sendiri saja.😆Cookpad telah menyediakan platform untuk berkongsi resepi ini kepada yang lain. Tentulah akan kongsikan resepi yang menjadi sahaja. 🤗
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya