Lepat Ubi Kayu

Lepat Ubi Kayu.. lembut & juggly sgt..
Tempoh hari en.suami beli ubi kayu.. Mulanya plan nak buat bengkang ubi, last2 terbuat lepat sebab teringin sgt nak makan..febret sgt ni.. Tak suka campur kelapa & tepung ubi sebab pati ubi tu dah cukup jadikan lepat ni juggly2 kenyal gitu..ikut citarasa masing2 la kan..kita buat die..😁
Cara Memasak
- 1
Parut ubi, kemudian masukkan ke dlm penapis kopi & perah airnya. Biarkan air perahan hingga pati ubi termendap di bawahnya
- 2
Satukan gula merah, gula pasir, garam, santan
- 3
Air & daun pandan. Kacau di atas api hingga gula larut saja, tak perlu didihkan
- 4
Saya dapat 3 cawan ubi yg telah di perah airnya tadi. Buang air perahan & ambil pati ubi campur bersama ubi parut
- 5
Tuang air gula & kacau sebati. Adunannya lembik & agak cair ye..
- 6
Letak 2 sudu besar adunan ubi ke atas daun pisang. Daun pisang tak perlu di layur & sapu minyak sebab dia tak melekat pun. Lipat & balut kemas. Saya dapat 23 biji lepat ubi
- 7
Kukus selama 20-25 minit di atas api sederhana
- 8
Biar suam, baru di nikmati..
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Lepat Ubi Kayu Lepat Ubi Kayu
#cookpadworlddessertSaya memang penggemar kuih tradisional. Lagi-lagi kuih lama. Nak pula kuih yang terhasil dari ubi kayu. Saya ni adalah ubi kayu lover !!!Selalunya, kalau ada kenduri atau majlis keramaian orang Melayu, pasti ada kuih muih untuk dijadikan pencuci mulut. Lepat Ubi kayu adalah salah satu pencuci mulut yang popular dikalangan kaum Melayu. Tapi jangan salah sangka ya!! Orang Cina ataupun kaum Baba Nyonya pun expert bab-bab kuih seperti ini. Nampak tak kuih muih ini sangat terkenal Malaysia? Ala-ala kuih majmuk gitu.Kalau di Subang Jaya, nak mencari jualan kuih tradisional seperti ini memang susah. Kalau ada pun nasib-nasib la. Selalu terjumpa yang keras berdengkang. Ibarat selipar getah yang boleh dilipat-lipat. Kalau duduk di kampung, kuih ini memang senang nak cari. Biasanya orang kampung memang handal buat kuih muih yang tak telan dek zaman.Nak puaskan hati dan tekak saya yang cerewet ni, biar saya buat sendiri saja lah. Tak perlu nak renyah-renyah. Saya buat dengan cara saya sendiri tapi hasilnya... Wow !!! Lembut dan kenyal.Asalkan ada kemahuan dan usaha, pasti menjadi.Selamat mencuba Gyna Elenna -
Talam Ubi Kayu Talam Ubi Kayu
Talam ubi kayu merupakan kuih tradional bagi org terengganu & sebelah pantai timur spt kelantan. Ia juga dikenali sebagai 'boko' iaitu talam @ loyang yg digunakan utk memasak kuih itu. Kalau di tempat luar, ia lebih dikenali sebagai talam ubi kayu. Cuma tekstur talam lebih firm/teguh & boleh dipotong, boko pula lebih lembik berbanding talam & di makan menggunakan sudu. Ubi dah hampir 2 minggu saya beli, akhirnya terbuat juga talam ubi kayu ni setelah sekian lama x buat. Saya kongsi kuih ini bersama jiran2..alhamdulillah jiran2 puji sedap sgt..gembira sgt rasa..😍😍 Nor Al Fatihah -
Lepat Ubi Kayu Lepat Ubi Kayu
Sebelum arwah mak meninggal, mak ade buat lepat ubi. Mase tu sy takde kat rumah sbb belajar. Yang ade adik dan kakak. Biase orang makan ubi musim hujan. Sekarang diorang request nak makan lepat. Sy yg takde kat rumah ni lah yg kena buat. Terpaksa tanye mak sedare. 😄Alhamdulillah. Menjadi tapi kurang manis. Maybe gula melaka sy yg guna tak manis sgt. Boleh tambah gula atau gula melaka kalau nak manis ye.👋#goldenapron2020 Tun Suri -
Sira Ubi Kayu Sira Ubi Kayu
Petang semalam saya keluar bersama suami & ternampak orang jual ubi kayu cantik2 kat tepi jalan. Terus suami berhenti beli 2 kilo. Pagi tadi saya buat sira utk sarapan pagi. Sedap layan panas2 ketika hujan..ubinya empuk..sira gula nya yg pekat melikat..fuhh bertambah2 saya & suami makan.. Nor Al Fatihah -
Penjan Ubi Kayu Penjan Ubi Kayu
Penjan ubi kayu antara makanan tradisi negeri Perak.Rasanya yang manis dan aroma nya yang wangi membuatkan sesiapa saja yang makan boleh jatuh cinta..Tahap kemanisan boleh ejas ikut selera..Honestly,Alin xpernah buat ubi kayu jadi macam ni..🤭🤭🤭 ni kira 1st time..itupun baru terfikir nak buat sebab ada sedikit lagi lebihan ubi kayu rebus..Alin ambik idea resepi dari @JuliaAA_merecikTq ❤️🌷#Misi4 CookRace FZ Adzlin -
Bingka Ubi Bakar Bingka Ubi Bakar
#bazaarramadan#goldenapron2020#week1Hari ni plan nak buat candil ketiwul tapi suami balik bawa ubi kayu. Terus tukar plan. Dah berapa hari teringin nak makan Nyonya kueh iaitu Bingka Ubi Bakar. Huh sedapnya kalau dapat makan sepotong dua. Apatah lagi kalau ada secawan kopi. Memang cukup sempurna.Ubi kayu kalau dibuat apa jua jenis kuih memang sedap. Selalu saya buat lepat. Tapi kali ni entah kenapa tekak teringin bingka ubi kayu yang dibakar. Dulu saya tak berapa gemar kuih ni sebab macam rasa pelik. Lepas tu hitam bahagian atas. Tapi bila usia dah menginjak 😂 mula lah teringin itu ini. Apatah lagi kuih tradisional yang sentiasa menjadi pujaan hati.Dalam resipi saya, saya campurkan telur. Ada orang tidak letak telur. Tapi saya suka tekstur yang lembut dan kenyal. Jadi saya campurka dua biji telur. Bergantung pada citarasa masing-masing. Kalau suka, letak. Kalau tak suka, tak mengapa.Kuih yang mudah di sediakan ni sesuai untuk disajikan pada bulan Ramadan. Jadi you all jangan tak cuba tau! Gyna Elenna -
Pindang Tapai Ubi Kayu Kuning Pindang Tapai Ubi Kayu Kuning
Akak recook dan cooksnap resipi Zieq Kha. Kebetulan jumpa tapai ubi kayu kuning boleh lah akak buat resipi ni untuk berbuka. Sejukkan sekejap dalam peti ais. Sedap. Manis sedang-sedang jer. Anak-anak pun suka. Cempaka Putih -
Pengat Ubi Kayu Pengat Ubi Kayu
#cookpadworlddessert Minggu KIP mengisi masa menggeledah belakang rumah.Ada rezeki gali-gali ubi berisi...maka dapat lah merasa Pengat Ubi Kayu ni...dapat juga buat juadah berbuka puasa hari ini...Resipi mudah dan ringkas Mamamikael Oven -
Bingka ubi kayu Bingka ubi kayu
Suka kuih ni.. tapi nak dapat ubi kayu yang elok gebu tu payah la sikit#MerdekaMonth#putih#GlobalApron2024Ubi kayuSantan 0h Hana !! -
Wajik Ubi Kayu Wajik Ubi Kayu
😁.. wajik pulut biasa makan kan..Bolehlah dijamu hari raya nanti. Dah masak boleh simpan di dalam peti ais.Terima kasih mak perkenalkan pada kita orang wajik ubi kayu ni..Ramadan Month Challenge 4: Raya Prep Julia ALeen Aireish -
Boko Ubi Kayu / Tepung Boko (blend tanpa sagat) Boko Ubi Kayu / Tepung Boko (blend tanpa sagat)
Selain labu, Uchu mmg gemar sangat makanan, kuih, tapai dan kerepek berasaskan ubi kayu. Boko ubi kayu ini salah satunya. Ada sesetengah orang menyediakan lapisan atas (santan) dan lapisan bawah (ubi) secara berasingan tapi uchu suka begini. Sejak tahu nak buat kuih ubi kayu boleh guna blender sahaja tanpa sagat, punya la rasa seronok nak buat. Kalau tak dulu, kalau ada ubi kayu, asik direbus cicah kelapa dan gula merah aje😅 sedap juga kosong begitu. Uchu cuma buat dalam bekas plastik pembungkus sebab nak bagi pada Wak yang dah susah2 tolong cabut ubi dan pada cat sitter Uchu yang sangat bagus orangnya..#goldenapron2020 Sesimple Loralin
Komen