Sardin Telur Pecah

14 orang bercadang membuatnya
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

Hidangan yang mudah disediakan. Rasanya lazat dan mampu membuat kita makan bertambah-tambah.

Bahan-bahan magic pantry:
sardin dalam tin, tomato, kicap, telur, sos tiram

#GlobalApron2024

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

20 minit
2 orang
  1. 1 tinsardin dalam tin
  2. 3 bijitelur
  3. 1 bijibawang besar
  4. 3 ulasbawang putih
  5. 5-6 bijicili padi
  6. 1-2 bijitomato
  7. 1/2 cawanpetai (jika ada)
  8. 3 sudukicap
  9. 3 sudusos tiram
  10. 1 kepingasam gelugur
  11. 1/4 sudu tehgaram halus
  12. 1/4 sudu tehserbuk perasa
  13. 1/2 cawanminyak masak

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Bahan disediakan seperti yang disenaraikan. Bersihkan dan potong bahan mengikut kesesuaian.

  2. 2

    Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga naik bau. Masukkan petai, sardin bersama semua kuah sos dalam tin, asam gelugur, tomato, kicap, garam, sos tiram dan serbuk perasa secukupnya.
    Kacau rata.

  3. 3

    Setting api sederhana, pecahkan telur satu persatu dan tutup sebentar kuali dengan penutupnya.
    Boleh matikan api setelah telur masak dan sedia dihidangkan.

    Sekian olahan resepi dari Murni's LittleKitchenz.
    Selamat mencuba dan selamat menjamu selera💐

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Resipi Sepertinya