Spagetthi Bolognese

7 orang bercadang membuatnya
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

Sesekali kita masak begini, melayan tekak dengan masakan western pun sedap.
Nak buat juga mudah sahaja.
Untuk 3-4 orang makan saya hanya masak 1/2 bahagian dari sebungkus spagetthi sahaja. Boleh gandakan untuk keperluan yang lebih banyak.

Bahan-bahan magic pantry:
pasta, mentega, keju, daging, cendawan, capsicum, black pepper, basil, paprika, olive oil

#GlobalApron2024

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 1/2 peketpasta spagetthi
  2. 1 tinsos pasta bolognese tomato mushroom
  3. 2 sudu makantomato puree
  4. 1 sudu makanitalian herbs
  5. 1 sudu makanoregano flakes
  6. 1 sudu makanpaprika
  7. 1/2 sudu makanbasil flakes
  8. 1/2 sudu makanchilli flakes
  9. 1/2 sudu tehserbuk black pepper
  10. 1/2 sudu tehserbuk perasa
  11. 1/2 sudu tehgula
  12. 1 sudu tehgaram halus
  13. 1 kiubpati lembu
  14. 50 grammentega
  15. 5 kepingkeju
  16. 200 gramdaging
  17. 5 batangsosej
  18. 15-20 bijibebola daging
  19. 1 tincendawan butang - potong kasar
  20. 1/2 bijicapsicum merah - potong kasar
  21. 1/2 bijicapsicum hijau - potong kasar
  22. 1/2 bijilobak merah - potong dadu
  23. 1 sudu makanolive oil
  24. 1.5 literair

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bahan disediakan seperti yang disenaraikan.
    Cuci bersih dan potong bahan mengikut kesesuaian.

  2. 2

    Didihkan air yang diletakkan sedikit garam terlebih dahulu hingga mendidih. Masukkan spagetthi dan biarkan lembut selama 5 minit @ mengikut cadangan masa yang ditulis pada packaging.
    Setelah cukup masak, angkat, toskan dan renjis dan ratakan dengan olive oil.

    Simpan sedikit air rebusannya untuk ditambah dalam kuah nanti.

  3. 3

    Untuk membuat kuahnya, panaskan pan yang sesuai dan masukkan mentega.
    Tumiskan bawang putih dan bawang holland sehingga terbit bau wangi.
    Masukkan daging kisar. Kacau-kacau sehingga daging kisar masak.

  4. 4

    Tambah sos spagetthi bolognese bersama tomato puree, bebola daging, sosej, cendawan dan lobak merah, juga kiub pati lembu.
    Masukkan secukupnya air dari rebusan pasta tadi, biarkan ia mereneh. Taburkan aneka herbs yang tersebut.
    Italian herbs, oregano, basil, paprika, serbuk black pepper dan chilli flakes.

  5. 5

    Akhir sekali, masukkan potong capsicum dan keju. Cukup rasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa, kacau rata dan matikan api.
    Sedia dihidangkan, jiruskan kuah di atas spaghetti pasta.

    Sekian olahan resepi dari Murni's LittleKitchenz.
    Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Resipi Sepertinya